"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 7, 2011

Satu pertiga kita?

Kelmarin (semalam) seharian saya bertugas di bilik urusetia exam. Saya bertugas bersama 2 rakan sekerja yang lain. Dalam bertugas tersebut kami ada berbual-bual. Salah satu topik yang berbekas di hati saya ialah hal `ser pertiga'.
Kata rakan saya hidup ini kena seimbang antara tiga perkara. Tanggugjawab terhadap tuhan, diri bersama keluarga, dan masyarakat (kerja kita). Rakan saya, Encik Zul menerangkan dengan detail maksud sepertiga tersebut. Katanya kenalah seimbang.
Dalam beliau memberikan penerangan, saya sempat juga mencelah. Saya mengambil contoh ada pensyarah yang beritahu kat suaminya " you dalam 3 tahun ni jangan kacau i, i nak buat PHD kat London, anak i bawak". Biasalah saya, he he he, tau je cerita-cerita orang. Saya kupas perlakuan pensyarah perempuan tersebut yang saya sifatkan kurang tanggungjawab terhadap keluarga kerana tumpu sangat pada kerjaya. Yang akhirnya bila dapat PHd, meraung! Sebab suaminya kahwin lain...(setelah 3 tahun tersebut, he he he kesian pun ada, lucu pun ada.)
Saya buat kesimpulan memang benar kata-kata Encik Zul. Kita tidak boleh terlebih atau terkurang sebab semuanya penting dan saling berkaitan. Kalau terkurang maka pincanglah hidup kita, bahagia ke mana, susahlah menerpa.
Saya terus memeriksa sepertiga saya... He he he, saya pun tak betul jugak...dok kejar dunia.
Jan
: Sepertiga anda bagaimana? he he he

3 comments:

Adie Achim/ Papa said...

errr...

sukiman said...

emmm...he he

madier said...

err...50/50..tapi kalau 60/40pun lg elok...maksudnya yg lbh tu akhirat...just personal opinion...

.