Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 29, 2011

Datuk Siti Nurhaliza yang istimewa

“Saya minta maaf, saya bukan peminat Siti Nurhaliza” Kata mak saya sopan bila saya heret mak ke kedai kaset Speedy di Megamol Kuantan. Begitulah jawapan emak saya apabila perempuan cina (yang muda pakai skit pendek warna biru) beria menunjukan Cd DSN kepadanya. Hari tersebut mak saya sambar CD Salem Iklim.

Saya juga bukannya peminat DSN. Suara dan gayanya tidak dapat memikat telinga dan mata saya. Namun saya tak kata suara DSN tidak sedap didengar. Kenyataannya tentulah suara DSN sangat baik dan merdu di telinga ramai orang, jika tidak tak kanlah beliau menjadi penyanyi yang tersohor. Cuma mungkin saya sahaja tidak minat, abaikan saya kerana saya bukanlah antara ribuan (mungkin jutaan) peminatnya. Kalau pasal Kak Pah, pasal tahi lalat dia pun sampai ke subuh saya boleh cerita…kerana minat.

Bagi saya DSN adalah seorang penyanyi yang sangat popular di Malaysia. Saya pernah dihina/dicop sebagai `moron’ oleh peminat fanaticnya di inetrnate apabila saya ada mengritik (kritikan membina) terhadap DSN. 4, 5 tahun lepas, saya pernah menulis di ruangan youtube bahawa DSN harus ada CD lagu inggeris, kena belajar bahasa inggeris macam Datuk Sharifah Aini. Dan DSN juga kena pandai menari. Seterusnya ramai yang hentam saya dengan mengatakan bahawa DSN tidak perlu ada album bahasa inggeris dan tidak perlu pandai menari SEBAB dia sudah popular. Sehingga ke hari ini saya rasa SEBAB tersebut adalah amatlah bangang.

Kepada saya istimewanya DSN bukanlah pada suaranya sahaja tetapi istimewa kerana dia pandai menjaga diri/membawa diri dalam arena seni suara. Beliau tidak menggambarkan diri beliau liar atau seksi. Beliau penuh dengan keserdahanaan. Beliau membuktikan bahawa bakat seni adalah perkara yang utama, bukan hidung yang mancung dan dagu yang runcing atau seksi. Bakat paling penting. Seingat saya beliau tidak pernah berpelukan atau bersentuhan bila bergambar dengan lelaki. Walaupun beliau tidak menutup aurat sepenuhnya beliau sangat-sangat menjaga batasan dalam berkawan, setidaknya di mata media dan umum. Ini ciri yang amat disukai oleh rata-rata peminat Melayu kita.

Saya juga berpendapat DSN dapat menyanyikan lagu asli dengan baik, cuma kalau penghayatan kena lebih sikit sebab lenggok sudah sempurna dan ada kelas tersendiri (pasal penghayatan ni susah, kena tanya Adnan, dia pakar dalam penghayatan terutama bahagian getaran suara apabila ditarik tinggi). Anak muda yang tidak suka lagu asli pun akan terasa tarikan lagu asli bila DSN yang nyanyikannya. Bukan semua penyanyi boleh bawak lagu asli dengan baik. Lenggok dan teknik suara DSN tersendiri.

Kalau orang bertanya kenapa saya tidak minat DSN, payah saya nak jawab. Mungkin kerana memang in the first place saya memang dah tak minat. Mungkin telinga saya? Atau kongsep lagu yang dibawa? Entahlah saya tak mahu fikir. Yang saya tahu suara DSN sangat merdu di dengar oleh peminatnya. Seperti juga mengapa saya minat Sudirman dan lagu-lagunya sedangkan saya tidak minat suara Sudirman. Saya lebih suka suara Zamani, Amy Search, Salim Iklim atau Jamal Abdilah.

Kesimpulannya walaupun saya sama seperti emak saya, iaitu tidak minat suara DSN, kami tetap mengakui kehebatan dan tersendirinya DSN dalam dunia seni suara Malaysia. Semoga DSN akan terus maju dan berjaya menghasilkan album yang baik pada masa hadapan. Semoga DSN juga dapat bertahan sehingga berdekad lamanya dan mendapat peminat baru bagi setiap dekad.

Dah akhir sekali semoga diva ini akan bergelar Biduanita Negara ke 3 pada suatu masa nanti.

Jan: Suka tengok DSN dan DK…

1 comment:

Mama4Aqil said...

saya,En sukiman dan emak en sukiman tak minat pada DSN.walau dagu saya mcm DSN.hahahahahah..ada aku kesah?hahahahahah

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home