"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 12, 2011

Surat untuk jiran sebelah

Asalamualaikum jiran sebelah,
Memandangkan rumah kita adalah rumah semi D, saya ingin menggariskan beberapa perkara supaya perhubungan kejiranan bertambah lancar-selancarnya... erat seeratnya. Ikhlas saya cakap, sebenarnya jika saya ada duit saya akan beli je rumah saudara. Saya tidak suka berjiran dengan orang yang tak sensitif terhadap hak-hak dan keperluan orang lain. Sila perhatikan tuntutan atau hak saya seperti di bawah:
1) Hak untuk berstatus solo.
Status saya. Saya tidak suka sama sekali status saya disebut/diwar-warkan/diwartakan secara lisan (atau bertulis) di mana-mana dan pada bila-bila masa di sepanjang lorong perumahan ini. Adalah hak saya jika saya mahu hidup solo, kahwin satu, kahwin dua atau sebagainya. Setiap orang ada takdir. Dan jangan tolong gatal nak carikan isteri untuk saya, bini sendiri pun hodoh.
2) Hak untuk hidup aman damai.
Saya tak suka bising. Hujung minggu sangat berharga giler untuk saya. Saya lebih suka pasang CD Kenny G, nyala lilin wangi dan baca buku/majalah sambil menghirup nescafe. Saya tak suka kalau orang terjerit-jerit terutama ketika memarahi anak/isteri/suami terutama pada hujung minggu. Dan jika anak-anak bising, kurung sahaja dalam bilik air. Jangan berjam-jam dibiarkan di tengah laman. Namun pastikan bilik air tersebut tiada bath tub.
3) Hak untuk tak nak jadi tukang kebun orang.
Pokok dan dahan. Saya tak peduli jenis pokok apa, berapa harga dan beli di mana. Tetapi pastikanlah daun-daunya tidak gugur ke laman saya. Tak kan saya nak sapu tiap-tiap hari, saya ada banyak kerja lain nak buat. Begitu juga dengan dahannya tidak terjuntai-juntai melambai ke laman saya. Waima buahnya begitu sedap, saya boleh beli di pasar malam. Harap potong segera jika tidak tukang kebun saya (yang datang 3 kali sebulan tersebut) akan memotongnya.
4) Hak untuk berumput.
Kalau nak renovek dapur. Pastikan cucur atap tidak mencurahkan air ke kawasan saya. Dan semasa renovek tersebut jaga air simeng supaya tak mengalir ke rumput yang saya tanam, nanti mati rumput saya. Saya tidak lah mahu beritahu berapa harga rumput tersebut atau bawak kes ini ke mahkamah. Saya tak semampu Dr Masitah.
5) Hak untuk sama-sama selamat.
Pemasangan lampu untuk keselamatan. Sama-samalah pasang lampu di hadapan rumah dan belakang rumah demi keselamatan. Jangan berjimat tak bertempat. Kawasan perumahan kita tak ada pengawal keselamatan, kita bukan tinggal di Bukit Istana.
6) Hak untuk keselamatan harta di dalam rumah sendiri.
Jaga anak-anak anda. Sudah 3 kali tiba-tiba bola jatuh ke atas kerusi batu saya dan memecahkan pasu saya yang saya beli. Harga pasu tersebut adalah mahal daripada sepuluh biji bola yang anda mampu belikan untuk anak anda. Dah banyak kali saya kata " Please play outside" tetapi seolah tak faham bahasa Inggeris. Adakah bahasa inggeris harus diwajibkan kepujian?
7) Hak untuk mencium bau harum.
Sangkarkan ayam serama atau kucing. Kawasan perumahan kita bukannya Zoo Negara atau tempat sesuai ternak ayam serama atau kucing. Bau ayam serama dan tahi kucing mengalahkan bau pokok kemboja dan buga cina yang saya tanam. Kalau seminggu sekali boleh saya buat senaman sambil membuang tahi tersebut. Tetapi jika sehari sampai tiga kali?
Sekian sahaja, selama ini saya sangat menjaga hak-hak jiran saya. Saya sentiasa nak mengambil hati dan berfikir untuk tidak menyakitkan hati jiran saya kerena itulah sebaiknya. Namun saya rasa inilah jalan penyelesaiannya apabila kata-kata sudah tak diendah, maka apa yang tertulis itu lebih berkesan.
Sekian terima kasih...

Wasalam, jiran sebelahmu....




Jan: He he he, ok tak surat ni?

4 comments:

uNcLeJoE said...

en sukiman... dia tahu ke blog..sukiman... tapi kalo dia bace pun... dia mesti tergelak...habhih sangat mesti dia ckap pandai jugak jiran sebelah umah kita ni menulis blog...pandai wat lawak lagi....

Adie Achim said...

Terharu saya baca surat tu (hikhik) hmm kalau saya jadi jiran en. Sukiman semua saya boleh turutkan. Kecuali perkara nombor 2 tu. Hmm anak saya sangat peramahlah orangya dan sangat aktif bermain. (memang saya galakkan pun) sebab mereka obess dan untuk membiarkan mereka bermain di taman permainan adalah tidak selamat.

p.s:walaubagaimanapun saya suka berjiran dengan awak, bolehlah hujung minggu saya minta tolong en.sukiman jaga anak saya. blehkan.. :)

wawadave said...

stuju la suki.. lagi satu..
kalau jiran suka membakar.. perhatikanlah ada baju ke tak pada ampaian jiran lain. Pstu.. ada anak2 jiran yg suka buang smpah dlm rumah kita.. mentang2 dia nk rumah dia bersih. Kita balik je, naahhh.. segala mcm plastik ada..nnti i nk tulis gak la psl jiran2 nih

sukiman said...

he he he, Sebelah rumah sebenarnya masih kosong. Tak ada orang duduk. Tu la saya berani tulis ni, he he he.

Tapi saya dah jumpa tuan rumah tu (dia datang jumpa saya). Katanya 2 tahun lagi baru dia akan duduk bila bini dia dapat posting...

Posting ni bukan pasal dia (cuma saya bayangkan kemungkinan, teruk kan, he he he)...tapi memang dia dah tanya kenapa saya tak kahwin2 dan dia juga offer saya beberapa orang kawannya, setempat kerjanya. Maknanya sebelum dia duduk dia dah cabuli hak no 1 saya (status)tu kan?, 6 lagi? he he he

wawadave...setuju.

.