"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 7, 2011

Apa makna bangkrap?



" Mahkamah dah istihar Datuk Karim (nama samaran) dia bangkrap" Kata ayah saya kepada kawannya lebih kurang 30 tahun dulu. Masa tu saya sekolah rendah. Pertama kali dengar perkataan `bangkrap' dalam hidup. Saya yang duduk di belakang (tempat duduk kereta) terus menyampuk `Bangkrup tu gape ayoh?" (terjemahan = Ayah, apa maksud bangkrap?")
Setelah ayah saya beritahu bila orang tua bercakap jangan menyampuk, terus ayah menerangkan orang yang bangkrap ialah orang tak mampu bayar hutang sebab hutang banyak dan dia kena pakai selipar jepun sahaja. Begitulah penjelasan pendek ayah kepada saya. Saya ingatkan bangkrap ni macam pangkat yang kita dapat sebab kita berjasa pada negara. He he.
Dengan ayat yang mudah bangkrap adalah satu jenama, di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi kerana gagal atau ketidakupayaan untuk membayar hutang yang terkumpul/sejumlah sekurang-kurangnya RM30,000. Haaa...
Maknanya kalau kita hutang setengah juta tapi tiap bulan boleh lenang membayarnya, kira kita bukan bangkrap. Kalau kita banyak hutang tapi bergaya pun bukan kita bangkrap, selagi daya membayar hutang ikut jadual.
Di Malaysia ni, sehari purata 41 orang dapat `pangkat' ni. Selamat datang.
Jan: Bangkrap kasih sayang...?

2 comments:

Nong Andy said...

brangkrap kasih-sayang itu amat menyedihkan.. tapi.. lagi teruk kalau brangkrap duit. Sebab kalau takde duit biasanya yang sayang pun jadi tak sayang..

ada duit abang sayang..
takde duit abang melayang...

hehe..

sukiman said...

setuju...setuju dan setuju...

.