"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, December 20, 2011

Bukan semua orang Indonesia jahat.

Petang-petang begini saya berinternate dan berblog di kerusi batu saya, saya duduk menghadap tasik di hadapan rumah saya. Air tasik sudah surut, memang sudah digali dan dicuci paritnya agar air tidak melimpah masuk ke kawasan rumah sekitarannya.
Saya lihat tasik tersebut cantik kerana telah dibersihkan. rumput juga telah dipotong. Saya lihat ramai orang Indon yang santai memancing. Saya perhatikannya dari pagi hingga ke petang, ada sahaja kumpulan yang memancing. Mereka merupakan pekerja Indon yang masih lagibekerja menyiapkan kawasan perumahan baru yang melibatkan beberapa fasal. Orang Indonesia bukan sahaja memenuhi sektor pembinaan tetapi juga sektor perladangan dan industri.
Saya sering baca akhbar terdapat warganegara Indon yang merompak dan membunuh. Namun jika kita mahu katakan mereka semua adalah orang yang jahat itu adalah tidak benar. Warganegara kita ada juga yang merompak warganegara sendiri. Ini lebih memalukan.
Apa yang saya perhatikan, mereka datang dari jauh untuk mencari rezeki, mereka lebih rajin dan lebih berani daripada orang kita sendiri. Mana ada pembantu rumah Malaysia yang bekerja di luar negara, kalau ada pun sangat sedikit bilangannya. Namun orang Indonesia ada bekerja sehingga ke Filiphina untuk mencari rezeki.
Pada hemat saya mereka datang benar-benar mahu mencari rezeki, hanya segelintir sahaja yang datang ke Malaysia untuk membuat onar. Segelintir inilah yang memburukan nama orang Indonesia dan negara Indonesia. Kalau mereka datang mencuri di kawasan yang telah sedia ada orang Indon, maka busuklah nama orang Indon yang mencari rezeki di situ...
Saya tidak mempunyai tanggapan yang buruk kepada warganegara Indon kerana saya percaya bukan semuanya jahat. Ada yang baik (dan mungkin jauh lebih baik daripada kita). Kita sahaja yang perasan dan sangat mementingkan diri kerana status kita yang kononnya lebih tinggi.


Kak Pah juga mempunyai sahabat dari Indonesia, dia telah menjemput Grace Simon dan Dewi Yull dalam acara amalnya. Dan dua penyanyi tersohor ini datang untuk membantu Kak Pah membuat pertunjukan amal bagi menyiapkan sekolah anak-anak yatim. Dua diva hebat ini tidak berkira, sasal dapat membuat kebajikan tanpa mengira agama dan merentasi negara rasa ikhlasnya. Sedangkan Kak Pah ada beritahu dia ada menjemput artis tempatan tetapi bila sebut bayaran rendah sebab pertunjukan amal, ada yang buat muka `seposen'.



Saya teringat kawan saya di Rawang selangor, namanya Salman, dia warganegara Indonesia. Dia selalu belanja saya makan tom yam sampai saya naik malu dan selalu mengelak. Saya juga teringat Siti yang menjadi pembantu rumah adik perempuan saya. Dia sangat baik dan hingga kini masih lagi berhubung dengan adik perempuan saya.



Daripada pengalaman saya, orang Melayu kita jugalah yang menyusahkan Melayu. Saya teringat semasa saya buat master di UM dahulu saya ada berkawan dengan pelajar dari Jepun dan juga dari negara seperti Magribi. Mereka ada nilai hidup yang baik... Mereka banyak menolong saya berbanding ada pelajar Melayu yang sangat kedekut ilmu...



Jan: suka lagu Dewi Yull `Jangan ada dusta'... dan lagu `Hati lebur jadi debu' - Hetty Koes Endang

1 comment:

Nong Andy said...

manusia sama saja. tak kira orang mana kaum apa.. mesti ada baik ada jahat... tapi kita selalu letak tarap kita lebih baik dari org lain... tak sedar nanti masuk kubur semuanya sama jer.. di makan cacing!!

.