Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 14, 2011

Lorong kanan untuk memotong!



Sebaik sahaja saya membelok ke jalan Gambang-Kuantan, saya ambik lorong kiri kerana saya bawak kereta perlahan. Lorong/jalan kanan untuk orang memotong sahaja (atau untuk orang yang nak kejar masa sebab nak gi pejabat pos bayar denda? Denda sebab melebihi had laju?).

Kemudiannya saya lihat sebuah kereta di hadapan saya perlahan sangat. Ketara perlahannya. Umpama dipandu oleh pasangan yang baru kahwin (bawah 6 bulan) di mana mereka juga baru dapat kereta baru. Maklumlah kereta baru mestilah mengelak lubang walaupun mereka sendiri tidak mengelak lubang).

Namun mereka yang bawak perlahan mungkin kerana faktor lain yang lebih realistik. Contohnya makan angin, menikmati keindahan jalan raya. Nak dijadikan cerita saya tak tahan mengekori kereta tersebut, saya beri lampu isyarat dan terus belok ke kanan memotong dan cepat-cepat masuk kembali ke lorong kiri.

Tiba-tiba saya lihat suatu yang ajaib, iaitu ada sebuah kereta yang guna lorong kanan tetapi perlahan cara pemanduannya. Saya dapati ada kereta terpaksa ke kiri lorong untuk memotongnya. Dah terbalik kot.
Ayah saya kata kalau begitu lakunya biasanya kereta tersebut dipandu perempuan yang pentingkan diri. Memanglah begitu, kalau perempuan bawak kereta tak peka apa yang di sekelilingnya, pentingkan diri sahaja. Kalau bawak selow, gunalah lorong kiri, kesian kat orang lain. Saya terus mengomel dalam diri.
Saya lajukan sikit kereta nak lihat pemandunya perempuan muda ke perempuan tua? Saya lihat pemandunya lelaki!. He he he.
Jan: jenis lelaki yang bawak kereta selow jugak...he he he.

5 comments:

Adie Achim said...

memang best klu terserempak ngan pemandu2 selow nie.. esp time nak rush!

Jankaulu said...

he he he, biasanya saya pakai kepiah bila memandu selow, kawan saya cadangkan. he he he.

MySra said...

apa motif pkai kepiah tu man semasa memandu dgn cara yg perlahan?

Jankaulu said...

itulah yang man tertanya-tanya, Adnan cadangkan idea tu...mungkin sebab yang pandu selow tu biasanya orang tua. Entah...he he.

Arief Arf said...

betul ke lelaki? entah2 pondan.
hahaha

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home