Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 6, 2011

Adakah anda pasti...?

Saya baru pulang menghadiri majlis hari lahir kawan baik saya, iaitu Zuraini. Majlis tersebut agak lama tertunda sebab semua orang yang nak handle majlis sibuk (sama ada kahwin atau tak kahwin, he he he).
Saya agak terkedu apabila disuruh membaca doa makan. Ikhlas cakap doa makan tak jadi amalan dalam hidup saya dan keluarga. Keluarga kami hanya baca bismillah sahaja. Saya tidak ada masalah kalau sapa-sapa nak baca pun, saya tadah tangan jea. Tak rugi berdoa. Namun seorang kawan saya setiap kali makan bersama keluarga, wajib dia baca doa makan. Dia beragama kristian.
Dalam makan-makan tu, saya terdengar " Awak pasti ke awak saja isteri kepada Rasmonang Hadkifez (nama samaran)? Kata seorang pensyarah perempuan kepada rakan perempuan sepensyarahannya. Walaupun mulut mengunyah rakus mee singapura dan pulut kuning, mulut dia tetap boleh bercakap. Kelebihan wanita. He he he.
Saya yang ligat makan ais krem (semua perasa saya rasa) terkedu, lantas tertarik dengan isu yang ditimbulkan. Saya pun pasang telinga. Manalah tahu boleh saya muatkan dalam blog. He he he.
Okey sekarang kita tanya diri kita `kita pasti tak?, he he he. Kadang-kadang kita rasa pasangan kita baik sangat terhadap kita, kita percaya sangat sehinggalah akhirnya kita meraung, he he he. Contohnya, tekanan darah tinggi kawan saya mencanak naik bila dia terjumpa sekeping gambar di bawah lipatan kain isterinya yang di dalam almari semasa dia mencari sesuatu. Dan sekeping gambar menceritakan segala-galanya.
Sebelum itu dia pasti sangat isterinya yang tudung labuh dan seorang surirumah itu adalah seorang isteri solehah yang bertanggungjawab itu sangat baik... Sekarang dia tak hairan bila talipon rumah berbunyi dan bila dia angkat. Terus talian diputuskan...
Tetapi saya tak hairan sebab bak kata orang dulu-dulu, air yang tenang linang jangan sangka tak ada buaya.
Jan: Anda bagaimana, and pasti? he he he

1 comment:

Mc Zue said...

terharu u..ada gak majlis swmabutan hari jadi tuk i..hehe..tq semuaaaaa

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home