"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 20, 2009

Gambar crosstis bunga mawar merah...


SEMALAM malam saya pergi rumah Ja untuk angkut barang-barangnya ke rumah Anis. Ja akan tinggal bersama Anis di rumah anis. Barang-barang rumah Ja tidak banyak mana. Kami mengusung sofa (merah menyala), mesen basuh dan juga TV. Barang-barang kecil-kecil Ja angkat sendiri sebab dia yang kahwin kan...he he he, ampun.

Bila dah kahwin, kenalah duduk bersama kan. Biasanya lelaki bujang tak lah banyak sangat barangnya, minima sahaja. Lain lah dengan perempuan, ada banyak sikit barangannya.

Ja mintak pandangan saya untuk menyusun atur di ruang tamunya. Dia mahu ruang tamunya nampak lapang (macam rumah saya katanya...). Rumah saya memanglah lapang bangat sebab tak ada set sofa, he he he. Ada tikar rotan dan Tv je...

Sukar jugak nak wujudkan konsep kerana barangan Ja lebih kepada minimalis moden semasa, barangan Anis pula masih berethnik,bunga-bunga gitu, kerusi rotan pun ada. Kena ambik masa susun yang mana patut dulu.Dan beberapa barangan saya cadangkan buang atau sedekahkan kat orang.

Tapi penulisan ini bukan pasal Ja dan Anis atau pasal ruang tamu mereka, mereka dah kahwin. Pandai-pandailah mereka tentukan hidup mereka nanti. Good Luck.

Ni nak cerita pasal sahabat baik saya yang saya berkawan dengannya semenjak di uiversiti lagi. Selepas balik daripada umah Ja dan Anis, saya balik ke rumah dan menyandar ke dinding (sebab tak ada sofa, he he he). Lantas saya teringat satu peristiwa yang berlaku 3 tahun lalu...

.... Lebih kurang tiga tahun lalu saya berkunjung ke rumah sahabat saya kerana beberapa sebab. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke rumah sahabat saya tu (ke ruang tamunya maksud saya). Saya dah dapat cium ada sesuatu yang `tak kena' pada kehidupannya. Saya lihat ada gambar crosstis (macam mana nak eja ni) ala yang jahit silang pangkah tu...gambar bunga mawar merah lagi..?

Sahabat saya ni macam saya juga, umur sama. Cuma dia bernasib baik (atau malang?) sebab dia akhirnya kahwin juga pada umur 35 tahun. Saya ingatkan dia tak akan kawin-kawin. Sebenarnya dia ada talipon beritahu dia akan kahwin. Saya tak percaya sampai sudah. Apalah istimewanya dia? (kecuali duit melimpah ruah dan ada harta seperti tanah-tanah dan kereta besar). Sapalah nak kat dia..., Saya tak percaya, saya asyik gelak je melalui talipon masa dia beritahu dia nak kahwin. Sehinggalah dia benar-benar kahwin!.

Masa dia bujang dulu, saya selalu juga bertandang ke rumahnya. Dia stail orangnya. Rumahnya saya kotegerikan kepada morden gitu. Tak ada la bunga-bunga, pasu tanah liat, atau carpet bunga, tak ada. Tampal Ayat-ayat al quran di dinding jauh sekali. Langsir pun warna kelabu gitu, tak ada bunga, tak ada daun. Semuanya morden minimalis.Kira macam rumah orang putih. Semua barang dia beli masa dia g over sea. Dia suka melencung ke utara timur barat selatan...

Nak masuk rumah pun di ruang tamu ada gambar perempuan ada sayap separuh bogel.kalau kita berdiri di pintu ruang tamunya nak masuk ke dalam rumah kita boleh nampak dengan jelas gambar tersebut. Pernah pendakwah/tabligh bila masuk terus cakap, opp tersalah rumah...mungkin dia ingatkan ini bukan rumah oarang islam? he he he.

Maka melihat keadaan rumahnya selepas kahwin (saya perhatikan semua barang di ruang tamu), saya fikir mungkin dia dah ubah stail maklumlah dia dah kahwin. Orang kahwin kena berubah...(nak tergelak pulak).

Saya tinggal 3 hari rumah dia, bini dia baik sangat jaga makan minum saya. Itulah pertama kali saya jumpa bininya (dan juga kali terakhir...), baik bininya dan pandai masak. Seronok juga dia bercerita pasal koleksi tupperwarenya, saya pun beritahu saya pun ada juga dua tiga bekas tapuware tu...(saya tak cerita sebenarnya saya ada banyak. Tak naklah semua cerita kita nak lebih, nanti dah jadi tabiat, orang benci. Asyik-asyik cerita berkisarkan kita je, hebat kita. Huh!)

Sebenarnya saya berehat di sana sebab saya naik darah tinggi. Kalu ke hospital tentu dia tahan di wad. Saya tak naklah masuk wad, tak nak glamour... nanti ramai pulak yang datang melawat bawak hadiah, bunga, buah apple dan sebagainya. So saya berehat je rumah kawan saya.Rumah dia ada 5 bilik.

Mulut tempayan memang boleh ditutup, tetapi tidak mulut saya. Memang mulut saya cabul! Tapi saya tak menyesal. Peristiwanya begini... masa makan petang (masa tu bini dia tak ada, entah g mana)saya beritahu la gambar croostis bunga mawar merah tu tak elok letak di situ sebab dah hilang konsep. Mencacatkan pandangan je. Saya kata lagi kau nak pakai konsep morden ke konsep kampung?. Ke konsep rojak?

Dan dia bagai disuruh suruh beritahu yang dia memang dah bertekak dengan isterinya pasal gambar crosstis bunga mawar merah tu, dia memang tak nak gambar tu ada kat dinding ruang tamu tu. Hodoh katanya, namun dia beralah sebab gambar tu bini dia yang buat... namun katanya lagi setiap kali tengok dia rasa tak selesa, geram.

Saya serba salah nak menyesal ke tak menyesal...telajak perahu boleh diundur, telajar kata...? Saya fikir dia baru setahun kahwin dengan perempuan tu, tentulah dia pun kena belajar bertolak ansur. Tetapi siapa yang menolak?" siapa yang teransur? he he he.

Dia beritahu tak ada banyak persamaan dia dan isterinya dalam banyak perkara. saya tak suruh dia cerita, dia rela je beritahu. Dia kata dia rimas, tak sama idea. Saya pun beritahu la kalau banyak persamaan tentu boring, perbezaan la yang buat kita seronok. Macam kaunseling pulak saya, saya nak cover sebenarnya...he he he ampun.

Saya pun terus cakap `La bincang la, semua masalah boleh selesai kalau kita suami isteri bawak berbincang..." Lembut ala sedikit mengada saya bercakap macam Chef Wan...saya cicah gulai roti canai yang ada atas meja, huh! tak sedap, cair pulak tu. Entah kat mana dia beli ni???.

'' Mung binie nati mung tahulah" Kata kawan saya sambil menyuruh saya tambah roti canai yang dibelinya... dalam tak sedap itu habis juga 3 keping roti canai tu. Sebenarnya saya nak makan nasi...dah 2 hari duduk di rumahnya tak nampak pun nasi atau beras.

Moralnya? Adakah jika kita sebagai pasangan mahu tinggal bersama sebumbung kita mesti kena ada banyak persamaan antara satu sama lain? Bukankah bila dah ada banyak persamaan jadi boring? Kan jika pasangan kita berbeza kita boleh terokai dunianya? Kan kita ada banyak masa untuk belajar mengenai siapa pasangan kita tu...?

Jan: Tak terkejut bila saya terima berita mereka bercerai 6 bulan kemudiannya...

No comments:

.