Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 28, 2011

Tiket bas raya...

Ahad nan lalu, saya ke Terminal Makmur, Kuantan. Saya temani kawan membeli tiket. Kawan saya ini istimewa, dia sahabat baik saya semasa di sekolah menengah. Kami sama-sama ponteng sekolah dan hisap rokok (tapi sekarang kami dah tak ponteng kelas). Sudah 24 tahun kami tidak berjumpa. Facebooklah secara tak langsung menemukan kami. Dia datang tidor rumah saya semalam di Kuantan, dia datang seorang tanpa isterinya (isterinya seorang guru).

Di terminal tersebut, saya dapati tiket bas untuk hari raya sudah mulai dijual. Ya, walaupun bulan puasa tidak lagi menjelma, walaupun kita masih tidak ganti puasa (he he he), tiket sudah dijual awal gitu. Ini suatu petanda yang positif. Cuma jangan tiket sahaja habis dijual tetapi bas tidak ada/tak mencukupi. Atau tak nampak batang hidung. Haru.






Saya terkenang zaman universiti dulu saya selalu bimbang tidak ada tiket raya untuk bali ke Besut. Tetapi kawan-kawan saya tolong pastikan saya dapat tiket tersebut. Kalau tak pun kami beramai ramai pergi Hentian Putra.



Pernah juga saya naik bas angkut-angkut (bertukar bas di setiap stesion bas). Saya pernah juga tumpang lori... lori benang yang kebetulan nak ke Batu * Terengganu. Kenangan tersebut tak terbeli. Budak sekarang nak senang je... Huh!.



Semoden mana pun, semaju manapun sesebuah negara, pengangkutan awam mestilah sentiasa ada dan efisen. Masih ramai dan akan lebih ramai lagi manusia akan menggunakan bas. Bas penting untuk golongan yang tiada kereta atau malas nak bawak kereta.



Saya menggunakan perkhidmatan bas hampir sepanjang hidup saya. Saya `baru pakai' kereta 2 tahun, selama ini baslah yang membawa saya ke tempat hajat saya.



Jan: terima kasih bas...

2 comments:

Unknown said...

huhuhuhuh teringat zaman muda-muda..selalu risau pasal yiket bas kalau cuti sekolah atau nak raya...dah sepuloh tahun tak naik bas xpress dan bas tambang..rinduuuuuu...

Jankaulu said...

Ya cik sue, tetapi sekarang banyak pulak kemalangan bas. 20 tahun dulu jarang dengar...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home