Kalau hidup sorang macam saya ni, semua perkara atas kepala saya. Bukan nak mengeluh sekadar pemberitahuan jea. Saya tetap bersyukur kepada tuhan, bagus jugak hidup sorang, boleh bina disiplin dan motivasi diri. Hidup harus kuat.
Semalam pada jam 11 malam, tiba-tiba sahaja saya naik nafsu untuk mengemop rumah. Sebenarnya sudah dua, tiga hari saya berniat untuk mengemop lantai. Namun begitu bila pulang dari kerja saya selebek letih. Tak daya kononnya. Kalau ikut letih memanglah letih, saya cuba beri motivasi kepada diri, jadi saya bertekad jugak hendak mengemop.
Saya tak nak biarkan lantai yang dimop kering dek suhu rumah saya sahaja. Sebab itulah pukul 2 pagi pun saya boleh mop lantai. Saya tak mengharapkan sinaran mentari semata-mata (lantai boleh kering 100% bila lap pula dengan kain. Haaa...)
Selepas kerja mop lantai selesai, mop hendaklah dibersihkan dan pastikan basuh dengan air sabun juga.
Sebelum mopkan lantai saya bersihkan bahagian lantai itu terlebih dahulu. Sapu mana yang patut. Mungkin ada rambut kita atau rambut jiran kita yang terlekat kat lantai. Begitu juga bawah meja makan kena bersihkan, biasanya ada sisa-sisa makanan. Biasalah kita makan bukan macam orang putih, macam orang cacat ada la. Jadi ada sisa yang tertumpah.
Permaidani kena alihkan sebab kita nak juga mop bahagian bawah permaidani tersebut. Pendek kata kerja menyapu memakan masa juga. Boleh juga dilakukan sehari sebelum aktiviti mop. Dalam kes saya, saya lakukannya sekaligus. Lepas menyampu lantai, saya terus mengemop.
Kat dapur banyak minyak. Jadi biarlah selepas mop bilik dan ruang tamu baru mop dapur. Kalau kita selalu rajin mengemop dapur tak perlulah kita basuh dapur kita.
Tempat terakhir kita mop adalah bilik air kita.
Biasanya saya mengemop lantai dengan berseluar pendek dan bertshirt sahaja. Kadang-kadang berseluar pendek sahaja (taklah pakai seluar slek atau jeans panjang). Saya suka longgar, saya nak rasa selesa dan seksi sikit. Bukannya haram pun, saya tinggal sendirian jea.
Saya ada juga ada bertanya kawan-kawan lelaki saya bila mereka mengemop mereka pakai apa?. Ada yang jawab pakai seluar pendek tanpa baju juga. Kenapa yea?. Adakah lelaki begitu bila mengemop?. Tapi kebanyakan jawapan saya dapat ialah "Mop-mengemop ni Mang, kerja bini aku...".
Bila mengemop, mengemoplah secara berundur supaya kita tidak terpijak bahagian yang sudah dimopi tadi. Maka saya pergi ke bahagian yang paling jauh ke dinding, dan mop secara mengundur. Kita hanya perlukan tonggek punggung kita agar berlaku keseimbangan badan. Ya lah kan sebab kita kena bergerak secara mengundur.
Kalau kita tegap berdiri sahaja sambil mengundur ke belakang ia perbuatan yang meletihkan dan sebenarnya bagi saya tidak selesa mengundur ke belakang secara menegak macam tiang talipon.
Lagi satu tak perlulah beli mop yang kononnya magic. Kalau magic, mop tu boleh berjalan sendiri, kita tak payah pegang!. Yea tak?
7. Sambil dengar CD
Untuk menghilangkan boring semasa mengemop, syurgia diingatkan kita boleh pasang lagu. Saya tentulah pasang lagu Kak Pah. Sambil mengemop terbuai perasaan hati. Saya mahu buat kerja dalam keadaan riang dan penuh berperasaan.
Bila muzik rancak bergema, saya mula rancakan diri dengan mop tersebut seolah berdiri di tengah pentas (yang tirainya baldu merah). Saya mengemop mengikut rentak irama lagu.
namun, bila irama bertukar perlahan, suasana menjadi sepi dan sunyi... saya jadikan mop tersebut sebagai micropon sambil berdiri tegak menyanyi mengikuti lirik (buat muka sedih)... Saya bayangkan ada puluhan ribu peminat di hadapan pentas sedang menyalakan lighter dan gerakannya perlahan ke kiri dan ke kanan. Cantik sangat kelihatan...
Dan apabila persembahan selesai mereka berlari ke tengah pentas sambil menghulurkan kalungan bunga, tandanya mereka semua terhibur...!
Jan: Namun sebenarnya tiada sorang pun melihat gelagat saya apabila mengemop, hanya tuhan...






