"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, December 20, 2011

7 kebaikan berjalan kaki

Okey, sekarang saya perturunkan 7 kebaikan berjalan kaki kepada kesihatan kita. Saya menulis kebaikan ini mengikut kefahaman perubatan saya yang cetek. Untuk lebih selamat rujuk doktor bertauliah. Kalau malas nak rujuk, baca jea lah.

1. Jantung jadi sihat. Sebabnya masa kita hayungkan kaki kita, bahagian badan yang lain termasuk tangan kiri dan tangan kanan, punggung, dada, kepala, bahu turut terhayung sama. Dalam sesetengah kes kita mungkin kelihatan seksi (he he he). Bila berjalan anggota badan kita sebenarnya bersenam! Haa...

2.Tekanan darah jadi elok. Boleh hindari daripada penyakit darah tinggi dan stroke. Sebab berjalan menyebabkan aliran darah kita lancar. Darah kita mengalir keseluruh badan semasa pergerakan berlaku. Bahagian badan kita tengah galak (aktif).

3. Badan kita jadi menarik!. Sebab pergerakan badan secara keseluruhan membentuk tubuh badan kita secara semula jadi. Saya setuju sangat berjalan lebih baik daripada berenang kalau nak bentuk badan yang menarik. Tengok ikan paus, dia berenang tapi tak ada shape kan? Haaa... Berjalan lebih bagus.

4.Mengurangkan stress. Dalam hidup ini siapalah tak stress? Bila kita berjalan badan kita jadi aktif dan keluar hormon endorfin (hormon yang buat kita riang, ceria dan kontrol handsum). Menolong kita lihat sekitaran dengan positif. Waktu pagi biasanya kita boleh datang awal ke pejabat, parking kereta jauh dan berjalan dengan penuh gaya.

5. Otot kita kekal kuat. Ya lahkan sebab jika selalu bergerak jadi lemak cair dan tinggal otot-otot yang seksi sahaja, he he he. Bila otot kuat bolehlah angkat benda berat tanpa pura-pura kata tak berat depan perempuan yang kita minat. Otot yang kuat juga bila kita jatuh terpeleaot, risiko cedera dalaman minima.

6. Berat badan kita terkawal macam Kevin Zahri. Walau kita tak sehandsum Kevin Zahri tapi biarlah berat badan kita terkawal. Tapi kalau muka kita dah handsum apa salahnya ada berat badan terkawal macam kevin zahri. Tapi kalau kita lebih handsum dari Kevin Zahri?





7. Kurang risiko daibetis. Bila kita berjalan meningkatkan keupayaan badan kita memproses gula...

Jan: Jangan pulak jalan-jalan cari makan!

5 comments:

Eja said...

Jgn pulak dah lengkap dgn suit jogging menuju Taman Gelora, dgn lenggang kangkung bak itik pulang ptg gi kedai mee rojak...pastu mkn dgn penuh gembira (dgn tanpa rasa bersalah) dan nikmati alam..pastu molek je berlenggang kangkung smula blk ke rmh...kalau gtu la kn, mmg jauh panggang dari kevin zahri lerrr jawabnya..

sukiman said...

he he he...harap pisang tak berbuah 7 kali tahun 2012 ni... tapi memang rojak taman gelora best. manis dan berlemak...teliur rasa...

awk pun kena pantang tu, jaga kesihatan dan kena kembalikan bentuk asal sebelum bersalin...haaa

Nong Andy said...

"Dalam sesetengah kes kita mungkin kelihatan seksi" saya nak bagi 10 markah utk ayat ni(sy pon nak jadi pemeriksa kertas exam hihihi)

Kesian si paus tu kan.. berenang je tapi xde shape pong.. nanti suh dia berjln dlm air pula!

*sy cadangkan blogwalking ke jankaulu sebab boleh ketawa sendiri baca n3 ni lepas tensen wat kerja.. tapi sila baca masa dok sorang dlm opis(mcm aku) takut nanti kena tuduh sewel coz ketawa sesorng tgk komputer :)

sukiman said...

Nong Andy,

kadang2 saya tulis je apa yg saya fikir. tulis ikut perasaan tanpa pertimbangkan apa-apa, hehehe

Eja said...

tulis ikut perasaan tu lebih baik dan terkesan bila org baca, banding asyik duk perasan bila menulis..

.