"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 23, 2011

Tema sebuah hati yang luka...

Sekadar hiasan... (bukan dapur penulis)



Suatu masa selepas baru sahaja malam melepaskan layarnya, saya terima sms daripada kawan saya, Adnan. Dia bertanya kalau saya renobek dapur dan buat kabinet nanti, tema apa warna dapurnya. Saya rasa tentu beliau sedang memikirkan tema warna bagi dapur barunya.
Saya terima sms tersebut semasa saya sedang masak maggie di dapur. Dapur saya ringkas dan kecil sahaja. Tidak cantik tetapi kemas. Saya guna dapur gas biasa sahaja yang harganya RM39 jenama ayam, he he he. Dan dapur gas tersebut saya letak atas kabinet ringkas yang saya beli harganya RM120. Saya letak kabinet tersebut dekat dengan sink. Saya akui rumah kuaters yang di sediakan oleh majikan lagi cantik dapurnya siap dengan kabinet berbanding dengan rumah saya di Kuantan. Untuk dapur di Muadzam saya beli dapur gas elba, dekat RM200 juga harganya.
" putih lambang hati yang suci tapi bila dikhianati berdarah jadi merah dan akhirnya hitam..." Itulah sms balas daripada Adnan bila saya beritahu tema warna dapur kegilaan saya ialah putih, merah dan hitam. Bila pulak dia belajar bersastera, namun isteri beliau memang berpengetahuan luas dalam sastera...
Kalau boleh saya memang nak buat tema putih sahaja, putih segalanya namun kalau saya teringat kunyit dan chili boh saya tak jadi nak putihkan segalanya. Kunyit ni kuning dia akan melekap kejap ke kabinet kita. Kalau kita basuh bersungguh pun akan ada kesan kuning-kekuningan yang lembut. Chili boh (lada mesen) pun gitu. Punohlah kabinet kita yang beribu tu...
saya fikir eloklah warna putih tersebut kita minimakan. Kalau warna putih kita sekaligus gayakankan dengan warna merah dan hitam barulah nyelar (timbul) dapur kita. Nampak cantik dan edikated sikit. Itulah impian sebuah hati terluka ini...(baca dengan nada sedih untuk ayat terakhir di perenggang ini).

Jan: Putih hatiku pabila merinduimu...oh...

1 comment:

Cik Sue said...

warna tema yang sangat matching pada pandangan mata saya....putih,merah dan hitam...

.