"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 17, 2011

Salina binti Ishak: Bahagian 2

Apabila semua adik beradik saya kahwin satu persatu dan menjadi serius, tentulah saya bimbang jika adik saya iaitu Salina binti Ishak akan menjadi serius juga. Bagi saya bila berkahwin tak semestinya kita kena serius (atau buat-buat matang). Kita tetap boleh main-main, he he he.

Bila dia berkahwin, saya sajalah yang tinggal tidak berkahwin. Tentulah saya rasa tak sedap untuk membeli dan mengumpat. Namun alhamdulilah (unsur agama), walaupun dia berkahwin dia tak berubah, dia tetap macam remaja. Syukur kepada tuhan (lagi unsur agama).

Bila dia berkahwin, dia tetap suka membeli dan tak berjimat. Orang lain bila kahwin, mulalah nak berjimat. Bila kami pergi ke Sogo banyak barang yang kami beli. Biasanya kami pergi 2,3 hari baru selesai urusan pembelian. Kami sewa teksi dari Ulu Yam Bharu ke Sogo. Teksi tersebut akan jemput kami bila habis membeli.

Saya banyak persamaan dengan adik saya. Kami sama-sama berani berbelanja dan tidak menyimpan duit (mungkin juga gen ini kami warisi daripada mak, he he he). Kami juga jarang mendengar kata orang sebab kami selalu ingat kami yang betul, he he he. Dan kami juga sama-sama suka menyanyi. Cuma saya sumbang, dia ok. Dia adalah guru muzik dan bahasa Malaysia. Dia pernah mengajar saya menyanyi dengan key yang betul...

Tentu pembaca blog saya pun ada ramai adik beradik dan tentu ada di antara adik beradik tersebut lebih rapat dan memahami diri kita. Sehingga hari ini, adik saya ini masih rapat dengan saya.

Saya selalu ajak adik saya duduk berpindah di rumah singgah saya di Kuantan. Saya akan tambah bilik jika dia mahu. Tetapi adik saya mahu duduk dengan suaminya di Ulu Yam. Saya pun fikir alasan itu logik sebab tempat terbaik seorang isteri tentulah di samping suaminya... Itulah tempat terbaik seorang isteri.

Pun begitu saya suka setiap kali dia turun ke Kuantan. Kalau tak kerana dia selalu datang, tak adalah banyak barang dapur di dapur. Kini serba kuali dan periuk ada. Pisau hiris agar-agar pun ada...

Jan: Setakat ini saya tidak dapat membalas jasanya yang besar itu (jasa selalu berada dalam hati saya). Namun ada sesuatu untuknya bila saya mati...

No comments:

.