Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 18, 2009

Cikgu Shafie...

Apabila saya darjah tiga saya dipindahkan oleh ayah saya ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR), saya tidak lagi bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Mahmud (SRTM). SKKR lebih dekat dengan rumah saya berbanding dengan SRTM.
Pada masa tersebut SKKR lebih `kampung' berbanding dengan SRTM. Sekarang entahlah bagaimana statusnya...kerana di Kampung Raja tersebut telah terdapat 2 trafic light (Bandar Muadzam tak ada trafic light, he).


Mengingati zaman persekolahan di sana, saya tidak dapat lari daripada mengingati Cikgu Syafie. Dia sangat istimewa di mata saya. Kesederhanaan dan keikhlasan beliau mengajar memang boleh nampak, kita boleh rasai... Dia selalu menasihati kami supaya belajar rajin-rajin supaya jadi orang yang berguna, berilmu.
Ketekunan dan keikhlasan beliau tidak perlu dipertikaikan dan dia mengadakan tuisyen secara free sahaja! Zaman sekarang kalau ada cikgu buat tuisyen free kira macam kisah dongeng la kan, he he he. Tetapi penulisan kali ini bukan mengenai ketekunan beliau atau kemuliaan hati beliau tetapi suatu peristiwa lucu yang berlaku semasa beliau sedang mengajar.


Beliau mengajar matematik dan sedikit bahasa inggeris, dan pada masa peristiwa ini berlaku beliau sedang mengajar matematik. Peristiwa ini berlaku semasa saya di darjah 5. Semasa kami tekun belajar dan beliau tekun mengajar datang sekoyong-koyongnya seorang pemuda tercungak-cungak di pintu masuk kelas memberitahu rumah Cikgu Syafie terbakar! Cikgu Syafie secepat kilat bergegas dan berlari kencang meninggalkan kelas! Dan kami pun tanpa diarah, tanpa disuruh oleh sesiapa turut berlari mengikut Cikgu Syafie daripada belakang. Ya seluruh kelas sebenarnya turut berlari keluar daripada kelas 5A tersebut.


Rumah Cikgu Syafie terletak di sebelah kantin sekolah. Dia bersama keluarganya menyewa di rumah guru. Setibanya kami di sana sudah ada beberapa orang yang berkerumun di depan rumahnya. Saya lihat tiada api tetapi ada asap. Saya masih lagi ingat bagaimana Cikgu Syafie meloncat naik ke dalam rumahnya dan melemparkan tilam yang hangus terbakar! Dan dia kemudiannya meloncat terjun turun! Tidak menggunakan tangga.!


Kami tergaman dengan tindakan `hero' cikgu kami. Tindakan Cikgu Syafie sepantas kilat tersebut memang harus dipuji. Kami gembira kerana rumah cikgu kami tidak terbakar dan kami lebih-lebih lagi gembira sebab kelas matematik itu tidak disambungnya kembali...he he he.
Selepas itu kami menuju ke kantin minum air oren...


Jan: Selamat hari guru kepada guru-guruku dan kepada seluruh kaum guru!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home