"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 11, 2011

Bunga Cina pertama










Sekarang sudah 2 minggu saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, menumpang sahabat saya Adnan. Ada la dalam 130km lebih. Saya bangun sebelum 5.30 pagi. Saya tidor sebelum pukul 12 malam. Saja saya nak berulang, bukannya untuk selamanya.

Bila duduk di rumah sendiri, pokok-pokok bunga tiba-tiba berbunga. Orang tua kata sebab pokok tu bau badan kita, he he he. Orang tua-tua selalu macam tu. Mengarut!

Sebenarnya memang la ia berbunga sebab saya bagi `extra care', he he he. Bunga Cina ni kata tokey nesri dari Thailand. Kacukan...Emmm... entahlah kot-kot saya kena tipu...he hehe.

Gadinear Augusta/Bunga Cina/Bunga Susu ni sudah berbunga. Pagi tadi dalam kegelapan pagi nak keluar dari rumah saya ternampak. Dah berbunga gitu!. Ada tiga kudup tapi hanya satu kudup yang berbunga. Bunganya tak besar mana tapi wangi.

Jan: Kasih tak sehebat mana tapi dalam...(pulak dah)

No comments:

.