"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 19, 2011

Perlu ke kita buat Penama KWSP?

Kalau kita mati, tentu kita mahu duit kita digunakan dengan elok dan tak nak orang lain joli sakan atas duit KWSP kita. Apa lagi kalau duit kita tu digunakannya untuk cari pengganti kita yang sudah mati ni. Tentu kita rela jadi hantu sekejap untuk balas dendam... Kita huru-harakan pasangan kita yang gatal kahwin lain. Tak boleh ada duit sikit... Huh! Mentang-mentang kita mati, senang je dia joli duit kita!





Perlu! ha ha ha ha! Kah kah (sambil terbang ke udara)




Tetapi itu hanya boleh terjadi dalam novel seram atau cerita seram (hantu KWSP?). Hakikat di dunia nyata lebih pahit berserta maung, iaitu kita tak boleh jadi hantu...he he he. Kita tak boleh bangkit untuk balas dendam. Maka? Haaa...


Haaa...kita kena buat penama yang betul bagi duit KWSP kita. Kalau kita tak percayakan isteri/suami kita kita boleh buat cara lain...(tapi kalau tak percaya tak payahlah kahwin dengan dia daripada awalnya.).


Atas dasar apa yea kita nak beri mereka jadi penama? Saya rasa dasar yang pertama adalah atas dasar PERCAYA dan dia BERJASA pada kita. Mungkin orang yang telah banyak berkorban susah payah untuk kita. Nyamuk seekor pun dia tak izinkan ketik (gigit) kita.


Haaa...betul. Mak kita! Bukan apa, kita takut bila beri 100% ke pasangan kita, bila dia dapat duit bukannya nak belanjakan ke arah belanja kesenangan dan pelajaran anak-anak kita. Tapi dia belanja untuk buat anak dengan orang lain! Huh!. (Sedangkan kita tak boleh jadi hantu, he he he). Kalau kita beri kat mak kita, mak kita boleh ecerkan belanja untuk kesenangan cucu-cucunya...


Namun kalau kita rasa suami/isteri kita boleh dipercayai, tidak salah malah bertepatan jika kita berikan nama mereka sebagai penama. Kena ingat jasa mereka, mereka yang sudi sayang kepada kita sedangkan kita bukannya kacak, kaya, bijak dan berpakage. Dengan serba kekurangan ni dialah yang nak kat kita (sedangkan ada lebih dari 6 bilion orang kat bumi ini).






Terima kasih bang kerana jadikan aku penama KWSPmu... (sambil memeluk pasangan)





Kalau kita tak ada penama KWSP, keluarga atau waris kita terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa yang lama untuk dapatkan duit KWSP kita. Sedangkan anak-anak kita perlu duit untuk teruskan kehidupan.


Bukan senang nak dapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet (entah sijil apa ni?) atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa tertentu untuk menyokong tuntutan simpanan KWSP kita tu.






Jan: Saya boleh jadi penama...he he he

3 comments:

Nong Andy said...

kalau aku nak namakan salah satu penerima duit KWSP aku tu ialah yayasan Sabah boleh tak? pasal hutang pengajian aku ada setimbun lagi tak habis byr.. nanti kalau aku mati takde la aku bawa hutang tu sampai mati..

sukiman said...

Boleh, setahu saya kita boleh buat begitu. ada orang siap 10% dia namakan pada badan kebajikan tertentu. maknanya bukan orang sahaja, kita boleh namakan organisasi juga.

Eja said...

yg jd mslh lerni..org x dpt bezakan penama ngn pewaris..

.