"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 24, 2011

Perlu ke kita bercuti makan angin?



Apabila kawan saya tiba-tiba minta duit bayar tambang ke Sarawak, saya termonolog " Eh jadi jugak rancangan nak bercuti tu rupanya. Ingatkan tak jadi, he he he." Dan bila hari berlepasnya makin dekat, saya tertanya sendiri perlukah aku/kita bercuti?
Akhirnya saya akui saya perlu juga pergi bercuti makan angin sebab:


1. Nak lari dari keadaan kebiasaan
Saya bangun awal setiap pagi, meredah hutan daun pergi ke tempat kerja (5 hari seminggu). Lepas parking jumpa kawan dan suasana yang sama. petang balik kerja, kemas rumah, tengok berita, baca buku dan tidor...
Hujung minggu memandu ke Kuantan, pergi kedai perabut dan nurseri...tengok wayang. Mungkin situasi ini sehingga seumur hidup? Waaaaa... Maka moleklah sekali dalam sekala yang lama, saya berada di dalam situasi yang berlainan. Kan?
2. Tenangkan fikiran
Jangan kata saya tak ada anak bini, hidup saya tenang dan boleh buat apa yang saya suka dengan bebasnya. Bukannya saya serabut 24 jam tetapi bila berada di tempat baru dan suasana baru, fikiran terhadap kerja yang tak pernah sudah (nescaya saya percaya kalau saya mati pun kerja saya tak habis-habis...) dapat saya lupakan seketika. Biar laaa fikiran kita `makan' benda lain pula.
Saya tumpukan kepada situasi baru. Biar fikiran tenang dan selesa.
3. Tak payah kemas tepat tidor.
Anita sarawak dan Ramli MS duduk kat hotel, mereka tak perlu nak kemaskan katil mereka. Dalam dunia ni banyak kerja lain lagi nak buat daripada kemaskan katil kan? he he he.
Saya suka tidor hotel. Pernah suatu hari dari Muadzam saya terus ke Hotel Istana. Niat nak ke rumah saya di Indera Sempurna tetepi sampai ke tempat lain. He he he, kesian gulai yang saya buat basi sebab saya tinggalkan dalam kereta. Entah kenapa tiba-tiba nak tidor hotel istana. Pelik.
Rasa semacam jea bila tidor hotel. Rasa gembira, terpelajar dan mewah. Macam orang berada, he he he. Dan bila nak tidor, buat-buat terlupa offkan Tv LCD, he he he.
4. Bertambah rapat dengan kawan.
Kalau kita pergi dengan kawan atau keluarga, kita akan bertambah rapat sebab kita sentiasa ada bersama dan buat keputusan bersama. Kita boleh tengok perangai pelik kawan-kawan kita, he he he. Contohnya dia bawa 4 helai tisu setiap malam ke dalam bilik air... mungkin dia berjampi untuk kekal muda. Ataupun kita baru tahu dia guna SK II untuk rawatan dan jagaan wajah! Wah! Atau dia tidor tanpa memakai seurat ....
5. Tengok cara hidup orang di tempat lain.
Saya ada tertengok perempuan seksi baru keluar dari Pub (kalau kat Muadzam, jangan harap nak tengok)... Dia dalam keadaan mabuk dan kemudiannya jatuh terjelepok depan pup yang hadap jalan raya. Dua kawannya yang juga seksi (tapi kurus) cuba menolongnya. Moralnya? Moralnya kawan-kawan dia baik dan selamatkannya. Kita ni kalau ada kawan yang pakai baju kurung 24 jam dan tudung 24 jam pun, belum tentu mereka tolong kita kan? Haa... nak suruh tolong ambik anak kita pun, penuh alasan.
6. Boleh buat masuk dalam blog atau FB.
Haaa...walaupun kita hanya bercuti di Sarawak bukan Paris, Landon atau Kilimanjaro, kita tetap boleh buat posting. Bukan nak nak menunjuk tetapi untuk kepuasan. Tapi kalau nak menunjuk pun tak apa, terpulang pada individu.
Dulu saya ada bercuti di Bali dan ada banyak gambar namun saya tak letak di Blog sebab masa tu sangat gemuk. Tapi kali ini saya nak letak gambar saya bercuti di Sarawak dalam blog sebab nampak kurus dan handsum pulak (prasan), jangan marah, he he he.
7. Jadi bermotivasi, lebih perasan dan lebih produktif.
Bila balik dari bercuti biasanya kita dapat semangat baru dan azam baru. Saya rasa segar dan lebih baik. Saya rasa seronok bila buka bungkusan barang yang saya beli. Saya nak letak juga barang yang saya beli di pejabat. Saya berdoa dalam diam biar rancangan nak bercuti ke Singapura akan menjadi. Saya tak pernah ke Singapura tapi pernah makan laksa Singapor tu.
8. Boleh balas balik kichen
Kali ini saya bolehlah balas balik kichen yang kawan-kawan saya beri. Kawan-kawan saya ramai yang beri kichen apabila mereka pulang dari bercuti. Sekarang saya pula akan hadiahkan kichen itu. Kichen tu membawa mesej `aku pun boleh bercuti juga' atau `aku baru balik bercuti'. Boleh pilih yang mana satu. He he he.
Jan: suatu hari nanti saya akan cuti terus dari dunia ini...

3 comments:

Nong Andy said...

En. Sukiman.. meh la bercuti di sabah pula hee....

sukiman said...

Memang ada rancangan tu... tapi entah bila yea...tengoklah dulu.

amilia said...

:)

.