"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 28, 2011

DSN nyanyi lagu orang putih...



Saya sudah mendengar dengan teliti beberapa buah lagu inggeris nyanyian DSN (Datuk Siti Nurhaliza). Saya mendengarnya kerana bimbang pisang berbuah dua kali. Memang bila balik ke rumah, saya bergegas mendengar lagu DSN di youtube.com.. Pisang berbuah dua kali tersebut sebenarnya merujuk pada peristiwa suatu petang apabila ditanya oleh kawan saya mengenai lagu inggeris DSN, saya tidak dapat memberi pendapat. Langsung tidak dapat memberi pendapat kerana pada masa tersebut saya masih lagi tidak mendengar lagu inggeris DSN.

Perlukan seorang penyanyi memepunyai album inggeris? Seperti perlunya seorang penyanyi mempunyai lagu raya, penyanyi yang hebat juga biasanya ada album inggeris. Mungkin supaya senang apabila membuat persembahan di majlis koprat. Sudirman, Khatijah Ibrahim, Sharifah Aini (18 buah album inggeris!. Mungkinkah Datuk Sharifah Aini adalah penyanyi Malaysia pertama yang melahirkan album inggeris?)), apatah lagi Kak Nita (ke mana Kak Nita sekarang? Lama tak dengar berita). Maka mungkin sebab itu nama besar seperti DSN perlu ada album Inggeris. Dan lebih istimewa lagi album inggeris ini lagunya memang dicipta khas untuk DSN.

Di hadapan youtube.com (sebutan = youtiub), saya pejam mata dan hayati lagu dan lengguk suara DSN. Ya memang suara dan gaya DSN. Beliau tidak cuba menjadi orang inggeris, atau orang kulit hitam. Saya lega. Lega sebab bagi saya tak semestinya bila kita bertutur atau menyanyi lagu bahasa inggeris, kita kena sebijik macam inggeris. Kalu sebijik tentulah lebih baik kita beli CD Adele. Dan kalau nak banding Adele dengan DSN bak banding gitar dengan piano. Tetapi saya berharap jangan buat perbandingan sebodoh ini sebab DSN istimewa dan `keluaran’ kita punya. Kita mesti berbangga dan melihat dengan positif. Kepada sesiapa yang mengkritik secara tidak membina, cerminlah diri sendiri sebab ketika DSN sudah memiliki album inggeris, adakah kita masih tak mendaftar kelas bahasa inggeris, he he he. Jangan marah.

Peminat setia DSN harus segera memiliki album inggeris pertama ini sebagai sokongan. Barulah dikatakan peminat setia. Dan sebenarnya ada satu lagu dalam album itu sedap sangat di telinga saya. Tajuk lagu tersebut adalah... rahsia. Bila saya dengar saya rasa cinta!.

Jan: Akui kehebatan DSN. Tahniah!

1 comment:

Zefa said...

as salam sir..
sir, wahhhhhhhhh.. sir dah minat lagu DSN, ada potensi nak minat DSN. ehehehehe.

.