"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 5, 2011

Segelas air kosong 80 sen




RM10 sebenarnya sudah terlampau murah kuasa belinya (`kuasa' yang ada pada sejumlah duit tersebut untuk membeli). Begitu juga RM100 tidak cukup kalau kita nak bertroli sambil bergaya membeli keperluan asas di Giant.

Begitu juga dengan RM1000. Kuasa belinya menurun dengan mendadak. Saya ingin berkongsi cerita. Bagi sesetengah orang mungkin saya ni penipu. Tapi biarlah, lantaklah, he he he.

Masa saya kecil, waktu tidak bersekolah lagi, saya selalu ikut emak ke pasar. Dengan sepuluh ringgit dapat membeli makanan sehingga seminggu. Saya perhati semuanya, RM10 dapat membeli ikan, sayur dan telor, dan rencah lain.

Saya juga masih ingat semasa di darjah saya bawa 50 sen ke sekolah, sehingga saya tingkatan 3, saya masih lagi bawa duit RM1.20 hingga RM1.50. Termasuk tambang bas yang sebanyak 30 sen sahaja.

Kalam cat Luna (pencil colour, 12 batang) yang ada gambar orang bersampan tu harganya RM1.20!. (lihat gambar di atas). Dan pada masa tersebut kami adik beradik pakai sampai pendek. Sampai tangan tak dapat pegang batang, sebab batangnya dah pendek, hehehe. Cuba bayangkan...(Tak macam budak sekarang, pakai sampai tak pendek pas tu hilang, buang!).

Namun dulu hidup susah juga, tak ramai yang ada rumah batu, kereta besar atau bini cantik. Bilik air pun tak ada pemanas air. Dan jangan haraplah nak pakai LAB series...atau SK II. Apa yang kami tahun ialah berjimat. Kami tak marahkan kerajaan. Pada masa itu kami hanya tahu fikir bagaimana nak berjimat sebab barang mahal. He he he. Sekarang senang jea hidup, bila barang mahal, salahkan kerajaan. Bukannya nak cari jalan berjimat, ubah perangai...


Jan: Selamat datang ke planet bumi... boleh lihat mana satu manusia, mana satu beruk.


2 comments:

Nong Andy said...

"Namun dulu hidup susah juga, tak ramai yang ada rumah batu, kereta besar atau bini cantik"

ni tak tahan nak gelak.. apa kaitannya dengan BINI CANTIK? hehehe..

* Masa aku masih darjah dulu.. arwah mak bagi 0.50sen jer belanja sekolah. boleh beli sebungkus mee harga 0.20sen. Air harga 0.20sen dan sebatang aiskream 0.10sen atau sebungkus keropok 0.10sen.

sukiman said...

sya ada jumpa sorg pak cik, dia kata perempuan skrg lawa-lawa berbanding dgn zaman dia. Mrk kian pandai melawa dan bergaya...wpun bini org. hehehe

dulu bau bawang jea kot, heheh.

eh, maknanya awak juga sudah tu.. berumur? he heh

.