Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, December 2, 2011

Jadi kelasi kapal la...



" Kalu boring mengadap pelajar, tak payahlah kerja jadi guru/pensyarah. Jadi kelasi kapal." Jerit saya dalam hati.
Bukan apa, saya hairan kalau guru/pensyarah rasa begitu, huh!. Memang menjadi guru/pensyarah bukan cita-cita azali, namun tuhan maha besar (unsur agama), dia lontarkan saya ke tempat yang sepatutnya. Selepas itu saya yakin sangat, saya dilahirkan di planet bumi ini untuk mengajar (dan berlakon, he he he).
Dulu saya tidak bercita-cita langsung jadi guru. Tiada dalam diari. Saya pernah beritahu kakak saya (seorang guru) yang saya tak suka kerja `angkat ketiak' (bila nak menulis di papan hitam, tentu kita kena angkat tangan, dan ketiak terbuka, he he he).
Mungkin masa tulah tuhan marah dan dia terus campakan saya ke dalam dunia pendidikan. Supaya saya tahu betapa tugas mengajar adalah mulia, mencabar dan ceria. Alhamdulillah saya suka. Saya jatuh cinta.
Saya boleh terima jika ada guru/pensyarah kata pelajar malas, tak ada disiplin atau melawan cakap, tetapi telinga saya pedih kalau mereka kata mereka boring dengan pekerjaan tersebut. Sebab saya rasa terhina (pelik...).
Mungkin jadi boring sebab kita tidak cabar diri kita. Mungkin kita boring jika kita tidak dapat melihat harapan di dalam dada para pelajar. Mereka nak ubah nasib, nak cari ilmu... Banyak kemungkinan lain mereka boring...
Kalau tak nak boring, jadilah kelasi kapal. Selalu berlabuh di lain pelabuhan. Jumpa orang baru dan semua baru...he he he.

Jan: Tak boleh jadi kelasi, mabuk laut...hehehe

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home