"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 25, 2011

Perihal pergi bercuti dan tulis dalam blog

Sazali Abd Samad


Seorang rakan beritahu saya dia malu untuk ceritakan percutiannya di dalam blog... Saya bertanya kenapa pula jadi malu...? Dia beritahu sebab dia bercuti dalam negeri sahaja, bukan di luar negeri dan dia bimbang ada orang kata dia nak menunjuk-nunjuk.
Saya diam sekejap, tarik nafas dan teringat dulu ada juga rakan saya yang beritahu orang pergi bercuti di Sarawak ni adalah orang yang tak ada duit...
Ya la saya/kita hanya mampu dalam negeri. Tu pun sebab kita kumpul duit dan berjimat. Tak apalah, kita ukur baju dengan badan sendiri bukan badan Sazali Abd Samad.
Kalau orang nak mengata, mereka mengata jugak walaupun kita bercuti di Paris atau Milang. Dulu pun saya macam tu jugak. Saya malu dan selalu fikir orang lain fikir negatif, namun sekarang saya posting jea apa-apa walaupun saya berbuka puasa di gerai biasa (orang lain di hotel). Sebab saya memang orang biasa yang biasa-biasa sahaja.
Saya rasa gembira dan syukur kerana saya tahu ramai lagi yang tak berpeluang bercuti kerana banyak sebab (sebab duit kena belanja ke perkara penting yang lebih utama). Dalam hidup memanglah macam tu, tuhan beri kita tidak sama, sama sekali. Namun adalah hikmahnya yang kita terlalu dungu untuk fahami. Maka kita fikir positif jelah... (perenggang ini ketara ada unsur agama).
Jan: Tiap minggu bercuti ke Kuantan, di rumah singgah `Seribu Mawar'....he he he.

3 comments:

Nong Andy said...

Mula-mula fikir juga nama tajuk tu tak kena dengan gambo org bina badan yg badannya berketul-ketul tu hehehe..

*aku beli selipar jepung ikut saiz laki aku! sebab kami share selipar je.. kalau beli saiz aku mesti cepat rosak sebab kaki dia besar.. dia main gasak je kalau pakai!

lazy_turtle said...

salam..
harap sir sihat2 jer..
tgk blog sir seronok jer g jln2..
hehehe..
rindu nak blajar economy dgn sir lagi..=)

sukiman said...

salam nong andy,
he he he, saya pun main gasak jea selipar ayah...memang kena marah tapi buat tak tahu jea... mak pulak masa kecil dulu ukur tapak kaki dengan lidi bila nak beli kasut atau selipar...

salam lazy_turtle,

sir sihat, hrp awk juga sihat. sir ada jengok blog awak. wah kreatifnya...

.