"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, May 14, 2009

Takut...

Intan pernah bercerita dulu masa dia mula-mula bawak kereta, dia terlanggar seorang pak cik dalam hujan. Berdarah pak cik tu. Panik dia pada masa tu tetapi dia keluar daripada keretanya beria-ria minta maaf dan bantu pak cik yang malang tu apa yang patut (Tapi kira bertuah juga pak cik tu sebab dapat jumpa Intan, he he he).
Intan beritahu lagi pada mulanya memang dia berdebar bila bawak kereta. Cerita pasal bawak kereta ini timbul selepas Intan bertanya kenapa saya tidak berkereta, saya jawab `takut '. Saya tak mahu menipu dengan Intan sebab dia nampak jujur dan lurus (kepada orang lain saya ada juga menjawab kononnya tak ada duit, mak tak bagi dan model kereta di dunia ni tak ada yang menarik hati saya, he he he).
Kami berbual pada masa makan tengahari di kedai dekat bandar, ada kedai selera kampung sikit yang sederet dengan kedai Taj yang dekat Megamall. Sekarang kedai tu wujud lagi ke? Intan beritahu saya kena berani dan meneroka hidup yang luas ini. Ada kereta akan menolong kita tolong diri sendiri. Tetapi makan tengahari tersebut bukanlah pasal kereta sahaja topiknya tetapi banyak juga topik lain yang semasa sifatnya.
Sebab itulah dalam hujan lebat petang tu saya teringatkan Intan. Dia beri semangat secara langsung supaya saya yang penakut ini hadapi dunia yang luas. Dia tidak kutuk saya sebab saya penakut dan dia juga tak menyindir saya sebab saya penakut.
Dalam hujan lebat tersebut, hati saya ya allah...saya dan tuhan je tahu. Dan sampai kat bandar bila dah tak nampak apa-apa kat depan terdetik hati saya rasa nak menyesal sebab bahayakan... Namun saya cepat-cepat kuatkan diri. `Sukiman, bangkit!'. So saya bangkit meluncur dengan lajunya, (kira-kira dalam 20km sejam, he he he.)
Kini tiap petang hujan di Muadzam, dan tiap petang saya ambil kesempatan untuk berlatih. Petang semalam, dalam hujan lebat tersebut saya siap pasang CD Rahim Makrof lagi yang bertajuk ` Usang '. Dalam hujan tu saya layan je lagu tu berulang kali... lagu ini sedih lirik ceritanya...
Jankaulu: Tetapi saya tak menangis...

No comments:

.