Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 9, 2011

Dua perkahwinan



Apa yang wanita mahukan dalam perkahwinan sangat berbeza dengan lelaki. Di sepanjang hayat seorang wanita, mereka hanya dambakan sebuah perkahwianan. Mereka hanya ingin melalui satu perkahwinan sepanjang hayat. Mereka boleh berbahagia dengan satu.

Namun bukan semua wanita bertuah dan dapat apa yang mereka hajati daripada sebuah perkahwinan. Begitu jugalah apa yang terjadi kepada biduanita kita, Datuk Sharifah Aini. Pada tahun 1981 dunia hiburan tanah air digemparkan dengan perkahwinannya dan setahun selepasnya gempar lagi apabila berlaku penceraian iaitu setelah beliau melahirkan satu-satunya darah dagingnya iaitu, Aliff.

Perkahwinan dan penceraian adalah hal rumahtangga dan sangat peribadi. Namun sebagai seleberiti terkenal beliau tidak dapat lari daripada menjadi tumpuan masyarakat.



Perkahwinan pertama



Pada suatu tengahari, seorang kawan bertanya "Kenapa Datuk Sharifah Aini tidak berkahwin lagi?". Sebagai peminat saya hanya menjawab mungkin sudah berumur. Kemudian barulah saya teringat suatu waktu dulu beliau ada memberitahu akhbar dia tetap mahu kahwin walaupun umur sudah 60 tahun jika ada jodoh. Maknanya dia tidak bertekad untuk tidak berkahwin.

Sepengetahuan saya beliau kahwin 2 kali, bercerai 3 kali. Setelah bercerai perkahwinan pertama(khabarnya penceraian terjadi kerana Datuk Sharifah Aini mendapati suaminya sudah mempunyai seorang isteri sebelum mengawininnya...). Kemudiannya beliau berkahwin kali kedua dengan seorang ahli korporat (Datuk) di luar negara.

Banyak sangat cerita yang mengisahkan hal perkahwinan beliau. Di sini saya sertakan kenyataan yang beliau sendiri keluarkan mengenai sejarah perkahwinanya. Moleklah kita dengar daripada mulut beliau sendiri daripada mendengar gossip yang tidak berdasarkan kebenaran. Jika ada pihak yang mahu membukukan kisah hidup beliau, fakta ini perlulah diketahui.

" Perkahwinan pertama gagal kerana ia tidak direstui keluarga, keruntuhan perkahwinan kedua ialah kerana saya terlalu beralah dan ini sebenarnya kesilapan saya. Sebab saya terlalu sayangkan dia, saya tidak mahu menimbulkan sebarang masalah pada dirinya. Saya tidak menuntut."
Selepas lima tahun berkahwin baru Sharifah Aini mendapat tahu bahawa dirinya bukan isteri kedua. "Sebenarnya saya isteri yang ketiga," katannya. Saya merujuk katanya tersebut kepada perkahwinan kedua beliau. Semasa saya berada di Universiti Malaya, ada kawan saya dari Temerloh memberitahu yang Sharifah Aini memang isteri ketiga kepada ahli korporat tersebut.

"Saya tidak kisah tidak dapat keluar dengan suami saya, suami saya tidak pernah bersama menyaksikan saya menyanyi, saya tidak ambil kisah dia balik ke rumah atau tidak. Saya fikir perkahwinan kedua itu berakhir kerana kegagalan saya menegakkan hak saya sebagai isteri."
Sumber: Baharom Mahusin dan Saharudin Musthafa (Mingguan Malaysia, 1 Ogos 1999)

Dengan dua kali kegagalan dalam perkahwinan, ianya tidak menjadi penghalang untuk beliau meneruskan kehidupan dan memanjangkan hayat dunia seninya. Kegagalan dalam perkahwinan bukanlah bererti kegagalan dalam hidup kita. Kita perlu bangkit dan pandang dunia yang luas...(amboi sedap je saya menasihat, he he he). Malah sinaran kecemerlangan dan pencapaian beliau sangat membanggakan, sumbangan beliau dalam dunia seni suara dan hiburan diteruskan tanpa henti...

Jan: Tidak semua orang bernasib baik dalam perkahwinan namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak bahagia dalam hidup kan. Ada orang tak ada pasangan pun, tak ada anak, he he he. Tetapi bahagia juga.

1 comment:

ForestOrchid said...

Benar, kita harus bersyukur, berbahagia dalam hidup ini apa adanya, bukan untuk ditangisi, dideritai, dikesali dan sebagainya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home