"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, October 14, 2011

Jangan berbaik sangat dengan jiran?

gambar sekadar hiasan...


Saya pernah dengar ada orang berpendapat jangan laaaa baik sangat dengan jiran sebab jiran kita adalah antara golongan yang ada potensi untuk jadi musuh yang paling hebat lagi berkesan. Kenapa yea? Haaa...

1. Dia paling tahu!

Bila sudah berkawan baik dengan kita, dialah yang paling tahu hal baik buruk kita. Dan kita yang kononnya mengaku sahabat baik dunia akhirat ni, cerita semua hal pada dia, luar dalam. Waima hal dalam kelambu pun (sampaikan prestasi dan persembahan seks pasangan pun dia beritahu). Haaa... Dan bila pada suatu masa berlaku perselisihan/bertengkar, dia akan gunakan bukan `baik' tetapi `buruk' kita sebagai senjata. Dia akan ajak jiran-jiran lain boikot kita. Dia akan sebarkannya keburukan kita bukan setakat selorong perumahan kita tetapi setaman perumahan!.

2. Dia yang paling dekat!

Endaknya dia ambik pasir depan halaman kita 7 gengam, rendam dalam air 7 malam, jampi 7 hari dan goreng pasir tersebut dalam kuali sambil membaca ayat al- bla-bala........ Dan bungkus pasir tersebut dengan kain kuning (jangan warna pink), letak jarum sikit, paku sikit. Dan bila kita tak ada di rumah dia tanam depan halaman rumah kita (cara tanam belakangkan kiblat, malam jumaat). Haa...

Dan kalau nak berkesan lagi tanam depan rumah, belakang rumah, kiri rumah, kanan rumah(kalau rumah semi D?). Haaa....bahayakan. Bayangkan senang je dia buat kerja sebab dia jiran terdekat dengan rumah kita.

Ataupun dia tanam je di siang hari (tak kira la isnin ke selasa ke, tapi kurang power jampi tu)Dia buat laaa masuk ke halaman kita kononnya siram pokok bunga. Tak ada la orang yang saspek (curiga).

3. Dia yang paling bahaya!

Sebab dia yang paling rapat dengan suami kita.

Sebab dia yang paling rapat dengan isteri kita

Sebab dia yang paling rapat dengan anak-anak kita

Sebab dia yang paling rapat dengan orang gaji kita, adik ipar kita dan ayam serama, itik dan lain-lain.

(kalau yang tak kahwin-kahwin walau usia meningkat, jangan pula rasa selesa sebab dia mungkin paling rapat dengan housemate kita, dia boleh `racun' housemate kita. Caranya?. Mudah jea dia boleh beritahu housemate kita yang kita ni pernah kata kat housemate kita yang perangai hodoh, muka hodoh sebab tu tak kahwin-kahwin...). Haaa.

Jan: Haaa....

No comments:

.