"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 7, 2011

Fahrin nangis...




Orang lelaki jarang menangis, kalau menangis pun bukan depan khalayak ramai. Orang lelaki juga jarang menceritakan hal mereka menangis (kecuali saya, he he he). Namun saya bukan menangis beria macam budak nak ais krem, cuma bila sedih tak sedar airmata menitis...(terus saya kesat dengan bucu baju, sensitif konon).
Membandingkan saya dengan Fahrin ibarat membandingkan bunga dengan pasu bunga (vase) atau bawang. Banyak bezanya. Saya tidak terkenal, hanya handsum (Fahrin sangat handsum - memetik kata-kata rakan pensyarah), saya juga tidak segak dan manco (hancur ada la...). Saya tak pandai pakai tai (tali leher). Saya tak ada ramai peminat, pendek kata dia ada segalanya yang orang biasa tak ada, terutama dia `terkenal'.
Namun hati kecil manusia adalah sama. Mereka akan menangis bila hati sedih. Lelaki tidak akan menangis jika tidak sangat sedih. Saya ada kawan perempuan yang menangis bila handphone dia hilang...dia beritahu hatinya sangat sedih sebab handphone tersebut dibeli di Teruntum, Kuantan. Saya tak tanya pulak kalau beli di Megamall tak menangislah? he he he.
Kembali ke tajuk posting. Saya tidak tahu dengan detail kenapa Fahrin menangis, yang saya tahu tentulah dia sangat sedih. Kenapa dia sangat sedih saya taklah tahu sangat. Cuma saya tahu dia sangat sedih sebab itulah dia menangis...
Jan: ????... No komen...

4 comments:

Vivacious O'light said...

ek? bukan fahrin ke nama dia? fahrin ahmad???

sukiman said...

Alamak taiping erer la...maaf banyak2, campur humeng erer, he

sukiman said...

man dah betulkan...thanks.

danny said...

fahrin ni ada iras2 muka...

.