"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 22, 2011

Dapur orang miskin?

Macam mana keadaan dapur orang miskin ya? Tentu bukan macam dapur kita kan? Tekoh kita ralit nok (semasa kita asyik hendak) bina design macam mana bentuk kabinet yang mengagumkan jiran kita, mereka hanya fikir nak makan apa hari ni...? Kesian kan...?

Saya ada mengajar mengenai kemiskinan mutlak di Malaysia. Kalau ikut teks kemiskinan itu bermaksud "Absolute Poverty has been defined as a condition in which the gross monthly income of a household is insufficient to purchase certain minimum necessities of life." Maknanya pendapatan bulanan pun tak cukup untuk sediakan bahan-bahan asas (barang keperluan hidup), bukannya bahan/barang yang tak asas...(barang kehendak gaya).

Barang asas (the necessities) itu apa? Microware? Kabinet Pulau? Hud? Kuali teafal? Mengikut yang saya ajar bahan asas itu: " These necessities include among others clothing and footwear, rent, fuel and power, transportation and communication, health-care and education."

Sekadar hiasan...(baca dengan nada simpati dan bersyukur)

Jadi sahlah bukannya hud atau kabinet yang vouge. Mereka mungkin terperanjat kalau ikut saya gi kedai rekabentuk dapur yang ada harganya sampai RM22K. Saya dah survey kat Kitchen Signature...ya allah, rasa nak tidor atas meja yang bersekali rekabentuk dengan kabinet tersebut. Bagi yang ada pasangan mungkin nak bersetubuh atas meja tersebut. Entahlah...


Cuba bandingkan dapur orang miskin...dan dapur kita?


jan: emmm... (alhamdulilah hidup kita, syukur kan?)

4 comments:

Umar said...

merujuk kepada gambar dapur org miskin > miskin2 jgk....kain baju jgn berselerak mcm tuh...kite miskin takpe..tp mesti kemas dan bersih....

Cik Sue said...

ahahahha perihatin betul cik umar..

Cik Sue said...

berwajah baru?...ehehehhe haaa baru terang dan tenangggg...best2..

sukiman said...

saya baru ternampak kain tersebut...ya betul.

Dan bahaya jugak, takut terbakar hangus atau hangus terbakar.

.