"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 1, 2011

Hebatkah cinta...



Ada orang pentingkan diri. Dia pentingkan cinta dia, perasaan dia. Dia biarkan anak-anak dan isterinya hidup susah. Hidup susah demi dia mahu mencapai maksud, mencapai bahagia... Dia rela! Dia tidak peduli perasaan keluarganya.
Saya pernah lihat orang mabuk cinta. Sukar saya nak menulis untuk gambarkannya. Bila kita mabuk bercinta dunia berkisarkan kepada kita sahaja, kita tidak peduli orang lain. Walaupun `orang lain' itulah yang sayangi dia.
Katalah dia korbankan rasa cinta dia kerana memikirkan hal isteri dan anak-anak (kuatkah lelaki untuk mengambil tindakan ini?). Hatinya tentu akan luka dan kecewa cinta... Kedua dia layani cinta dia, yang terkorban isteri dan anak-anak. Ya, biasanya lelaki mabuk cinta akan memilih pilihan kedua iaitu untuk korbankan orang lain demi rasa cintanya.
Kalau kita tanya mengapa dia ambil tindakan tersebut, mati hidup balik dia akan jawab kerana cinta yang suci... (saya tergelak di sini, para pembaca boleh join sama-sama tergelak, he he he)
Pagi ini saya berpeluang minum semeja dengan kawan saya semasa saya ke bandar nak ambik ubat darah tinggi dan nak bayar hutang piutang di bank (kan ni awal bulan). Sebab itulah saya posting hal ini. Saya percaya sangat dalam ramai kawan-kawannya, dia ceritakan hanya kepada saya. Saya percaya dia baca blog saya tiap-tiap hari. Dia ceritakan apa yang terjadi di mana sekarang dia sedang dan semakin rapat dengan anak-anak saudaranya yang kehilangan ayah...
Ceritanya membuatkan saya banyak berfikir yang bukan semua perkahwinan baru (kebahagian itu) dibina atas asas yang betul. Taruhannya mungkin istana lama yang dibina sekian lama. Ramai juga yang membinanya dengan berfoundationkan penderitaan hidup orang lain (dalam kes ini orang lain tersebut adalah `anakbini'nya).
Saya semakin percaya adanya surga dan neraka, semakin yakin sebesar virus pun semuanya akan diadili oleh tuhan. Tidak akan ada yang terlepas begitu sahaja...tidak ada.
Jan:


Nasik lemak buah bidara,

Sayang selasih dia lurutkang,

buang bini, anak dan saudara,

Itu semua kerja...?

4 comments:

Adie Achim/ Papa said...

Salam.
saya punya rakan karib.. amat karib.. sejujurnya saya tidak pernah berterus terang padanya tentang apa yang sya rasakan tentang tindakannya. Sebabnya dia lelaki biasa yang sepatutnya boleh berfikir dan paling PENTING dia pernah melaluinya. Hidup tanpa ayah(ayah yang gila perempuan) dan hadir dalam hidupnya bagaikan biskut 'kit kat'. Malah dia pernah menangis untuk itu. Kini dia tidak jauh beza dengan apa yang dilakukan ayahnya. Nauzubillah... minta jauhkan. Amin!

p.s: Saya tertanya pada diri.. mungkin saya bukan rakan karibnya sebab saya tidak berani menegurnya.

Adie Achim/ Papa said...

*Sebabnya dia lelaki 'dewasa' yang sepatutnya boleh berfikir

- Salah taip.. emo :(

Vivacious O'light said...

perempuan ketiga itu turut bersalah...

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

Ermm...cinta dunia semasa hidup, cinta ukhrawi kita lupakan. Takutkan singa kita lari sejauh yang mungkin, takutkan Allah, kita cuba menghampiriNya..

Jangan keluh kesah dengan cinta dunia...jangan merana dengan hasad dunia...kerana tak lama lagi kita kesana...

jangan sedih, jgn berkeluh resah...kerana cinta itu tetap ADA.

.