"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan terakhir?

" Apabila kita bowok kereta 70 km sejam dan bertembung dengan kereta yang juga bawa 70 km sejam, momengtun hentakan yang terhasil adalah 140 km sejam. Dan momentung 140 km sejam tu dapat menghancurkan kereta kita dan kita", Itulah lebih kurang kata-kata cikgu fizik saya ketika saya berada di dalam makmal sekolah. Pada masa tersebut saya taklah ambil tahu sangat sebab SPM lambat lagi, lagipun saya berfikir saya tak perlu tahu hal kereta sebab bila besar nanti saya akan pakai driver, he he he.
Saya bukannya nak bercerita pasal saya malas belajar fizik atau perihal cikgu fizik yang asyik marah-marah bila saya tertinggal buku kerja fizik. Lagipun saya hanya tertinggal buku kerja fizik, tak kanlah kiamat dunia ini...begitulah saya fikir pada masa tersebut.
Posting kali ini nak bercerita perihal had laju bawa kereta. Sepanjang jalan Muadzam-Gambang ada banyak had laju berbeza. Biasanya 90 km sejam, ada yang 50 km sejam dan dekat jambatan yang sedang dibina (dah lama dah) ada tertulis 60 dan 20 km sejam. Tentulah angka-angka ini menggambarkan sesuatu, iaitu keadaan jalan dan fizikal bentuk muka bumu dan kolerasinya dengan tahap kemungkinan kebahayaan yang kita mungkin hadapi.
Pengalaman saya berkereta selama 2 tahun lebih ini, saya dapati ramai sangat yang memandu melebihi had laju 90 km. Saya tahu hal ini sebab jika saya memandu tepat 90 km pun masih ramai yang melintas di hadapan saya, mereka memandu laju dan menghilang terus. Dan kadang-kadang saya `ter'pandu jugak 90 km di jalan Gambang-Kuantan. Dan kena saman dah.
Namun saya nak bercerita mengenai jalam Gambang-Muadzam. Tentulah saya takut sebab jalan Gambang–Muadzam sempit, bahu jalan juga sempit (sempit giler). Perjalanan pulak dihiasi dengan lori besar yang bawak juga barang ke Segamat. Adajuga lori balak dan lori kelapa sawit...
Sudah banyak kali saya ternampak kemalangan. Pernah saya lihat sebuah treler terbalik, kereta terbalik dan motor terbalik. Pernah juga saya lihat mayat terbujur kaku di tepi jalan ditutup dengan akhbar... Pernah saya nampak paha ter... Sampai ke malam saya terbayang… saya ni dahlah peminat setia cerita seram. Namun katanya filem terbaru Karak tak best mana. Saya masih tak berpeluang menontonnya sebab jarak panggung wayang dengan rumah saya di Muadzam lebih 125 km.
Saya tidak katalah kemalangan yang terjadi semuanya akibat memandu laju. Jika kita ikut had laju, kita juga mungkin mengalami kemalangan jika kita cuai. Cuai tu kira alpa...atau dengan kata lain tidak berhati-hati.


Namun kita tidaklah selalunya berhati-hati, adakalanya kita alpa...
Jan: Bila naik kereta selalu jugak terfikir `Adakah ini perjalanan terakhir?', he he he.

1 comment:

MySra said...

salam man.. saya pun selalunya tak bw laju... paling laju sy pernah bw adaloah 100km/h di jln gambang -muadzam ni.. saya sentiasa berharap, pabila saya memandu, jgnlah ade accident yg berlaku..saya ketar lutut nnt.. tp kalau sy tak memandu takpe, sy boleh lg menoleh ke arah kemalangan @ mayat yg terbujur tu, walaupun terbayang2 sampai ke mlm..

.