"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, December 8, 2011

PML: Set Kekwa


Semalam setelah menjadi panel penilai untuk kertas cadangan project paper (pelajar final year) dan selepas menghadiri keraian projek pelajar makerting di tepi tasik (untuk memberikan sokongan moral pada pelajar), saya bergegas ke opis untuk punch out. Nak balik awal sikit, ada orang nak datang rumah.
Dalam pada berkemas meja dan pulangkan buku ke dalam rak, saya masih sempat buka blog PML milik Ezany (http://ezanygallery.blogspot.com/). He he he. Saya lihat dalam bloknya banyak jenis PML, banyak jenis bunganya. Ada jenis bunga Kangkung (yang saya rasa paling popular), bunga bakul, bunga keembong, bunga sakura, bunga padi, bunga lalang, bunga terung dan bunga ros. Juga bunga kekwa.
Pernah tak tanam bunga kekwa? Bunga kekwa ada banyak jenis dan warna. dalam PML ni bunga kekwa ada set warna merah, warna hitam dan warna biru. Lihat gambar di bawah:


Kekwa Merah (ada tiga jenis corak bunga rupanya). Teko dia susah nak dapat tapi boleh cari.



Kekwa Hitam


Kekwa Biru

Memang cantik, berkilat walaupun dah lama. Saya ada bertanya pada Ezany sama ada PML ini yang asli atau tidak. Ternyata ia asli dan bukannya tiruang atau`reproduction'.
Sebenarnya dalam diam-diam saya sudah jatuh minat nak kumpul set sebegini. Saya dah lihat semua jenis bunga dan teliti setnya. Saya jatuh hati kepada sejenis bunga yang pabila saya tatap buat saya bahagia. Tahniah kepada set bunga tersebut kerana berjaya mencuri hati dan pandangan mata saya.
Ya, set itu tentulah berwarna merah tetapi bukan set kekwa.
Jan: Hati yang suci putih, bila berdarah merah akan menjadi hitam...(pulak dah).

No comments:

.