"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 6, 2011

Hantu kurung budak... (bukan cerita seram)

Bukan semua pelajar yang kita ajar handsum/jelita, bukan semua pelajar kita rajin/malas, dan bukan semua pelajar kita pandai. Tetapi yang tak pandai tu janganlah kita kurung/tahan daripada menduduki peperiksaan. Semata-mata nak jaga prestasi/populariti sekolah. Haaa...
Mereka ada hak (walaupun hak menurunkan peratus percapaian sekolah? He he he), hak untuk belajar. Sepatutnya yang lemah ni la yang diajar bertubi. Bukannya buat kelas tambahan kepada pelajar harapan sahaja yang biasanya terdiri daripada anak-anak guru, he he he. (tersinggung saya).
Saya ada pengalaman mengajar pelajar STPM selama lebih 5 tahun, di sekolah guru-guru sangat rajin bekerja macam robot walaupun banyak cabaran yang mak bapak sendiri tak tahu. Tak tahu perangai anak macam mana bila di luar rumah (sebab lakonan baik punya depan mak bapak, he he he).
Namun mungkin ada segelintir guru-guru dan guru besar-guru besar dan pagawai pendidikan daerah-pegawai pendidikan daerah yang suka jadi hantu.
Jan: Terasa nak jadi hantu bunga mawar...

No comments:

.