Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label DPL. Show all posts
Showing posts with label DPL. Show all posts

Friday, June 27, 2014

DPL: Di mana kepak saya...?

 
 
 
Semester sudah memasuki minggu ke empat. Saya semakin sibuk. Dan kesibukan itu adalah rutin hidup saya seorang yang bergelar pensyarah... Saya dibayar gaji untuk sibuk. He he he.
 
Minggu hadapan puasa. Jadi hari sabtu dan ahad terakhir sebelum ramadhan saya bercadang mahu ke Bandar Kuantan untuk berjalan-jalan keliling bandar. Saya suka melihat kedai-kedai. Saya suka ke Megamall dan apa saja tempat membeli belah.
 
Saya taklah membeli belah pun. Saja jalan-jalan.
 
Berjalan jalan seorang diri merentasi kehidupan di dunia ini sudah menjadi kebiasaan bagi saya...(sila baca dengan nada berbaur sedih, he he he).
 
Berjalan-jalan merupakan salah satu aktiviti yang saya lakukan, yang sangat menyeronokan saya. Ya lah tak kanlah saya 24 jam mahu membaca buku dan majalah...dan berkebun.
 
Minggu terakhir ini juga saya sudah tidak perlu menguruskan taman saya. Minggu lepas saya sudah uruskan dengan tekun. Sampai nak patah pinggang saya berkebun. Jadi di bulan puasa nanti saya rehat sahaja. Berkebun mungkin secara minima...
 
Beberapa minggu ini antara perkataan yang kerap muncul di mulut dan fikiran saya ialah `Kayangan'. Saya terbawa-bawa sehinggakan dalam tak sedar saya menyebut perkataan `kayangan' dengan penuh dramatik sekali. Ketika itu saya sedang memandu...
 
Delusikah saya?
 
Saya selalu bersikap positif. Sekurangnya saya mencuba. Saya bayangkan bahawa saya seorang kekasih dari kayangan yang tidak dihargai oleh manusia yang saya cintai. Manusia yang saya telah banyak berkorban. Maknanya saya rela meninggalkan dunia kayangan kerana rasa cinta. Turun menetap di bumi yang penuh dengan kesukaran dan kelemahan.
 
Namun subjek manusia itu sering menarik hati saya...
 
Tetapi dalam satu badan manusia itu ada seketul hati. Hati inilah yang akhirnya tidak menjadi bersih. Tamak, bodoh dan tidak setia. Rupanya kesetiaan tiada dalam kamus hidup manusia. Sudah hampir 450 tahun saya tinggal di bumi... saya tahu benar...
 
Mungkin manusia itu satu mahkluk yang tidak boleh dicintai kerana ia akan membawa risiko yang besar. Tetapi bila saya memikirkannya semula itulah beza antara bumi dan tempat tinggal asal saya. Kayangan.
 
Saya turun ke bumi kerana cinta. Terlalu indah sebuah percintaan. Buktinya saya merana dan merindui. Kalau saya kembali semula ke kayangan, saya akan terangkan di sana bagaimana saya boleh memiliki rasa cinta dan benci sekaligus. Aneh sungguh dunia.
 
Namun saya percaya mahkluk kayangan yang paling pintar pun tidak mampu memahaminya.
 
Saya juga akan menerangakan bahawa adakalanya kita tetap setia pada orang yang mencurangi kita... Tentu masyarakat kayangan akan mengatakan saya gila. Dan sebenarnya langkah saya untuk tinggal menetap di bumi kerana rasa kasih terhadap manusia itu pun sudah cukup gila bagi mereka...
 
Tetapi hakikatnya saya tidak dapat kembali kekayangan... Hakikat itu pahit namun saya redha.
 
Kerana rasa cinta yang pernah tumbuh ini membuatkan saya lupa di mana kepak saya berada... Rasa bahagia disayangi itu membuatkan ingatan terhadap kepak itu terhapus...
 
Namun dalam menyusuri keseorangan ini, hati saya pernah terdetik... di mana kepak saya?





 
 
 

Thursday, January 3, 2013

CK, Ranggau dan perempuan rambut pendek

Hari ini bertarikh 1/1/2013. Hari pertama tahun baru. Saya bangun sedikit lewat untuk memanjangkan mimpi saya. He he he. Bila bangun, selepas geliat kucing... saya menuju ke arah kawan rapat saya. Penimbang berat. Hubungan kami adalah `love and hate'. Semuga tahun ini hubungan saya dengannya bertambah erat.

Setelah kemaskan rumah saya menuju ke bilik air untuk mandi dan berangan. Buat pertama kali, pada tahun baru, saya mandikan diri dengan CK bodi wash. Saya hanya menggunakan 2 titik sahaja. Saya lumur ke bahagian badan saya terutama dada dan leher. Saya biarkan dalam 5 minit supaya ianya meresap harum ke seluruh badan.



Sebenarnya saya beli perfume CK, ada hadiah bodi wash. 

Kata jurujual Cina tersebut, ianya limited edition. bagi saya tidak mengapalah limited atau pun tidak kerana sebenarnya faktor harga yang penting. Duit poket saya pun limited edition jugak. He he he.

Saya tidak pernah membeli perfume CK, ini kali pertama. Sempena hujung tahun lalu saya sambar satu. Kawan saya beritahu harum baunya tetapi agak `kuat'. Perlukah saya wangi? Saya sendiri pun tidak faham...

HARI ini bandar Muadzam sunyi sepi bak hari dilanggar hujan. Mungkin ramai yang bercuti tahun baru dan keluar beriang-ria jauh dari Muadzam. Saya menikmati makan pagi sambil berkira-kira hendak buat apa hari ini. Saya mengambil keputusan untuk merehatkan badan, hendak membaca.

Setelah bersarapan saya menuju ke kedai buku untuk membeli suratkhabar. Biasanya pada awal-awal bulan saya membeli beberapa majalah. Antaranya majalah wajib yang saya beli adalah Al -Islam, dan Solusi. Juga majalah ringan i-Sihat. Dan tentu sahaja majalah kegemaran saya iaitu Impiana, Apartmen dan Laman. Dan saya juga beli beberapa buah majalah masakan (entah mengapa suka sangat masakan walaupun taidak pandai memasak). Semuanya 11 buah majalah. Saya letak semuanya di kaunter dan menuju semula ke bahagian rak buku.


Saya terus menyambar novel `Ranggau' oleh Ramlee Awang Murshid, seorang penulis novel thriller. Saya bertekad nak habiskan buku ini hari ini juga. Kalau kena dengan selera saya, saya akan cuba membaca  novel-novel beliau yang lain. Saya dapati beliau mempunyai 18 buah novel (kalau tidak silaplah). Saya mahu membaca novel selain tema cinta. Saya sudah tidak menyukai novel bertemakan percintaan berebut batang atau kueh apam.

SESAMPAI di rumah saya terus belek Majalah Impiana. Kakak saya beritahu team Majalah Impiana memperlihatkan rumahnya bulan ini. Rumahnya mempunyai konsep rumah yang saya mahu miliki (rumah idaman saya). Namun buat masa ini saya jauh dari mampu... Ayah saya beritahu mungkin suatu hari nanti tercapai, insyallah. Tetapi perlukah saya rumah yang besar kerana saya tinggal seorang diri?.

Saya membaca sehingga lewat petang. Saya tidak berhenti membaca dari satu majalah ke satu majalah. Majalah Al-Islam juga menarik. Mengupas isu jin dan manusia, yang ada di sekeliling kita. Dr Harun Din ada memberi pendapat dan pengetahuannya tentang jin dan alamnya. Saya jadi takut pula, memang malam tersebut buat pertama kalinya tahun ini saya tidur berpakaian. Katanya `mereka' ada di mana-mana. 

APABILA saya membaca biasanya saya akan pasang televisyen atau mendengar lagu. Kali ini saya pilih rangkaian televisyen yang ada tunjuk klip lagu-lagu. Tapi saya tak tengok, cuma telinga mendengar. Langsung saya tak tengok.

Saya membaca di kerusi dan kemudian beralih ke atas katil (tak kan bawah katil kan?). Kekadang saya ke  dapur buat air panas. Kerusi lagi lepas tu julurkan kaki ke dinding dan pelbagai gaya lagi di atas katil... Tiba-tiba!

Tiba-tiba saya rasa nak menangis... saya terdengar muzik dan suara yang gemersik. Saya ke ruang tamu lihat televisyen. Ada perempuan rambut pendek menyanyi lagu Allycats. Merdu gemersik suara perempuan rambut pendek tersebut. Saya tidak kenal perempuan tersebut tetapi suaranya sedap di telinga saya. Saya berpendapat suaranya masih tidak capai tahap matang, namun sudah ada kesedapan yang mendalam. Saya terus syahdu dan mengada-ngada. Lagu ini sangat menyentuh hati. Hati orang seperti saya.

Lagu `Sampaikan salam cintaku' ini memberi makna yang besar dalam dunia percintaan saya yang punah. Namun saya sudah tidak mempunyai banyak masa untuk mengheret larut duka tersebut berpanjangan. Duka tetap duka, takdir tetap takdir. Saya kena terima hakikat dan teruskan perjalanan. Tidak diharamkan berduka kerana ia adalah perasaan yang kita rasa, namun janganlah diheret kedukaan itu sehingga menyebabkan hidup punah ranah, tunggang langgang. Saya sematkan unsur agama dalam pemikiran saya (maklumlah baru baca majalah Al- Islam dan Solusi). He he he.

Saya berhenti di sini sekejap. 

Jan: Hu hu hu...

Friday, July 20, 2012

Dairi seorang pensyarah lara: Hari ini dalam sejarah 18/07/12, Bhg 3

Saya mengelamun...

Daripada jauh saya nampak Raja Azmi keluar daripada keretanya. Saya tercegat melambainya. Dia yang berskirt panjang, melambai ke arah saya. Saya tersenyum simpul. Selepas bersalam saya mengajak dia duduk.

" Kita duduk di luar sahaja yea" saya meminta izin. Dia tersenyum dan terus duduk. Dia letakan beg tangan barunya di meja. Saya perasan baru sebab tanda harga masih tidak dibuang. Mungkin dia tidak perasan, he he he.

Sebelum ditanya, saya terus beritahu saya sangat sibuk dan tidak sempat hendak tengok rancangan Masterchef Celeberity Malaysia. Memang pembantu peribadi saya Shafarina ada rakamkannya tetapi saya memang tidak sempat tengok. Sibuk.

Saya beritahu Raja Azmi, minggu lepas Azwan Ali ada talipon saya tetapi kami berbual ringkas, saya terlalu sibuk untuk melayannya. tahulah sahaja bila beliau mula bercakap, payah nek berhenti. He he he. Minggu ini saya sangat sibuk, saya hanya sempat sms kepada Juliza Adliza untuk meminta dia cadangkan katering di rumah saya (sempena kawan baik saya di luar negara datang, Adele).

Untuk menurangkan rasa bersalah saya biarkan Raja Azmi bercerita pula. Semasa Raja Azmi rancak bercerita tentang program masakan dan filem terbarunya tiba-tiba datang seorang pelayan muda bertanya saya " Encik nak makan apa?'

" Saya nak makan awak..." saya buat-buat gatal macam kawan saya yang jadi pengurus bank CIMC.  Sebenarnya saya cilok ayat daripada kawan saya semasa kami berada di Hotel Istana. Kawan saya tu walaupun sudah berbini tetapi gatalnya tak pernah pupus. Orang ada duit katakan... (tetapi kadang-kadang lelaki tidak ada duit pun sama juga).

" Biar betul..." Kata pelayan yang muda, saya agak dalam lewat 20an. Tidaklah lawa mana tetapi ada rupa. Saya beri B-.

Sebenarnya saya bergurau sahaja, walaupun saya banyak duit dan boleh dapatkan mana-mana perempuan sahaja tetapi saya bukan begitu orangnya. Saya tidak pernah menggunakan populariti dan kekayaan saya ke arah itu.

Selepas saya dan Raja Azmi mengoder minuman dan makanan, kami terus berbual pasal pilihanraya umum ke 13 dan apa peranan artis membantu kerajaan. Tiba-tiba saya menerima sms. Bila Raja Azmi nampak muka saya berubah selepas baca sms tersebut, beliau bertanya, "Kenapa ni?.

Saya beritahu Raja Azmi yang saya berpendapat pihak Astro masih berasa hati sebab saya menolak untuk muncul dalam rancangan Chef seleberitinya tersebut.

Untuk musim ke dua ini, Astro masih berminat untuk menjemput saya sebagai salah seorang seleberiti. Dan daripada sumber dalaman Astro, kalau saya menolak, barulah mereka akan offerkan kepada kawan baik saya, Aron Aziz.

Saya bukannya sudah tidak mahu berkerjasama dengan pihak Astro tetapi jadual saya terlalu padat. Jadual saya padat. Pun begitu untuk tidak menghampakan pihak Astro saya sudah berjanji akan muncul dalam iklan rayanya selama 0.38 saat bersama Datuk Siti Nurhaliza, Ustad Donz, Khairul Fahmi, dan Yuna. Ada lagi beberapa artis dan seleberiti terkenal yang lain (yang saya tak kenal pun).

Tahun 2010-2011 saya kerap berada di luar negara berbanding dengan negera sendiri. Saya memiliki rumah di US dan beberapa buah rumah agam di London. Projek terbaru saya adalah kolebrasi saya bersama Adele dan Bon Jovi. Ianya masih di peringkat awal. Banyak perbincangan dan rancangan yang dibuat memerlukan kelulusan daripada pihak kementerian dan jabatan agama. Saya rasa tidak perlulah saya mewar-warkan lagi projek ini selagi ia tidak sah. Namun untuk klip vidio antarangasa saya akan serahkan tugas tersebut kepada Gambit.

Tahun ini juga saya banyak mendapat tawaran, bukan sahaja dari bidang seni suara tetapi juga tawaran lakonan. Sehingga Julai tahun ini, saya lebih sibuk menolak lakonan daripada berlakun. Saya sudah menolak 9 buah filem di mana saya sebagai pelakon utamanya, dan 31 watak sampingan.

Perlu sangat saya tegaskan di sini terutama kepada rakyat Malaysia khasnya. Saya masih lagi berstatus warganegara Malaysia. Khabar angin tersebut tidak benar. Dan kedua, saya mahu masyarakat Malaysia faham saya berlakon bukan kerana wang. 

Saya berlakun kerana mahu memberi mesej kepada masayarakat.  Melalui bidang seni banyak boleh kita ubah pembangunan masyarakat dari segi pemikiran dan falsafahnya. Namun saya sedar amat payah dan sukar dalam masyarakat kita untuk menerima dan memahami mesej. Kadang-kala saya terfikir lebih baik saya menyewa ruang iklan dalam akhbar untuk hantar mesej, he he.

Saya lihat Raja Azmi ralit dengan tabletnya, apa yang dibacanya pun saya tak pasti. Kadang-kadang dia tersenyum. Saya rasa memang benarlah teknologi mendekatkan orang yang jauh tetapi menjauhkan orang yang dekat.

Saya hentikan lamunan saya sekejap, saya nak lihat pelajar-pelajar saya...

Jan: Ada 5 tugas utama pensyarah:  1. Teaching, 2. Learning, 3. Research, 4 Publication and 5. Community services... (Berangan tidak termasuk, he he he)...

Thursday, July 19, 2012

Dairi Pensyarah Lara: Hari ini dalam sejarah, 18/07/12, Bhg 1

Seperti biasa saya akan berada di tempat kerja sebelum pukul 8 pagi. Entah mengapa saya rasa bersalah jika saya datang lewat. Apabila selesai mepakirkan kereta di belakang Bangunan Akademik AB, saya melenggang naik tanga ke tingkat satu ke bilik saya. Saya mengelak menggunakan tangga dekat tandas perempuan sebab kat situ rasa seram. Pernah dahulu ada cerita seram yang berlaku, saya bukannya takut cuma seramn jea. Biarlah saya menggunakan anak tangga di tangga lain, biarlah jauh sedikit pun. 

Selepas meletakan barang-barang di bilik, saya menuju ke pejabat untuk merakam waktu kedatangan kerja saya. Masih tidak ada pekerja di pejabat. Saya sebenarnya hanya perlu hulurkan kad kerja saya dan akan berbunyi `tiup' di komputer tersebut yang terletak di dalam kaunter.

Selepas melabuhkan punggung saya yang kini semakin terbentuk (saya amalkan satu senaman hasil tunjuk ajar dari seorang bekas timbalan dekan) saya terus bertekad. Hari ini saya bertekad akan menyudahkan jua pembikinan soalan akhir bagi subjek Malaysian Economy sesi akademik 1, tahun 2012/2013. Saya harus lakukan sebaik mungkin kerana soalan-soalan tersebut akan dimoderatekan/dinilai oleh Prof Dr Muhammad Anuar Adnan yang sudah lebih 35 tahun berpengalamanya dalam dunia pendidikan. Soalan tidak boleh pakai cincai sahaja, ia mesti memenuhi standard OBE dan lain-lain piawai lagi. Siapa kata buat soalan senang, tetapi terus terang saya cakap, sukar lagi membuat skemanya. Haaa. Kalau soalan cuma 6 soalan yang hanya 2 muka surat. Skema jawapan mahunya 12 muka surat! Haaa.

Sebenarnya separuh daripada soalan tersebut sudah saya bina pada semalam. Dan pada semalam ketika saya giat mencipta soalan, menjelma pula seorang pelajar (pengarah projek) ke bilik saya. Beliau mahu menceritakan perkembangan projek saya yang nampaknya tidak berkembang mana. He he he. Dan pada masa tersebut jugalah saya harus siapkan claim saya untuk pembentangan AFBE dan lawatan industri saya. Saya kena belajar buat banyak perkara dalam suatu masa. Saya tidak boleh manja-manja lagi.

Semasa bertekad,  saya teringat yang tepat pukul 2 petang saya harus bergegas ke Dewan Bestari sebagai panel untuk majlis Simponsium pelajar Finance 2012. Maka saya kena siapkan segala kerja berkaitan dengan soalan sebelum tengahari. Maka (maka sekali lagi) saya bertapa dalam bilik hingga terlupa makan tengahari...sesuatu yang jarang berlaku. Nasib baik sebelum itu paginya saya bersarapan dengan kawan saya Adnan dan Ja.

Perasmian simposium ini dilakukan oleh timbalan dekan. Dekan tidak ada, saya agak tentu dekan sibuk dengan miting dan sebagainya sebab sesi akademik sudah nak berakhir. Kalau setakat ketua jabatan boleh sibuk dengan miting mitong ni, apatah lagi dekan kan?. Apabila saya sampai saya terus hanyut dalam simposium itu. Acara pembukaannya menarik sebab ada letupan belon. Nasib baik tiada yang melatah. Atau orang akademik memang tak melatah?. Di kampung saya banyak orang tidak akademik yang melatah. Ah! biarlah persoalan `adakah terdapat hubungan antara latah dan tahap akademik mempunyai signifikan atau tidak' tersebut kita tinggalkan sahaja untuk dikaji oleh orang berkenaan. pada tahap kita ni baik kita kaji mengapa suami kita tidak lekat kat rumah atau mengapa bini kita ni asyik masak kari jea tiap hari. Boring.

Selepas perasmian simpo acara makan bermula. Semasa saya makan tiba-tiba seorang pelajar saya datang untuk minta tandatangan untuk projek layang-layang saya. Saya meninggalkan meja makan buat sementara dan isi borang yang tertentu. Selepas itu saya meneruskan pemakanan (save RM4.80 hari ini. Semasa saya makan saya cuba anggarkan berapa harga makanan tersebut.). Selepas itu saya masuk di dalam bilik di mana terdapat 2 orang lagi panel yang saya rasa lebih jauh berwibawa berbanding saya. Ada 6 pelajar yang saya harus panelkan.

Macam biasa dengan seriusnya saya perhatikan dengan teliti setiap pembentangan dan tanya apa yang saya tidak faham atau tidak jelas. Ada pembentangan yang bagus dan ada yang pada saya tahapnya hanya `kena baiki lagi dengan giat'.

Sampailah pukul 5 petang, dengan sopan meminta diri, saya terus bergegas ke blok Akademik AB yang terletak berhampiran dengan Dewan Bestari. Walaupun bangunan tersebut berhampiran, kira berpeluhlah juga berjalan. He he he. Pakai kot pulak tu.

Semasa melalui bangunan dan menuruni anak-anak tangga, saya terdengar sekumpulan pelajar berteriakan nama saya. Mereka menjerit-jerit dengan kuat bagai mahukan pisang. Mulanya saya buat tak endah namun apabila saya pasti nama saya yang mereka jeritkan dan tiada Aron Aziz atau Nasha Aziz berdekatan dengan saya, barulah saya respon. Saya melambai-lambai juga ke arah mereka. Mereka hanya berada lebih kurang 100 meter daripada saya. Dan dengan gaya seorang superstar juga saya memberikan isyarat kononnya saya kena cepat.

Dalam pada itu saya ternampak seorang pelajar saya yang ada berjanji dengan saya mahu berikan saya hadiah sempena beliau bercuti ke luar negara barat. Anak jutawan tersebut sangat berhemah dan berpeketi walaupun kaya raya dan agak handsum. 

Kadang-kadang saya hairan juga mengapa saya begitu popular (perasan lebih ni). Saya selalu diingati oleh pelajar saya dan apabila saya jumpa mereka di mana-mana, mahupun di bandar atau ceruk kampung mereka meloncat bangga berteriak, atau melambai-lambai ke arah saya seolah saya adalah Mawi (maksud saya Mawi yang pada suatu ketika dulu...sekarang ini entahlah. Senyap sunyi jea...kesian pula...). 

Perkara ini juga terjadi semasa saya pergi melawat pelajar praktikal saya yang kebetulannya saya pernah ajar mereka. Habis sebangunan pelajar tersebut war-warkan bahawa saya akan datang melawat dia. Siap satu bangunan menunggu saya di sana!. Saya pula bagai YB  disambut mesra dan manja. Nasib baiklah saya ada bawa sikat rambut. Dapatlah saya mengemaskan rambut saya yang lebat dan terurai manja.

Ok lah, kita tinggalkan penulisan yang seolah-olah saya sangat popular tersebut (kot-kot perasan jea lebih, he he he). Kita pergi kepada topik lain iaitu apa yang terjadi pada hari ini di mana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Memang selepas simposium tersebut mahu berakhir saya bergegas kembali menuju ke bilik saya. Dan saya terkejut!

Jan: Bersambung....(pulak dah)

Thursday, August 6, 2009

DPL: Daripada jauh sahaja...

1. Suasana berkerja di institusi pengajian tinggi banyak mengheret saya mengimbau kenangan lalu di mana saya salah seorang mahasiswanya.
2. Sebagai seorang pensyarah, apabila ada rehasal majlis atau projek di auditorium universiti, saya akan cuba hadirkan diri walaupun tidak terlibat dengan projek tersebut. Saya turun untuk`tunjuk muka'.
3. Apatah lagi jika projek tersebut kawan baik yang kendalikannya, datang untuk beri sokongan moral, student juga berbesar hati dengan kehadiran pensyarah.
4. Terbaru saya dan Adnan turun melihat persiapan untuk majlis PUNB, kami tidaklah pergi sebagai seekor merak yang mempamirkan keistimewaan, kami pergi sebagai katak yang senyap sahaja...tak nak menarik perhatian sesiapa.
5. Saya duduk di belakang dengan Adnan. Dapatlah saya lihat suasana yang macam-macam di bawahnya.
6. Ramai pelajar yang terlibat, ada yang hanya tukang bawak bunga manggar sahaja (tetapi kelihatan sangat bahagia), ada yang ke hulu ke hilir gengam wokie talkie (maklumlah kat rumah tak ada), ada yang praktis main gamelan dan ada jugak bercouple sampai tak hirau orang sekeliling, biasalah.
7. Ada yang terpaksa berlakun jadi TNC dan Dekan, duduk bergaya atas pentas di kerusi.
8. Pengacara pulak tak habis-habis membaca pantun dan seloka agar majlis ceria taklah macam acara pengkebumian nanti...
9. Ada juga yang duduk di kerusi belakang saja sambil memerhatikan kawan-kawan mereka menguruskan projek. Mereka ini datang biasanya kerana satu desakan yang kuat. Kalau tak, tak datang punya. Baik tidur di asrama.
10. Mungkin ada di antaranya datang sebab `suka' kat seseorang. Dapat lihat daripada jauh pun tak apa, balik asrama peluk bantal. Ya lah kan kita ni sapa..., taklah secantik/sehandsome mana.
11. Zaman saya, orang yang jadi MPP di UM ni laku. Kalau lelaki ramai perempuan dan lelaki minat, dan kalau perempuan, ramai yang lelaki minat.
12. Malu nak cerita tetapi apa yang pelajar buat saya sudah laluinya saya dah rasainya. Saya dulu datang kerana saya suka lihat seseorang, dia taklah cantik mana C+ je, gigi tak tersusun, free hair. Tetapi dia mengambil berat tentang saya. Setiap kali jumpa dia akan tanya `Kamu dah makan?, dia tak tanya apa khabar?. Dia orang Sabah.
13. Dan macam biasa saya tak lahirkan perasaan saya, saya pendam dan peram je. Lagipun masa tu ada pelajar sefakulti yang sedang giat nak ejas saya, cerita ni saya tau daripada kawan baik saya Zuki.
14. Saya tak mahulah dia nampak saya dengan mana-mana perempuan sebab saya tak mahu hatinya sedih sebab saya tahu bagaimana sedih hati kita bila lihat orang yang kita suka bersama orang lain, kan...
15. Banyak terlintas difikiran saya apabila setiap kali melihat raptai atau projek.
16.Tentu yang duduk di belakang sambil lihat-lihat dari jauh itu ada maknanya, he he he. Saya teringat kisah saya semasa di UM dulu. He he he.
Jan: Di mana-mana kawan ku berada, berkeluarga, kawin tapi tak dapat anak ke atau bercerai berai, atau terusan bersolo. Kuharapkan kalian bahagia selalu.

Friday, May 22, 2009

DPL:Perlawanan ping pong...

Walaupun kaki bangku, saya tetap memunculkan diri di perasmian Bulan Quality semalam. Bulan ni ada beberapa perlawanan yang dilakukan antara pekerja dan zon. Ada futsal, bowling, ping pong dan laungan.

Saya datang awal bukan sahaja kerana nasi lemak disediakan tetapi nak juga melihat Ja dan Effa main ping pong.

Seperti biasa Dekan akan memberi ucapan, yang saya faham daripada ucapannya supaya semua pekerja sepakat dan bekerjasama. Ya lah kan kalau tak kerana adanya Bulan Qualiti tak biasa kita orang jumpa ramai-ramai sekali gus.Saya sempat terfikir jugak, wah ramainaya orang datang, cukupkah nasi lemak tu? sambil saya mengerling kepada nasi lemak di atas meja di tepi dewan.

Selepas upacara perasmian saya laju je menuju meja makanan. Saya ambil sebungkus nasi lemak dan makan sorang diri di penjuru meja kemudian datang kawan-kawan perempuan saya. Sedap jugak nasi lemak ni...lemak nasinya.

Selepas itu acara main ping pong pun bermula. Terus terang saya tak tahu bagaimana pengiraan dibuat dalam permainan ping pong. Kalu bola saya tahu lah jika masuk satu gol kira satu mata, dan badi dang (berlumba) kumpulan mana masuk bola banyak. Mengira ping pong saya tak pandai tapi bunying sebutan permainan ini aneh. Ping pong ping pong. Apa yang dipingkan dan apa yang dipongkan? Mungkin ni permainan orang cina kot?. Entah, saya buta sukan...

Saya lihat ja terloncat-loncat mengenakan bola supaya tak terlepas atas meja hijau tu. Geli hati juga tengok ja, aksinya macam gorila kecil yang melompat-lompat nak susu. Tiba-tiba saya ternampak pula beberapa punggung perempuan yang bergoyangan kerana mengenakan bola ping pong, terus saya mengucap panjang dan kembali ke jalan yang benar, he he he. Ampun.

Tetapi yang paling menarik ialah Timbalan Dekan saya. Beliau rupanya pandai main ping pong dan menang pula. Saya ingatkan ahli akademik kaki bangku belaka, rupanya saya saja yang berkaki bangku he he he.Gaya beliau macam orang muda, cergas dan pantas. lompatan dan libasan sangat menarik.

Selepas tu saya dah tak larat tengok sebab permain-pemain yang lain terlalu amatur gayanya, nasib baik tak dikenankan tiket. Dan saya balik ke bilik kerana dah ada pelajar dok menunggu untuk buat Kuiz 2. Tu la masa orang buat kuiz tak datang. Ni kira kuiz ganti...

Esok sabtu, akan ada perlawanan bowling pulak pukul 5 di kuantan... saya pun nak gi jugak untuk memberi sokongan moral. supaya bertambah moral-moral kawan-kawan saya.


Jan: Berdebar tunggu giliran main Futsal, apakah yang paling teruk boleh terjadi pada diri saya nanti ya? he he he, tak kan mati kot?

Saturday, January 17, 2009

DPL: Sibuk memanjang...?

Saya sampai ke kampus lebih kurang dalam pukul 7.15 setiap hari. Sengaja saya turun daripada rumah lebih awal untuk elak kereta, lori dan bas. Tiga sekawan tersebut memang akan munculkan diri dengan ganasnya apabila pukul 7.30 pagi.



Apabila saya sampai ke bangunan akademik saya akan parking motor saya di belakang bangunan, di tempat parking motor pelajar. Kemudian saya naik ke tingkat satu menuju ke bilik saya menggunakan tangga belakang bangunan. Pernah saya terkejut melihat seekor burung hantu yang besar, amat besar...



Setelah saya hidupkan penghawa dingin, buka lampu dan hidupkan komputer saya akan terus ke pejabat untuk punch in. Biasanya tidak ada orang lagi di dalam pejabat. Untuk punch saya hanya perlu hulurkan kad punch saya melalui kaunter di hadapan bilik pejabat tersebut.Lepas tu muncullah muka saya yang handsome tu kat skrin komputer.



Selepas itu saya akan kembali ke bilik untuk membuka email jika ada apa-apa pemberitahuan daripada ketua jabatan atau apa-apa pemberitahuan lain daripada majikan.



Kemudiannya saya terus mengemaskan meja saya. Saya memang tidak mengemaskan meja saya sebelum saya pulang kerja. Kalau ada pun jarang-jarang. Entahlah saya lebih suka mengemas di pagi hari. Satu tabiat yang buruk kan...



Kemudian barulah saya ambil kertas kedatangan dan memastikan kelas mana yang memerlukan LCD dan lap top, atau kelas mana yang hanya memerlukan suara saya semata-mata. Biasanya saya ada kelas setiap hari kecuali hari jumaat. Pada hari isnin, rabu dan khamis kelas saya bermula sewal 8 pagi. Hari isnin dan khamis juga saya balik pada pukul 7 petang.



Sebenarnya saya harus punch in sebelum pukul 8 pagi dan kalau tak ada kelas saya boleh punch out seawal pukul 5.15 petang (kecuali jumaat pukul 5 petang). Namun begitu jarang saya balik awal. Pukul 6 petang saya masih di dalam bilik saya. Biasanya banyak kerja yang hendak dibuat.



Saya akan mencari waktu yang sesuai untuk makan pagi, tengahari dan minum petang. Biasanya saya selalu makan pagi, jarang-jarang makan tengahari dan kadang-kadang je minum petang. Kalau saya sibuk saya selalu kirim ke kawan-kawan saya sahaja. Bila makan barulah saya dapat berita mengenai apa-apa yang berlaku, kalau tidak saya tidak tahu siapa yang beranak dan siapa yang dah bentang kertas kerja contohnya. Siapa yang beli kereta baru, siapa yang suka mengambil masa orang lain bila mengajar,he he he.



selalunya saya mengambil masa di antara masa-masa kuliah untuk periksa kertas pelajar. Ada masanya pelajar datang jumpa saya untuk berbincang mengenai projeknya. Saya ada menjadi penyelia kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar. Saya membantu mereka daripada penyediaan proposal hinggalah kepada memberikan markah pada akhiranny (dan marahkan mereka kalau lambat sangat bergerak).



Setiap chapter yang saya ajar saya akan adakan tutorial dan akan ada perbincangan. Saya cuba seupayanya memastikan mereka mempunyai kemahiran terutama dalam membuat graf. Namun tentulah ia juga bergantung kepada pelajar. Saya tak kuasa untuk memantau ratusan pelajar sekaligus...



Waktu lewat petang waktu saya hendak balik barulah saya buka blog, baca dan menulis sedikit sebanyak. masa inilah saya boleh rehat sikit. Walaupun Sakan tambah dan edit kemudiannya. Masa inilah seronok dapat baca blog-blog orang yang kita kenali dan yang tidak kita kenali. Tapi saya menulis tidak lama, saya harus pulang ke rumah.



Sebab itulah saya rasa sedikit tidak selesa apabila ada seseorang menyatakan saya ni tak ada kerja lain ke sehinggakan saya selalu boleh menulis di dalam blog. Saya juga sibuk namun saya gunakan peluang walaupun sedikit untuk menulis. Tulisan-tulisan itu tidaklah ada isi penting sangat ataupun sesuatu yang bermutu sangat...



Jankaulu: Kalu saya sibuk sangat tidak menulis jugak, just post yang mana ada, he he he.


Sunday, October 12, 2008

Dah akhir sem...ya.




1. Minggu ni adalah minggu ke 14 sem, minggu terakhir berkuliah. Minggu depan study week, so minggu ni akan mulai bertambah sibuk (sebenarnya minggu lepas dah mula sibuk).



2. Sekarang dalam proses menyediakan carry mark, mesti disiapkan setidaknya sebelum menerima skrip jawapan soalan final.



3. Sehingga sekarang masih tak siap-siap proses marking tersebut, he he he. Nak marking bukan mudah, kena ada mood dan masa yang sesuai kalau tak hasilan marking terjejas.



4. Semester ni ajar ECOB 313 Malaysian Economy untuk pelajar semester 5.




5. Masa berkuliah 8 jam sahaja tapi ada 10 section, 9 tutorial. Jumlah student seramai 379 orang tapi dek kerana satu subjek sahaja, cara penatnya lain sikit.



6. Semester depan tak ramai ambik ECOB 313, so kena ajar juga ECMF 013 Principles of Microeconomics untuk student foundation (kira macam pra/sijil...).



7. Rasanya sem ini persembahan yang diberikan lebih baik dan terkawal (ke perasan ni...?). Harap-harap sem depan lebih terkawal.



8. Sem depan masuk sem yg ke 4 saya di sini, semoga sem depan akan lebih komit dengan kerja.




jankaulu: Teringat kat raya dari tuan pengetua PPYIT pada raya nan lalu, beliau memberikan semangat untuk terus mencurahkan bakti kepada anak bangsa...



Sunday, August 10, 2008

DPL: The 6th International Malaysia Studies Conference (MSCS)

SEMINGGU tidak membaca dan menulis blog rasa semacam je, rasa semacam itu orang yang seminggu tidak membaca dan menulis bloglah yang tau... Sekarang sudah menjadi semacam ketagihan hendak menulis. Memanglah kadang-kadang tulisan-tulisan itu bukanlah molek sangat (dari segi pemikiran mahupun penggunaan bahasa...) Tetapi ada desakan dalam diri supaya menulis...menulis dan menulis.

Begitulah halnya bila berada selama 4 hari di Sarawak, iaitu semasa The 6th International Malaysia Studies Conference (MSCS) berlangsung. Semua yang berlaku di depan mata rasa hendak ditulis, dicatatkan. Ni first time dikelilingi orang-orang akademik daripada seluruh Malaysia. (tetapi penulisan ini bukan untuk mengulas dunia akademik dan orangnya. Namun ada nanti penulisan tentang itu, he he he).

Kepemergian ke Sarawak itu sebenarnya atas tujuan kerjaya dan pembangunan diri secara formal. Namun pada masa yang sama merupakan satu peluang percutian yang menyeronokkan (sudah tentulah lepas pembentangan itu..., sebelum pembantangan rasa macam nak deman). Perkara yang paling penting ialah pembentangan tersebut. Ianya mesti dilakukan dengan baik dan berkesan, bukan kerana hanya mahu memenuhi syarat komfirm kerja tetapi juga mahu menjaga nama baik majikan.


Pendaftaran di tingkat tiga, pembentangan di tingkat 18. Apabila melihat begitu ramai orang, seperti biasa perut jadi kecut. Lepas mendaftar dan diberikan fail-fail dan beg persidangan terus ke tingkat 18 untuk meninjau dan melihat pembentangan yang dijalankan oleh orang lain (pembentangan sendiri bermula esok petang). Memang kecut perut melihatnya. Terkapai-kapai juga seorang dr tu menjawab soalan semasa sesi soal jawab.


Bila balik ke hotel petang tu, rasa kecut perut tu ditambah pula dengan rasa keras perut dan letih. Rasa nak deman (teringat Dr Ibrahim beritahu masa dia bentang di Bangkok pun ada rasa nak deman). Mungkin letih sebab fikir macam-macam, termasuklah bagaimana jika sesi soal jawab tak boleh dijawab? he he he.

`Mampukah aku ya? boleh ke buat?'. Monolog ragu dalam diri silih berganti, tulah buat badan dan fikiran rasa letih kot. `Berubah benar hidup aku sekarang, dah tak sesimple dulu...' Setelah melucutkan baju dan seluar, kurebahkan diriku yang seberat 84 kg (-untuk rekod) itu ke katil, memujuk mata supaya lena sekejap. Dalam keadaan hanya berunderware (jenama Renoma - untuk rekod) aku cuba memujuk mata...


`Jom petang ni kita round sungai Sarawak?' Kawanku yang daripada tadi diam tiba-tiba bersuara.

`Aku takut la, tadi orang putih pun ada, siap tanya soalan ke pembentang'. Aku bersuara tetapi tak menjawab soalan. he he he.

`Tulah mung, asal orang putih lawa, asal orang putih seksi, asal orang putih cerdik. Orang buleh buat kita pun buleh buat...bla, bla, bla...'. Kawan aku seolah berkhutbah walaupun hari ni bukan hari jumaat.

Namun mataku layu...gelap....zzzzz.

Jan: He he e

Saturday, August 9, 2008

DPL: Seperti membayar hutang sejuta...

Syukur, semuanya berjalan lancar dan memuaskan di Sarawak. Namun pagi masa nak bentang tu rasa nak termuntah uwek-uwek dalam bilik air... rasa seram sejuk memang mengiringi diri hinggalah kepada saat nak bentang. Bila dah mula bentang hilang sikit demi sikit.

Masa bentang kat peringkat jabatan dulu , kertas ni sebenarnya banyak juga kena komen. Rasa give up juga dua tiga hari, tapi ambik sebagai satu benda positif. Bila dah dibaiki dan diup-gradekan hasilnya boleh dibawa ke persidangan. Rasa syukur dan lega...

Dan selepas pembentangan, mula fikir nak tulis dalam blog sikit sebanyak cerita masa berada di Sarawak. Blog kan juga rakaman perjalanan hidup. Rakaman diri. Lega...

Tuesday, June 24, 2008

DPL:Pasaukan Merah...



UNITEN Putrajaya: Sempena Hari Sahabat Uniten 2007
( Wakil kumpulan daripada UNITEN Muadzam)

Jan: Gambar di atas adalah gambar bersama kawan-kawan yang baru saya kenali...(kecuali Ja)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home