"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 10, 2011

Budjet: Hah! Apa alasan lagi?

Seperti mimpi erotik, saya terdampar lesu dalam nikmat yang pekat. Selakan helaian muka surat budget memberitahu yuran sekolah rendah dan menengah dihapuskan!

Dan peringatan diberi kepada sekolah kalau gatal nak kutip duit kena dapat kelulusan dulu, kena bincang dulu!. Bagus, tunjukan kepada dunia Malaysia boleh! Lihatlah dunia! (ikut stail Kak Azean Irdawaty kita yang dapat anugrah pelakon terbaik - Filem: Esok Masih Ada (1980)).

Saya pernah 5 tahun jadi cikgu ngajar tingkatan 5 dan 6, ini ayat biasa. Cuba perhatikan dialog di bawah:

" Ala cikgu orang kampung macam kami ni mana ada duit. Nak bayar yuran sekolah lagi, nak bayar bil air api lagi" Kata seorang mak cik yang saya lihat gelang mas (emas 916) sekerat tangan. Saya tahu mak cik tu bukan orang susah, dia pernah hadiahkan kain pelikat cap gajah (benang 5000). Tapi bila sampai bab atau episod nak bayar yuran sekolah, lambat.... Rasa rugi bila bayar?
Alasan tak mampu nak bayar yuran adalah alasan paling popular untuk mempertahankan diri! Tahniah!

Jan: Haaa... alasan apa lagi sekarang? Tak ada baju, kasut? bayar van mahal? Haaa, merungut-merungut!

No comments:

.