Saya panggil dia Ina. Dia panggil saya Abang. Dia adalah beradik yang paling rapat dan kamcheng sekali dengan saya.
Semasa kami remaja kami selalu pergi ke bandar Jerteh untuk `buat' rambut (masa remaja dia kurang tutup aurat, dia suka buat rambut pelbagai gaya semasa. he he he). Biasanya lepas pergi salung di bandar kami berbelanja hingga duit tambang pun turut habis. Tetapi tidak menjadi masalah sebab bila teksi sampai di depan rumah kami, kami suruh pemandu teksi tunggu sebentar sebab kami nak naik ke rumah mintak duit dengan mak...he he he.
Setelah dia berkahwin dengan pensyarahnya, dia menjadi guru di sekolah Cina di Ulu Yam Bharu. Ya sekarang dia tinggal di sana. Dia sangat istimewa sebab dia selalu tanya saya "Abang ada duit tak?". Bukannya dia nak pinjam tetapi dia nak pinjamkan saya duit. He he he... Saya biasanya akan pinjam duit dia sepanjang tahun dan bila awal tahun saya akan bayar sekaligus. Pernah saya pinjam sampai RM3K lebih tapi bila bayar, dia mintak RM3K jea, he he he. Bahagianya.
Saya pernah menalipon dia sambil menangis-nangis macam budak nak ais kerim. Dia `cool'kan saya. Katanya ramai lagi orang jauh lebih malang nasibnya dari saya. Bila saya rasa ramai yang lebih malang daripada saya, terus saya rasa lega....he he he.
Saya rasa bertuah sebab dia selalu ada dalam hidup saya...dalam saya susah dan susah dan susah, he he he.
Jan: Saya harap dia tak menangis pada hari perkebumian saya nanti...
2 comments:
Indahnya hidup ada org tanya ada duit ke x n berniat nk bg pnjm... ptt la dia x memaksa awk (join mak n akak awk) dlm proses pemaksaan di hari raya yg mulia br ni ek...
awk seorg abg yg baik..tp...abg sy tak sebaik awk...
Post a Comment