"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 8, 2011

Kegunaan cuti tahunan

Ada suatu cerita, ini cerita kawan sekerja saya, harap janganlah dia terbaca blog ini dan perasan yang cerita ini cerita dia, he he he. Saya rasa dia tak buka jankaulublog, dia buka blog akademik sahaja, yang serius giler dan ada pembangunan minda. Tetapi kalau dia terbaca dan terasa, kira nasiblah sebab saya tak ada maksud pun nak burukkan dia, saya cerita bertujuan ambik tauladan. Sama-sama kita buat pengajaran.
Lokasinya di pejabat. Dia bangga sangat di pejabat, hebat beritahu rakan-rakan yang dia masih ada banyak cuti lagi.
" Saya kalau tak ada perkara yang betul-betul penting saya tak ambik cuti, kerja berlambak nak buat". Katanya sambil mengibar-ngibar tudungnya. Khabarnya tudungnya berharga lebih RM100. Dia yang beritahu...(he he he).
Dia juga bangga sebab berjaya bawak cuti tahunan tahun lepas ke hadapan.... Dia beritahu dengan bangga paras riak firt degree. Pada masa tersebut saya yang baru tangan nak capai borang cuti terus berpaling ke tempat photostep buat-buat hairan sebab kononnya kertas yang diprint tak keluar-keluar...
Setahu saya maknya dah tua, tinggal sorang di kampung. Dan saya tahu dia jarang balik ziarah emaknya yang terlantar. Dia yang beritahu, he he he.
Jan: Saya rasa mak sakit di kampung tu adalah perkara yang penting...he he he.

No comments:

.