"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, December 13, 2011

Bahana ombak rindu...



Minggu lepas, kawan saya sms beritahu sudah 2 malam dia tidur di ruang tamu sebab isterinya marahkan dia. Katanya isterinya jenis ambil masa nak `sejuk' kembali, terpaksalah dia tidur di ruang tamu sebagai hukuman. (tak patut betul isteri hukum suami dengan pisahkan tempat tidur).
Saya kesian juga sebab dia terpaksa tidur atas toto di ruang tamu tetapi mengenangkan sikapnya, padam muka dia. Bini dia sudah beri amaran jangan tidor di atas sofa L yang mahal. Hati saya berkata " kenapa kau bengap sangat ikut cakap bini!"... tetapi saya tak kata begitu secara vokal sebab biarlah kawan saya jadi dungu. Saya tak nak campur hal rumah tangga orang. Nanti apa pula kata pembaca blog ini, he he he.
Saya rasa bersalah pula sebab mungkin sms celupar sayalah yang membuatkan hubungan mereka suami isteri jadi tegang. Namun tak kanlah mereka tidak ada otak untuk menapis apa yang saya tulis. Dan sebenarnya apa yang saya tulis tu tidak berniat nak susahkan orang. Saya cuma berikhlas hati dan mengada-ngada.
Sebenarnya pada minggu tersebut kawan baik saya ada sms beritahu yang dia sedang beratur di kaunter di panggung wayang dengan isterinya nak beli tiket Ombak Rindu. Dia sms beritahu tiket habis. Terpaksalah dia pulang semula ke kampungnya yang jauh di pendalaman.
Dalam pada itu saya sms dia balik, saya tulis;
" Tok rock cheatong mung tgok citer lara, bengong"
" Aku bkn nok tgok sgt, bini ajok" Balas kawan saya.
" huh, citer gitu pun nok tengok, tu citer org muda" Saya sms kembali walaupun saya tahu cerita tersebut bukan dituju kepada orang muda saja. Saja saya tulis begitu sebab mengada. Dan sebab tak ada orang ajak saya tengok (kira dengki kot?, entahlah). Saya kalau cerita orang putih rela tengok sorang tapi kalau citer Melayu, saya akan pergi tengok dengan kawan.
" Mung tok tengok ke?" Kawan saya tanya saya.
" Upoh RM10 aku tok tengok citer gitu, he he he. Mung teman la bini mung tu sampai ke jambang (toilet)." Saya seolah cemburu sebab orang lain ada isteri (tetapi sebenarnya tidak, kan saya guna perkataan `seolah', he he he).
Itulah sms saya. Dan rupanya kemudian dia tak mahu lagi temankan bini dia ke panggung wayang (mungkin terpengaruh dengan sms saya, mungkin?). Berbalah besar malam tu sebab bila bini dia beritahu yang kawan-kawan dia semua dah tengok. Bini dia beritahu lagi di tempat kerja hanya dia tak tengok.
Lepas tu kawan saya beritahu bini dia ungkit banyak perkara sehingga bini dia kata kalau sebagai isteri dia ikut je bila suami suruh. Bila sampai masa suami tidak mahu ikut dia.
Bini dia juga ungkit kalau nak dikatakan sibuk, dia lagi sibuk berbanding suaminya tetapi rela ikut laki ke mana saja.
Kawan saya beritahu bila tak tahan dengan leteran isterinya (isteri dia pakar dalam bidang leteran, isteri dia guru sejarah. Maka pandai mengunkit walaupun perkara telah lama terjadi) dia pun keluar ke kedai kopi. Minum.
Bila dia balik lewat malam, pintu bilik tidur dikunci. Dan dia kata ni dah malam ke tiga dia tidur di ruang tamu. Bini dia tidak bercakap dengan dia kecuali depan anak-anak.
Jan: He he he. tak sangka jadi ombak tsunami.

5 comments:

Nong Andy said...

Aku jenjalan dari blog ke blog hampir sumanya di landa Tsunami 'ombak Rindu'

Dunia org kawin memang byk ombak juga.. aku yg dah kawin ni memang dah maklum jenis2 ombak tu.. tapi bak kata pepatah(ewah! nak kalahkan pepatah en.pensyarah la pula)
Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai... karang kena tsunami.. tidur la kat ruang tamu! hehe...(setakat ni x penah lagi suh hubby tido kat ruang tamu-mudah-mudahan x akan-surga anak kat telapak kaki bonda.. surga isteri?ingat..xpe!)

*Aku suka komen pjg2. en.Sukiman o.k ke? :)

sukiman said...

ok tak apa, saya pun suka panjang2 bila menulis.

saya pernah dilambung ombak asmara 8 kali, tapi 8 kali jugak saya terhempas di karang tepian pantai...he

LilYLiZ@ said...

Hehehe..man betul ker guru sejarah pakar mengungkit? mcm rasa terkena pulak ;)

sukiman said...

ya la, guru sejarah kena ungkit kisah lama, biar jadi tauladan pada anak murid, he he he. Mereka dah terbiasa ingat cerita lama.

mengungkit juga positif tau...

lily, awk dah tengok cerita ombak rindu?

Adie Achim said...

aku udah.. nak tak nak tpaksa juga aku bandingkan movie ngan novel sb aku dah baca novel nie. Hasilan dalam movie 'not bad' banyak elemen meruntun perasaan.

p.s: tak sedar2 ada air mata jantan meleleh di pip.. apa kes?? Sukiman mung kena gi tengok!

.