"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, May 15, 2009

Adakah kita...?

WALAUPUN sudah bekerja lebih 10 tahun, saya masih lagi menunggu gaji pada hujung bulan. Adakah ini suatu yang normal atau sebaliknya? Hari ini 15hb, bermakna saya ada 12 hari lagi untuk mendapat gaji. Saya menghitung hari...seperti Salmiah Hassan.
Saya tidak tahu bagaimana kehidupan orang lain. Adakah kawan-kawan lain atau keluarga saya yang lain seperti saya juga?. Cuma ada beberapa orang kawan saya menyatakan dengan ikhlas mereka memang menunggu gaji. Terkejut jugak saya sebab kalau melihat gaya dan kereta, mengalahkan DO (District Officer).
Salah seorang kawan saya pernah beritahu yang dia tidak mahu lagi jadi pensyarah selamanya, tak mahu lagi makan gaji. " Tak kan mung nak selamanya hidup menunggu gaji di akhir bulan Man? ''. Katanya kepada saya semasa di Pekan. Pada masa tu dia mahu meninggalkan Kolej Shahputra untuk mendapatkan gaji asas sebanyak hanya RM2K di sebuat syarikat. Tapi hairannya saya dengar `tup-tup' dia datang juga interview di UNITEN beberapa minggu lalu. Pelik!
PERANCANGAN DAN TABUNGAN
Saya memang ada menabung, tetapi terlalu sedikit. Dan tabungan tersebut selalunya saya ambil dan berikan kepada pekedai (he he he). Saya tidak dapat patuhi pesan Kak Nita supaya menabung 20% daripada pendapatan bulanan. Insyallah katanya akan menyenangkan kita di hari tua. Tapi belum saya tua pun dah tak menyenangkan, he he he.
Bagaimana jika gaji masuk lambat ya? Dengan apa kita nak bayar rumah atau kereta, dan hutang-hutang yang lain. Siapa pula jadi mangsa untuk kita susahkan ya? (kononnya mereka tu ada duit, bolehlah kita berhutang dengan dia, sedangkan mereka banyak duit pun, tu duit dia! Huh!).
ADA PERKARA PERLU TUNGGU GAJI
Saya berpendapat memang ada perkara/pembayaran memerlukan gaji pada hujung bulan. Kereta Myvi saya yang kecil tersebut perlu dibayar tiap hujung bulan, begitu juga dengan rumah yang belum siap-siap tersebut, hujung bulan juga pembayarannya.
Untuk membayar kereta dan rumah dan hutang bank dan hutan kawan-kawan memanglah kita menunggu gaji kan? Saya rasa ini sudah suatu yang normal terutama kepada golongan yang `makan gaji '.
Saya ada berhutang dengan kawan-kawan saya yang rapat. Saya tak berhutang dengan semua kawan atau semua ahli keluarga sebab saya bimbang mereka tidak percaya atau pengsang bila saya kata saya tak cukup duit, he he he.
ADA PERKARA TAK PERLU TUNGGU GAJI
Perbelanjaan untuk makanan atau tiba-tiba sakit (bukan sakit hati ya, kalu sakit hati hempuk saja atas kepala yang menyakiti kita tu, he he he) di pertengahan dan hujung bulan tentulah kita tidak boleh harapkan gai di hujung bulan kan? Tak kan tak nak makan, atau tak kan nak sakit awal bulan saja, tak ke lawak?
Saya tidak malu untuk menyatakan kadang-kadang saya terpaksa memilih makanan kerana poket sudah kering. Ya, saya yang solo ni pun mengalaminya (tolonglah terima hakikat), apatah lagi yang sudah berkeluarga kan, kan, kan?, he he he. Maka saya rasa faktornya bergantung atas bagaimana perancangan individu, jika dia tidak bekeluarga tetapi tak pandai urus gaji, tak cukup jugak (macam saya, he he he). Kalau kita berkeluarga tapi tau menguruskan kewangan rumahtangga, ia taklah susah di hujung bulan kan.
Jika mengikut penulisan Adnan di akhbar, gaji tu sebenarnya cukup tetapi kita yang tak dapat berkat sebab kita tak hidup mengikut gaji yang kita dapat... Tak kan nak makan pun kena berhutang kan? Tak kan nak ke klinik pun kena berhutang kan?
Adakah kita insan biasa? normal? atau sebaliknya? Adakah kita bergelagat normal bila dapat gaji?
Jankaulu: Kepada yang saya berhutang, dapat gaji ni saya bayar ya...(memang salah saya pun berhutang dengan awak...ampun), he he he.

No comments:

.