"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 7, 2011

Baki cuti tahunan saya...

Sekarang kita berada di bulan 6, maknanya kita sudah berada di pertengahan tahun. Banyak perkara kita kena periksa... salah satunya bilangan cuti tahunan kita. Saya lega apabila melihat cuti tahunan saya masih banyak...
Kenapa majikan kita sediakan cuti tahunan? Mengapa ada bilangan sekian-sekian hari jumlah cuti tahunan untuk suatu bidang pekerjaan sekian-sekian? Mengapa? Tak kanlah saja-saja kita diberi cuti...kan? Cuti bergaji pulak tu. Tak boleh ke kalau tak ada cuti tahunan?
Secara umum cuti tahunan diberi untuk minda dan fizikal kita. Kita memerlukan keadaan rehat lebih daripada hari sabtu dan ahad. Tak bolehlah kalau sakit pening kita ambil cuti tahunan, kalau sakit pening kita jumpa doktor, kalau layak kita akan dapat MC. Kalau tak layak mungkin kita isi borang cuti tahunan, nak ambik cuti nak rehat...atau cuti kecemasan.
Namun cuti tahunan tidak ada kaitan rasmi dengan sakit, bak tiada kaitannya duit gaji kawan kita dengan kita (kecuali ada niat nak meminjam, he he he).
Bagi yang berkeluarga cuti juga amat diperlukan untuk mengeratkan urat-urat kekeluargan tersebut, biar lancar terurus. Bila lama berada di rumah baru boleh perasaan anak kita dah besar panjang rupanya. Atau budak yang kita sangkakan jiran tersebut adalah anak kita, he he he. Kita tak sedar sebab sibuk bekerja.
Perihal cuti ni, dulu pun saya ada posting pasal pengurusan cuti tahunan. Saya percaya ramai yang gagal mengurus cuti dengan baik. Saya tidak pernah kagum terhadap rakan-rakan yang cuti tahunannya tidak habis dan dibawa ke tahun depan. Tak pernah pun. Malah kesian sebab dia gagal urus cuti, he he he. Perasan banggalah dia sorang-sorang, he he he.


Jan: Cuti tahunan tersebut saya nak guna masa raya, juga nak gi Sarawak dan insyallah Singapore.

2 comments:

.