Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 13, 2011

Anda pasti anda percaya jiran anda?



Di kampung saya, ayah akan berikan kunci rumah kami kepada jiran sebelah rumah jika ayah dan mak/kami pergi bermalam di tempat lain. Kami percaya jiran kami, kebetulan jiran sebelah rumah adalah pak saudara saya (adik ayah saya).
Di kampung lain kan? Jiran sangat rapat dah macam adik beradik. Kita hormat/takut/percaya jiran kita macam hormat/takut/percaya kepada ayah kita.
Memang saya tahu ada sesetengah jiran yang memberikan kunci rumah dan kunci pagarnya kepada jirannya bila mereka keluar bermalam di tempat lain untuk beberapa ketika. Tapi cuba tanya diri kita, sanggupkah kita? Dan kalau tak sanggup cuba tanya kenapa tak sanggup? He he he.
" Kalau Man beri kunci pagar, boleh saya suruh anak saya tolong siramkan" Kata jiran saya yang melihat pokok saya layu, disiram hanya seminggu sekali. Dulu semasa mula-mula duduk kat taman tu, pokok baru tanam, tak kuat lagi akarnya. Tak tahan panas terik. (Sekarang saya dah ajar pokok saya supaya berdisiplin dan boleh hidup tanpa air dalam jangka waktu seminggu dua minggu).
" Tak apalah, menyusahkan jea" Jawab saya terus tukar kepada topik lain.
Bagi saya soal percaya atau tidak, tidak timbul tetapi ianya soal privacy saya. Saya tak suka orang ramai sewenangnya menerjah dalam lingkungan wilayah hidup saya (waima hati saya). Saya bukan hak publik.
Tetapi bagi orang lain mungkin soal kepercayaan. Iaitu mereka mungkin tak percaya kepada jiran mereka...he he he.
Jan: Anda berani? Haa...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home