"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 4, 2011

Brazilian Ironwood 1

Saya rasa dah sebulan lebih saya tanam pokok ini. Jadi ini cerita lama... Cuma saya rasa baik letak dalam blog, nanti saya boleh buat rujukan macam saya (ayah saya) tanam manggis. Gambar di atas menunjukan lori tengah dok angkut pokok tersebut.



Semasa saya balik dari bandar, tuan nurseri dah sampai di rumah saya. Saya bergegas dari bandar selepas saya ke rumah kakak saya di Damansara. Saya memang tidak kunci pintu pagar...


Saya memang ingin tanam pokok ini bila saya lihat kakak saya menanamnya di rumah dia. Saya tengok pokok ini cantik. Batangnya aneh. Lantas saya bertanyakan harga, dan saya terkejut... Mahal bagi saya. Tetapi saya sematkan di hati saya kena berjimat. Saya tak boleh beli banyak barang bila ke Sarawak dan Singapora nanti.


Namun saya bertekad juga untuk menanamnya. Saya pilih yang paling murah. Dan saya beli satu-satu. Saya tak ada duit untuk beli sekaligus. Kira saya beli hutang. Saya nak sangat pokok ni...


Gambar di atas menunjukan pokok dalam polibag tinggi melampai dalam 15 -16 kaki. Masa saya lihat pokok ini, saya rasa macam tak percaya. Dan saya rasa tersindir bila tuan nurseri cakap pokok ini mahal, orang kaya saja beli. He he he.



Gambar menunjukan untuk gali lubang kena guna skru yang besar. Semasa mereka bekerja, saya sibuk bayangkan apabila besar nanti tentu cantik. Saya juga kononnya memilih tanam jauh sedikit dari rumah sebab kononnya nak renovek rumah nanti. Padahal duit tak ada...



Tuan nurseri ada tanya kalau saya nak cari pasangan dia boleh offer. Saya terus kata buat masa ni dah ada calon, bukan 2 atau tiga. Dan saya terus ubah tajuk kepada tajuk lain iaitu tajuk bagaimana kita nak jaga pokok ini. Saya hairan kenapa semua orang mahu carikan pasangan untuk saya. Handsum sangat ke saya?



Sebelum jiran datang, anak-anaknya dulu datang tepi pagar. Sebelum jiran tanya berapa harga sepokok dan lain-lain, budak-budak yang datang dulu datang bertanya.




Gambar di atas menunjukan alat yang digunakan untuk membuat lubang. Alat ini guna enjin untuk startnya. Kena dua orang baru boleh guna.





Saya berpendapat kalau kita naik rumah, kita kena tanam dulu pokok-pokok kerana pokok makan masa lama untuk matang. Nak buat pagar ke, nak renovek ke tak apa lambat sebab bila ada duit terus boleh buat. Pokok makan masa, baru tumbuh matang dan elok. Itu pendapat saya (pendapat orang tak ada duit nak renobek rumah, he heh).



Saya harap suatu hari nanti pokok ini akan menghiburkan dan hati saya. Bukan senang saya nak dapatkan pokok ini. Bukan senang...kena berhutang, he he he.









Jan: Saya sangat gembira lihat pokok tersebut...

1 comment:

Eja said...

kelllass..pokok pilihan awk...

.