"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 10, 2011

Harga rumah naik 20%!

Segak bergaya berduit, Datuk Seri Michael K C Yam



Harga rumah memang selalu naik, tak turun-naik macam emas 916 atau emas 10. Dalam hidup seseorang orang membeli rumah adalah suatu perkara yang besar. Sangat besar sebab di rumahtulah nanti kita harap akan bermati relai. Namun untuk mendapatkan sebuah rumah di bandar seperti Kuantan adalah suatu yang menekan...Haaa.

Lihat gambar di atas, mungkin pembaca blog ini tak kenal kan? Sebab beliau bukan berada di industri hiburan atau politik. Beliau adalah Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA). Cakap dia ni boleh pakai sebab dia buat tinjauan dan ada info bolehcaya.

Pemaju memang bercadang menaikn harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15% menjelang pelancaran jualan mereka akhir tahun ini.

Beliau kata menjelang separuh kedua tahun 2011 ini harga rumah dijangka akan naik sebanyak 20%. Satu info berguna kepada sapa-sapa yang nak beli rumah. Kata beliau lagi kenaikan tersebut bukan kerana permintaan untuk rumah tinggi tetapi kerana kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan secara keseluruhan.

Harga batu bata, besi, simeng dan pasir. Tu tak kira kenaikan dan kekurangan tenaga kerja. Nak harap pekerja tempatan, jangan harap!. Contohnya, harga batu bata naik kepada 42 sen (tahun lalu 33 sen), harga besi kerangka dah RM2,589 setan (tahun lalau RM2,285). Pendek kata sejak Julai tahun ni harga simeng, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik sehingga 46.2%,81.1%, 47.2% dan 69.5% (angka diambil dari maklumbalas REDHA).

Jan: Batu bata berharga macam `gold bar; jugak kan? Cuma harga batu-bata selalu naik je memanjang...

No comments:

.