"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 25, 2011

Tak sah kalau tak membeli...

Memang semasa kami pergi, kami bawak sebuah beg kecil sahaja. memang ada niat nak membeli. Malah kami dah bayar kat airpot sejumlah wang untuk berat timbangan barang yang nak dibawa.

Mestilah kita nak beli barang bila kita bercuti kan? Setidak-tidaknya boleh dijadikan kenangan sebelum kita mati. Dan walaupun sebenarnya bila kita mati hanya amalan yang kita bawa, bukan barang-barang...(he he he dalam hati).

Saya perasan bila kami pergi tak banyak barang yang kami bawa tetapi tidak bila kami kembali, he he he.


Gambar di atas dipukul di airopot, kami sedang tunggu masa berlepas. Kelihatan Zul (yang nampak lutut) sedang bermain dengan komputer yang sekeping tu (tak ingat orang panggil apa, tab kot?). Mek Zue pula kelihatan tersenyum memegang sekeping kertas, mungkin slip penerbangan atau...senarai barang yang nak dibeli? He he he.

Amy juga sedang bermain komputer yang macam Zul tapi besar sikit. Mungkin Amy sedang mencari tempat menarik untuk kami membeli-belah. Dan akhir sekali Alia kelihatan masam sahaja. Mungkin dia sudah nak berbeli di airpot tersebut? He he he.




Gambar di atas kelihatan Mek Zue dengan tudung saji Sarawaknya. Dia nampak glamour bersama tudung sajinya terutama semasa di airpot. Dia sesuai jadi model tudung saji, nampak kurus sikit (puji ni...). He he he, ramai mata memandang.




Gambar di atas tu pulak masa nak balik, masa punggah barang ke dalam bonek kereta. Saya tak beli banyak barang sebab nak berjimat. Saya cuma beli set mangkuk kaca, table runner, beberapa helai baju, beberapa patung kucing setinggi lutut, kichen, gelang, perhiasan buluh gantung (yang bila ditiup angin berbunyi, saya beli dua nak gantung kanan kiri), beberapa kek lapis, ikan terubuk masin, dan lain-lain.

Memang semasa saya bayar duit tambang tempohari saya dah berniat nak berjimat...

Jan: Kita pergi melancong, bukannya nak membeli belah sangat...

2 comments:

Nong Andy said...

"saya tak beli banyak.. saya cuma beli set mangkuk, table runner..bla..bla..bla.."

eh.. macam banyak juga tu bro.. hehehe..

Eja said...

bg en skiman tu x bape byk...kalau byk..jenuh baca kt post nih..hehehe.. tu br dlm nk berjimat..

.