Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Keluarga.... Show all posts
Showing posts with label Keluarga.... Show all posts

Thursday, December 24, 2009

Tempat di dalam sebuah hati...

Kasih dan sayang saya kepada anak-anak saudara, tak mungkin dapat saya gambarkannya. Saya tidak dapat merasai perasan kasih sayang seorang ayah kepada anak kandungnya, tentu jauh lebih hebat. Saya cuma seorang pak saudara...
MENEMPATKAN DIRI MENEMANI
Namun saya cuba gambarkannya melalui tindakan. Tindakan dan perbutan saya yang melambangkan kasih sayang tersebut. Saya cuba menempatkan diri di SEMUA hati anak-anak saudara saya. Saya mahu mereka tahu saya sentiasa ada menemani mereka. Saya mahu memenuhi lompang yang wujud dalam kehidupan mereka atau mungkin satu ruang tambahan dalam hidup mereka.

Berhadapan dengan yang paling sulung saya mesti berkelihatan dengan imej yang hebat. Saya mahu dia bangga pak saudaranya seorang pensyarah. Di hadapan anak saudara yang bertadika pula sudah tentu saya kena buangkan kematangan saya dan jadikan diri bertaraf badut.
Kalau boleh saya nak suka kan hati semua orang, terutama keluarga saya... saya rasa itu satu matlamat yang mulia. Kalau boleh saya nak kerap balik ke Besut dan kerap bertandang ke Ulu Yam Selangor. Saya nak bersama mereka, menemani mereka kalau boleh sekali gus. Saya mahu berlaku adil...
SAYA TAK KISAH...

Saya hidup dalam masyarakat yang selalu `rajin' buat penghakiman terhadap orang lain. Saya tahu pada suatu hari bila saya tua, jika anak-anak saudara saya tak hiraukan saya, akan ada yang mengatakan `Hah tu la, dulu cara sangat ke anak-anak saudara, leni anak-anak saudara bukannya cara ke dia'.
Pada masa tersebut saya tak akan berkecil hati, saya tak kisah dengan kata-kata mereka, sebab saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya. Yang penting mereka ada pelajaran dan hidup tidak susah. Tak ingat ke saya pun tak apa... tak pernah saya berniat nak tumpang mereka, adik beradik atau sesiapa pun di dunia ini...
Saya tidak akan berkecil hati kerena ''Kalau kita sayang kat orang kita tidak perlukan sebab apatah lagi balasan...''

SAYA MENEMANI MEREKA
Ada yang mengatakan saya melebihkan anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, iaitu Najihah, Najib dan Syafiq. Saya tidak mahu komen, seperti biasa saya lakukan apa yang saya rasa terbaik... yang saya yakin betul.
Saya jadi lebih rungsing bila sesuatu terjadi kepada tiga beradik ini kerana mereka tidak dibesarkan oleh ibubapanya secara bersama. Memang saya tak berada dengan mereka 24 jam, dan banyak perkara saya tak dapat tolong...tapi hati saya selalu rungsing kerana kasih dan sayang yang ada dalam dada, orang tak tahu. Apabila Najib terkena mercun sedangkan esok exam UPSR, saya menangis depan mak saya [yang berkebetulan ada di Muadzam (Paris)]. Saya fikir tentulah sukar seorang ibu membesarkan tiga anak seorang diri...nak pantau 24 jam.


Kakak (Najihah)

Najihah, anak saudara pertama saya. Saya selalu juga basuh berak dia masa dia kecil. Dia suka berak dekat almari, makan kucing pulak. Saya juga selalu mandikan dia. Masa tu tingginya nak sama dengan baldi. Saya masih ingat dia berdiri dan pegang tepi baldi dengan kuat takut jatuh. Saya sabunkannya dan mandikannya dengan penuh gembira...

Najib

Najib pulak banyak mewarisi sifat saya, dia `joker' keluarga kami. Dia juga handsome macam saya, cuma dia handsome lebih sikit berbanding saya. Tapi kalau kira mata, tak banyak jauh terkumpul. Sipi saja, dalam julat 0.5 je antara kami. Najib dapat 4A 1B dalam UPSR nan lalu...Saya sedih dalam hati tetapi saya sembunyikannya...

Syafik

Ini pula Syafik, paling bongsu dan paling rapat dengan ibunya. Sifat dia juga ada mirip saya iaitu pandai sesuaikan diri secara berlainan bila berada dengan orang yang berlainan. Kini dia giat dengan basikalnya, dia pandai baiki basikal (walaupun basikal itu tidak rosak). Satu lagi dia suka ngerap dengan maknya 24 jam.

SESEKALI BALIK KAMPUNG

Sesekali saya balik kampung saya selalu jumpa Najihah, Najib dan Syafiq. Biasanya mereka dah menunggu di rumah opahnya (mak saya) bila mereka tahu saya akan pulang. Kalau berpeluang saya akan bawa mereka berjalan. Saya nak gembirakan mereka. Selalunya saya cerita hantu, namun saya kena cari topik lain kerana mereka dah mula membesar...

Gambar-gambar di atas dipukul semasa saya bawa mereka pergi ke fun fair kecil kat kampung saya. Kami makan 4 beranak. Saya tak oder apa-apa. Bukan tak ada duit tapi dengaja saya nak tengok mereka makan. Saya nak rasai yang saya sayang kepada mereka. Saya tersenyum perhatikan mereka makan, namun di dalam hati tuhan saja yang tahu sedih hati saya melihat mereka.

Saya ada tanya mereka `ayah bawak tak datang sini?' Saya mahu dia rasa apa yang anak-anak orang lain rasai jugak. Entahlah tindakan saya ini betul ke tidak...

Tak apalah..., apa-apa pun saya mahu menemani mereka, biar mereka rasa ada orang ambil berat dan sayangi mereka...
Saya? Sapa yang menemani saya? He he he. Mana ada,...

Jan: ...

Tuesday, December 15, 2009

i'm gonna be strong...

'' Saya kesian kat iman. nampak sangat dia sunyi akhir2 ni...apa yang dia suka ya? Sy mmg rapat dgn dia tapi sy krg pasti apa kesukaan dia...sy nak gembirakan hati dia...sbb dia selalu gembirakan sy n anak2...''

Saya terima SMS ini daripada salah seorang kawan baik saya dari kampung. Dia fowokkan SMS ini kepada saya dan beritahu adik perempuan saya gusar mengenai perangai saya.

Saya tidak tahu nak jelaskan macam mana keadaan saya kepada kawan saya. Cuma saya katakan adik perempuan saya barangkali lihat saya berubah sikit. Saya katakan kepada kawan saya, yang saya tidak berapa sihat sikit semasa berada di rumah adik perempuan saya tempohari, so saya nampak monyok je dan banyak hisap rokok.

Saya tipu kawan baik saya dan saya tahu dia tahu yang saya tipu dia bila dia kata '' Man, umur kita makin singkat, kita tak boleh berlama lamaan dalam duka... ''. Dalam hati saya '' Amboi bukan main nasihat orang, dia pun dah banyak kali meraung, he he he ''. Namun itulah fungsi seorang sahabat kan, tahu bila kita berduka dan cuba beri nasihat walaupun dia tu 2 x 5 je, he he he.

Adik perempuan saya memang rapat dengan saya, bagai burger dengan student IPT atau bagai tayar dengan rim. Masa dia bujang sayalah yang selalu paksa dia ubah gaya dan stai rambut dia. Sayalah yang suruh dia buat rambut maggie atau berketak-ketak. Biar nampak antarabangsa sikit kata saya. Kata saya lagi walaupun kita duduk di kampung tak semestinya kita tak vouge...

Bila dia berkahwin dan menetap di Ulu Yam Bharu, Selangor, saya sering juga bertandang ke rumahnya. Saya suka pergi bermain dengan anak-anaknya Siti Sarah dan Siti Aisyah. Bermain dengan budak-budak buat hati kita tenang (walaupun kerap kali juga saya naik darah tinggi dibuatnya, he he he).

Rupanya walaupun dia sudah berkahwin dan sibuk dengan urusan rumahtangga, dia sempat juga mencium larut duka yang hunii hati saya ini. Sejak saya terima sms tersebutlah, saya berjanji dengan diri saya sedalam mana pun luka saya, saya akan membalutnya. Seteruk mana saya jatuh terduduk, saya akan bangkit semula pandang dunia yang luas. Cuma saya perlu masa kerana saya insang biasa...

Tekad di hati, saya akan laluinya dengan tenang dan sembunyikan segalanya dengan kemas dan kejap ( i will pretend i dont care...). Saya tak mahu memperlihatkan kesedihan saya kepada keluarga, kerana itu perkara yang saya tidak akan sesekali buat.

Bak kata Datuk Khadijah Ibrahim...kupendam sebuah duka...


Jan: Bak kata Datuk Sheila Majid `...memori... akan kugemgam di hati, akan kucekal harungi perjalanan hidup ini...walau apa yang terjadi...

Wednesday, November 25, 2009

Kesedihan seorang bapa saudara...


SESUNGGUHNYA saya rasa sedih sebab anak saudara saya tak ada sorang pun yang dapat 5A. Yang okey sikit dapat 4A 1B sahaja. Saya berharap sangat mereka cemerlang daripada awal supaya senanglah bila mereka dewasa. Senang dalam kehidupan dan dapat menolong orang lain pula. Saya tidak mahu anak-anak saudara saya jadi macam saya, mereka mesti lebih-lebih lagi.

AMBIL BERAT

Saya sangat peka terhadap pelajaran anak-anak saudara saya. Bila balik kampung, kalau mereka ada kelas tuisyen kat sekolah, saya rela pergi tunggu tepi longkang dekat pintu pagar sekolah. Sengaja saya tak masuk kawasan sekolah sebab tak nak anak saudara saya malu. Sebabnya saya tak handsome tak bergaya mana, nanti dia malu pula kalau kawan-kawan dia tanya…Tu sapa?

Tentang buku-buku sekolah jangan cakaplah. Sebut saja subjek apa, siapa penerbitnya, saya akan usaha carikan, saya belikan. Walaupun ibubapa mereka mampu, saya mahu juga libatkan diri, saya mahu ada satu kehidupan. Biarlah kawan-kawan selalu pandang saya hidup senang sebab tak ada tanggungjawab. Macamlah mereka tahu sangat mengenai kehidupan saya ni...(baca dengan nada agak signikal).
Saya selalu mengikuti perkembangan/pengucupan pelajaran anak-anak saudara saya dengan gigih. Saya selalu beritahu mereka ilmu itu penting…

MASUK MRSM

Sebenarnya saya juga mahu mereka masuk MRSM. Sebagai seorang yang mempunyai master di dalam pentadbiran awan, saya tahu benar apa itu MARA, dan kaitannya dengan MRSM. Kalau dapat masuk mereka akan ditempatkan di suatu tempat yang persekitarannya adalah baik untuk membantu perkembangan pelajaran.
Kebetulan ada MRSM di Muadzam yang kebetulan lagi hanya sekangkang kera dengan tempat penginapan saya iaitu di Perumahan UNITEN. Kalau mereka dapat masuk MRSM Muadzam tidaklah saya terpaksa membelah kesunyiaan yang semakin mengigit tangkai hidup saya ni…(baca dengan nada hati yang pasrah, he he he)

SYARAHAN PERDANA SAYA

Dah dua tiga hari saya tak jamah nasi (tapi saya makan mee goreng, pulut dengan rendang, roti canai dan makanan lain, he). Semasa saya makan rendang ahad lalu berbuih mulut saya berleterkan adik saya. Saya beritahu kita sebagai ibubapa mestilah bertindak lebih daripada hanya menyuruh baca buku dan buat latihan. Kita mesti sediakan persekitaran yang konduksif yang dapat membantu pengajaran anak kita. Kita kena jaga didiplin mereka. Kira berbuihlah mulut saya berleter sambil sekali-sekala menyumbat pulut dan rendang ke dalam mulut.

Dalam syok berleter tajuk `macam mana nak pelihara anak tersebut biar pandai belajar’… Tiba-tiba saya terfikir. Eh anak aku dapat 5A ke? dan hakikatnya saya tak ada anak pun! Anak kucing ada…tapi tu pun jiran yang punya... Kalau ada anak mungkin dapat 5F kot? Tapi adik saya beritahu tak ada gread `F’ dalam UPSR’.

ABANG MEMANG PENYAYANG

Bila balik muadzam pun saya masih rasa sedih, bila sampai kedai makan saya tak oder nasi pun, saya oder mee rebus dan dua sek roti bakar je. Tup-tup bila pergi opis buka blob, saya terbaca blog `Aku…kan Abanggg (Thursday, November 19). Dalam blog tersebut Abang ceritakan betapa dia bersyukur dan bangga sebagai seorang bapa. Bila membacanya hampir menitis air hidung saya. Bagi saya Abang adalah seorang bapa yang hebat dan tabah. Yang tetap berusaha ke arah pencapaian pelajaran anaknya. Siti Nurshahirah harus bersyukur dapat seorang bapa yang ambil berat dan amat penyayang.

KAKAK SAYA

Lain pula dengan Kak saya, dia ada sms beritahu dia malu untuk masuk bilik guru sebab keputusan UPSR anaknya. Kakak saya guru cemerlang tiap tahu…tapi anaknya?.... Saya faham perasaannya, saya juga rasa sedih dan sedikit menyesal mengenai syarahan perdana saya. Memang senang saya cakap sebab saya tak ada anak. Tapi campur tolok ada juga kebenaran dalam syarahan saya tu.

Kakak saya seorang yang bertanggungjawab, daripada dahulu lagi dia ada melahirkan kerungsingan pasal anaknya. Dia pernah kata kepada anaknya `Malu mak ke Key (ayah saya) sebab anak-anak key pandai-pandai belaka’.
Entahlah saya tak boleh komen banyak-banyak sebab ibubapanya pun guru, pensyarah. Namun saya berazam akan lebih giat lagi terlibat dalam pembelajaran anak-anak saya. Opps! Anak-anak saudara saya, he he he maaf.

KULIAH PENDEK MAK SAYA

Saya tanya pula pendapat mak saya…dan seperti biasa mak saya jawab dengan selamba tetapi bagai halilintar membelah bumi pada diri saya. Nak tahu mak saya kata apa? Berjaya dalam pelajaran satu hal. Berjaya dalam hidup satu hal lain, begitu juga berjaya dalam alam pekerjaan dan lain pula berjaya dalam alam rumahtangga… saya tabik spring kepada mak saya. Walaupun pelajaran tak setinggi bangunan KLCC tetapi dia ada sesuatu untuk dikongsi. Sekali lagi saya rasa nak menitis tapi kali ini saya ke bilik air sebab nak menitis…(air kecil).

SAYANG ANAK

Dan saya juga terpaksa akui kita sayang kepada anak/anak saudara kita bukang kerana anak/anak saudara kita cerdik, atau mirip Farid Kamil atau pun `dengar kata’ kita. Kita sayang kerana dia anak/anak saudara kita... dang bukangkah love doesn’t ask y kang?

Jan: Banyak rupanya kita kena belajar dalam hidup, dan saya rasa saya baru saja masuk darjah satu dalam persekolahan dunia reliti…

Tuesday, September 29, 2009

Gambar kenangan mak sakit...

Ni gambar serius
(mak sempat lagi main sms, he he he)
Ni gambar lawak
(mak saya tanpa make up, tanpa gigi palsu. Saya tanpa make up juga tapi bergigi asli, he heh )

Walaupun mak saya sakit, saya tetap pukul gambar menggunakan hanya handphone. Saya sentiasa sahaja menggunakan kesempatan bila nampak mak saya ok, saya terus buat hal nak pukul gambar. Saya tidak hiraukan jururawat atau pesakit di sebelah. Bukannya saya pose maut.

Mak termenung ingatkan ayah...he he he


Proses mengurut dijalankan dengan giat.

Di rumah lebih selesa sebab saya boleh jaga semahunya. Di wad perempuan, lelaki tidak boleh masuk semahunya. Dan tidak boleh teman pesakit perempuan bermalam walaupun bini sendiri. Ya lah kan, kalau kita temankan bini kita, apa kata perempuan lain kan? Tentu mereka cemburu pulak suami mereka tak temankan, he he he gurau je (Tentulah tak selesa).

Terbaring kat luar depan tv
(drama bersiri indonesia punya hal, mak saya peminat setia)


Mak tidur di bilik saya, saya tidur di luar depan pintu bilik.


Begitulah sedikit sebanyak gambar mak saya yang sakit dan itulah juga antara gambar terbaru saya (nak jugak...heheh).

Jan: Kira ni album keluarga pulak dah.

Sunday, September 27, 2009

Beberapa hari sebelum raya...

Apabila saya tiba di rumah, apabila saya buka lampu di ruang tamu... saya terperanjat besar melihat keadaan rumah terutama ruang tamu. Di hadapan tv ada tilam besar dan benda-benda yang saya rasa tak patut berada di sebuah ruang tamu. Malu pulak nak cerita tetapi jika Eric Leong tengok tentu dia pengsan.
Beginilah keadaan rumah bila mak tiada. Ayah bukan pengemas orangnya, mungkin ayah suka hidup dalam keadaan berselerak. Tetapi setahu saya ayah saya dibesarkan dengan 2 orang, orang gaji. Entahlah saya pun hairan...kalau kami adik beradik berkemas ayah nampak risau je, he he he. Tentu para pembaca tak percaya atau anggap lawak kan. Tetapi saya tak bohong mengenai ayah sendiri.
Mak yang baru masuk dalam rumah pun terkejut. Tetapi terkejut Tiara je (terkejut sikit je) sebab mak beritahu ayah ada bawa kawan-kawannya tidur kat rumah, tengok bola. Saya lihat di ruang tamu ada meja di tepi dinding tempat `buat air', siap dengan gula, milo dan tempat letak cawan! Macam pantry pulak.
Tadi kami bertolak dari Muadzam lewat tengahari, kami berbuka puasa di sebuah kedai di tepi jalan kat Penarik, bila sampai rumah dah malam. Saya letih (walaupun ayah yang bawak kereta, he he he). Saya tak perasan kawasan hadapan rumah semak samun. Bila bangun pagi melihat kawasan di hadapan rumah dan belakang rumah, sekali lagi saya terperanjat terpegun. Mungkin ayah saya pencinta alam, he he he.
(Barulah saya ingat anak saudara saya yang darjah 3 ada sms beritahu rumah macam kapal pecah dan keliling rumah semak samun ada gajah tak nampak!.)
Pagi hari pertama saya kerat pelepah pisang yang dah tua dan tinggalkan yang muda sahaja. Saya juga buang semua pokok bunga kertas dalam pasu. Saya dah muntah tengok pokok bunga kertas. Saya kosongkan pasu dan letak di pinggir rumah. Pasu yang buruk dan kotor saya buat-buat drama... saya jatuhkan pecah berkecai (dan buat-buat terkejut, he he he). Maklumlah kalau tanya mak dan ayah saya, semuanya mahu disimpan!. Berguna di kemudian hari kata mereka.
Dan akhirnya saya suruh mak panggil tukang potong rumput untuk bersihkan kawasan di hadapan rumah. Kalau saya juga yang kena mesin rumput, pengsan.
Makin jelaslah tugasan mengemas semuanya atas kepala saya. Sapa lagikan?. Adik beradik saya yang lain, esok raya baru balik ke kampung. He he he. Bila mereka balik semuanya dah tersusun rapi dan glamour, he he he. Kalaulah mereka balik awal sikit... he he he. He he he.
Saya beli cat baru untuk mewarnai ruang tamu dengan ceria. Saya beli tikar getah bertone sefamily dengan warna dinding yang baru dan tikar getah tersebut. Saya beli juga 2 kabinet letak tv dan speaker biar nampak elok dan selesa bila berkaroeke nanti, he he he.
Bayangkan dua tiga hari nak raya semuanya saya mesti buat! Dan hari ke tiganya ayah saya terpaksa panggil tukang urut ke rumah untuk urut badan saya yang dah jadi macam papan. Best jugak mengurut bila badan lenguh-lenguh ni. Pak cik tu urut seluruh badan saya daripada kaki hingga ke kepala (kecuali di bahagian sulit), di pangkal paha pun dia urut!
Lepas urut paginya saya masih lagi menyambung kerja. Cuma sesekali saya start kereta pergi tepi pantai duduk di gazebo, rehat dan merenung lautan yang biru. Memang biru tak pernah merah. Setia kebiruan...oh syahdu.
Namun segala kerja kerji tersebut berbaloi dan terubat. Saya rasa terriak sikit bila saya dengar ada para tetamu (kawan ayah saya) yang datang tidur rumah terkejut dan memuji rumah cantik bagai rumah baru dihuni. He he he.
Jan: Nasib baik ada hari raya kan...

Suatu rahmat..., suatu penjelasan.

Posting kali ini bukan mengenai hal raya-raya tempohari tetapi masih mengenai mak saya. Alhamdulilah mak saya sudah beransur sihat. Sekarang mak berada di kampung bersama ayah.
Terlanjur sudah banyak saya menulis mengenai emak saya yang sakit, terpaksalah pulak saya menceritakan sesuatu yang saya rasa perlu diberitahu. Perlu menjawab beberapa soalan, he he he. Kalau artis sudah tentu saya tempah karipap dan mee goreng, buat press konfereng.

Setelah diberitahu oleh seorang kawan saya, barulah saya tahu ada kawan-kawan saya bertanya: `Kenapa Sukiman yang mesti jaga emaknya yang sakit? `Dia (Sukiman) tak ada adik beradik lain ke? `Kenapa adik beradik lain tak datang ambil?' Ada juga yang memberi cadangan `Kat kampung kan senang nak jaga...' (macam la dia tahu pulak yang kat kampung saya tu ada orang ramai dan senang nak jaga) he he he. Lucu kan sifat manusia...

Mereka bertanya sesama mereka dan tidak pun tanya pada diri saya ini. Biasalah... saya pun mungkin jadi macam mereka juga kalau berada di pihak mereka kot.

Dulu apabila darah saya tinggi mencanak, mak saya datang menemankan saya, jaga makan minum. Saya tidak minta mak saya datang menjaga saya kerana sakit darah tinggi bukan penyakit yang sakit sangat. Bila saya dah sihat walafiat mak saya balik semula ke kampung, Besut. Itu pun ada orang selamba kata kat muka saya berdosa kerana saya memisahkan mak dan ayah saya. Senang kan kita jatuhkan dosa dan pahala 0rang kan, he he he.
Tetapi mak saya datang semula sebulan kemudian (lebih kurang) sebab nak berada dengan saya katanya, nak jaga makan minum saya di bulan Ramadhan.

Ayah saya yang hantar mak saya ke rumah saya dan ayah saya beritahu dekat nak raya dia akan datang semula ambil mak saya. Mak saya beritahu dia suka tinggal dengan saya, lagipun katanya senang dia nak beribadat (tak tahulah pula apa maksud `senang' tu).

Ditakdirkan cerita terjadi sebaliknya, mak saya tak dapat jaga saya kerana mak saya pula yang sakit. Saya yang jaga makan minum emak, juga mengurut, bertungku, picit kepala kaki dan sebagainya, he he he nasib baik tak buat SPA sekali..

Tuhan maha besar, mak saya datang niat nak jaga saya di bulan puasa. Jadi terbalik blazer pulak, saya yang kena jaga mak saya. Saya tak komplen kepada tuhan sebab saya ambik kesempatan rasa bangga dapat jaga mak. Walaupun kadang-kadang tak cukup tidur (saya kena bangun seawal 4 pagi) saya lakukannya dengan penuh kasih sayang.

Saya kena fikir positif, orang lain belum tentu lagi ada kesempatan tuhan nak bagi untuk jaga mak sakit. Yang ada mungkin jaga anak/bini/laki sakit. Saya tidak pernah fikir negatif, saya suka menjaga mak saya saki. Saya redha...

Kesakitan sendi yang dialami mak saya menyebabkannya tidak boleh berdiri atau duduk lama. Sendi dan uratnya akan sakit. Semasa balik daripada hospital tempohari pun dia masih lagi sakit dan beradoi bila duduk dalam kereta (walaupun perjalanan hanya makan masa selama 10 minit).
Jadi saya tidak benarkan ahli keluarga saya ambik mak saya balik kampung atau mana-mana dalam keadaan begini. Saya akan menjaganya sendiri hingga sembuh. Saya tidak benarkan emak saya di bawa balik ke kampung atau ke rumah adik beradik lain. Saya harap ini suatu penjelasan yang jelas.

Semasa mak saya masih segar bugar, semasa saya bekerja di Shahputra dulu. Pernah mak saya beritahu saya kalau dia sakit dia nak duduk dengan saya. Kalau boleh dia nak saya yang jaga dia. Saya tertanya juga dalam hati kenapa saya...? Kenapa saya yang jadi pilihan, bukan adik beradik saya yang lain, yang dah bersuami/beristeri dan beranak pinak. Tetapi lama kelamaan saya dapat mencari jawapannya. Terima kasih tuhan.

Pernah juga adik beradik lain nak ambik mak saya, contohnya adik perempuan saya beritahu nak datang ambik mak saya, saya beritahu mak tidak boleh duduk lama dalam kereta dan tentu bila dia sakit dia tak nak bising. Anak-anak saudara saya semuanya nakal-nakal atau saya selalu kata terlebih gula, he he he.

Saya tau ramai orang bercakap macam-macam di belakang saya. Ada yang kaitkan isu ini dengan isu saya tidak kahwin, he he he. kata mereka kalau saya kawin tentu isteri saya akan jaga mak saya. He he he pandai mereka kaitkannya. Nasib baik mereka tak tuduh mak saya sakit kerana saya tak kahwin! Namun saya tidak hiraukan sangat sebab itu asam garam kehidupan, saling mengambil tahu. Ia sesuatu yang positif jika kita berhati ikhlas.

Jan: Menjaga mak sakit adalah suatu rahmat, bukan suatu bebanan...

Sunday, September 13, 2009

Tanggungjawab raya...

Saya beli beberapa pelita yang dibuat daripada buluh. Yang senang saya nak cacak pada tanah nanti. Tingginya separas pingang, nasib baik muat di dalam bonet kereta. Saya beli khas untuk anak-anak saudara saya di kampung. Kami akan main bunga api nanti, dan sedikit mercun yang berkapasiti rendah, he he he.
Sebenarnya di Besut pun ada pelita macam tu tetapi saya tetap membelinya juga di Muadzam, biar meriah sikit bila buka bonet kereta bila sampai di kampung nanti.
Anak-anak saudara saya telah bertanya bila saya akan sampai sebab mereka akan terus tidur dan berkumpul di rumah mak saya nanti. Tentu malam tu ada nyanyian karokea. Tentu ibubapa mereka akan marah dan suruh tidur sebab jam sudah menunjukan pukul 2 pagi, dan tentu ahli keluarga saya yang agak islamik akan kata baik la mengaji al quran daripada berkarokea. Saya dah cadang nak nyanyi lagu raya `Pulanglah' nyanyian Aisyah sambil teringat kepada peristiwa `setem' tu di pejabat pos bersama Adnan tu tempohari...
Bagi kanak-kanak, raya tanpa bunga api tak meriah. Sebab itulah saya beli juga bunga api. Biasanya saya akan pantau mereka bermain bunga api. Masa tu saya biasanya terjerit-jerit beri arahan yang mana kena main dulu dan giliran sapa pulak yang main. Tentu saya batuk-batuk sebab asap bunga api boleh buat saya asma. tetapi tak apa...demi kegembiraan anak-anak saudara.

Saya juga telah tukar duit raya di bank CIMB. Malangnya sampul duit raya tak ada, saya pergi ke Bank Islam hasilnya diberitahu dah habis. Saya kena pergi ke kedai jual alat tulis untuk membeli sampul tersebut. Semua sampul tersebut berharga RM13.50!. Bila balik rumah emak saya tolong masuk kan duit raya ke dalam sampulnya. Mak saya tanya `Sampul raya cantik ni untuk sapa? Saya jawab `Sampul tu pun dah RM2.50 (tiga sampul) Mak, tu istimewa untuk mak dan ayah'. Sambil saya fikir nak beri berapa ya untuk mak dan ayah tahun ini?...

Saya hanya beli sehelai seluar jeans sahaja untuk raya. Baju bergaya untuk raya dan baju Melayu, adik saya sediakan. Katanya dia beli baju bergaya saya di SOGO. Bagi saya ala kadar saja pun tak apa. Yang penting diri saya kelihatan kurus, muka tak ada jerawat dan nampak bahagia pada hari tersebut. He he he.

Kita janganlah kata raya ni tidak penting sebab kita dah besar panjang, kita kena mengembirakan ayah-ibu dan sanak saudara. Jangan pulak balik kampung asyik peluk bini/laki je dalam bilik. Buatlah party ke. I love party.

Perasan tak? Raya juga mengukur siapa kita sebenarnya... Kita melihat diri kita sendiri. Sama ada kita kedekut nak berbelanja atau kita pemurah. Kalau memang betul-betul tak ada duit tak apalah, berala kadar jelah.
Jan: Pasti hari raya ini di dalam hati rasa sedih, saya kehilangan seseorang...(pulak dah! hari raya tak baik sedih tau...!)

Wednesday, September 9, 2009

Orang tak nampak...

Apabila satu pasangan telah lama berkahwin, tetapi masih tidak dikurniakan anak, orang akan kata dia mandul (biasanya mereka akan tuduh pihak perempuanlah yang mandul, macamlah penyakit mandul tu hakmilik perempuan je, bukannya lelaki, he he he).
Dalam kes umur dah ranum tapi tak kawin-kawin lagi jangan ceritalah, kalau nak cerita kena buat posting khas yang bersiri, he he he.
Sedap je tuduh kita mandul padahal bila pulak dia ambil degree perubatan? Bila pulak mereka jadi pakar sakit puan/tuan?

Itulah manusia, sehinggakan seorang yang jenis hati kering (tetapi bila selalu dituduh mandul)... leleh juga perasaan akhirnya. Itulah manusia yang suka mengata dan memberi penghakiman, seolah-olah perkara tersebut tak boleh terjadi ke atas batang hidung sendiri. Sedangkan orang yang lebih sepatutnya bersyukur bukannya mengata...

Semasa saya goreng ayam, seorang sahabat sms saya untuk bercerita. Dialah yang saya maksudkan dituduh mandul tadi sebab lambat dapat anak.
Sahabat saya ni sms saya apabila membaca penulisan saya mengenai saya menjaga mak saya yang sakit. Dia beritahu dia tidak berkesempatan nak jaga mak dia sebegitu rupa, dia bangga saya dapat jaga mak saya. Dia kata saya bertuah. Dia nasihatkan saya tabah, saya sememangnya cuba bertabah hati. Saya sedih sebab mak saya sakit, itu sahaja. Tentang kehidupan ini saya redha segalanya...(baca dengan nada sedih ayat terakhir ni, he he he).

Saya memang rasa bertuah sebab dapat jaga mak. Orang lain mak sakit lama, dah terlantar baru boleh datang jenguk sebab kena ambil cuti (sekaligus dengan pasangangnya, dan kena pastikan pulak anak tak ada tution). Saya rasa bersyukur sangat dengan apa yang saya ada dan apa yang saya tiada...
Tambah sahabat saya lagi "Siapa yang sampai dulu di tangga rumah bila emak ayah sakit atau anak-anak saudara ada hal ada masalah?''. Saya perasan pulak diri saya yang `sampai dulu ' sebab saya lebih `dekat' dengan mak dan ayah, dengan anak-anak buah.
Malaslah nak cerita apa yang saya telah buat dan akan buat. Masyarakat kita pelik, bila terlalu terbuka mereka kata kita riak. Bukannya nak diambil buat contoh.

Tapi orang tak nampak kan...bila tak kahwin atau kahwin tak ada anak. Yang selalu nampak adalah kesalahan dan kekurangannya. Padahal ada juga hikmahnya tuhan beri (yang orang tak nampak...). Dan tuhan menyuruh kita mencari hikmah tersebut (he he he macam ustad pulak rasa, tapi tak nak la macam ustad yang suka buat `drama'...)

Manusia ni asal boleh buka mulut dan berkata-kata... mereka akan mengata.

Jan: Setiap manusia diuji dengan cara yang berlainan sebab mereka menjalani hidup yang berlainan.

Wednesday, September 2, 2009

Mak susah nak mandi...

Saya papah mak saya bangun ari katil dan perlahan-lahan dudukannya ke kerusi roda yang dah saya `mati'kan kakinya. Saya betulkan kaki mak, letak betul-betul atas dua pedal kerusi roda tu. Saya tolak perlahan-lahan ke bilik air. Semasa menoloak kerusi roda tu rasa macam berlakun dalam drama swasta terbitan astro pulak, he he he.
Bila lalu kat tepi katil pesakit lain, ada yang bertanya " Mak ke tu? ''
Saya jawab " Ya, mak... sakit lelah ''.
Makcik tu yang turut terbaring di katil tersebut menyambung kata '' Bagus dia... jaga mak dia ''.
Masa tu saya rasa bangga pulak, macam nak terbang pulak. Tapi kalau terbang pasti terbang dengan kerusi roda tu sekali, sekali dengan mak-mak saya, he he he.
Sampai bilik air saya tengok bilik airnya berbeza sangat dengan bilik air di rumah saya. Suram. Tak ada pokok bunga gantung atau pewangi atau hiasan. Ada baldi dan cebok air yang murah!. Saya rasa tentu mak saya tak nak mandi. Bila saya cuba dudukan mak saya di kerusi dekat paip. Mak saya beradoi sakit. Terus tak jadi mandi.
Saya tolak balik kerusi roda ke katil, mak saya beritahu bilik air tu tak bersih. Mak saya cerewet juga orangnya, he he he.
Saya malaslah nak komen tapi sepatutnya bilik air untuk pesakit bukan sahaja mesti lebih cantik dan selesa berbanding dengan di rumah kita tetapi mesti lebih mempunyai alatan yang menolong pesakit. Contohnya tempat tangan nak pegang bila nak mandi. Atau bina besar sikit bilik air tersebut, kena ada kerusi khas bagi pesakit yang tak boleh nak berdiri, entahlah... Tak boleh nak salahkan misi (nurse) atau doktor. Mungkin pihak pengurusan sepatutnya fikirkan sesuatu, alatan yang lengkap dan selesa.
Jan: Kalau tak cantik pun, kebersihan dan keceriaan paling utama...kan

Sebuah kerinduan...?

'' Nok suruh ayoh mari ke mok? Abang royat ke ayoh '' Saya bertanya pada mak. Mungkin dalam sakit-sakit ni emak saya rindukan ayah saya.
'' Tak pe lah, kalu mari pun ayoh tok leh buat apa gok ..'' Jawab mak saya perlahan. Saya pandang ke dalam mata mak saya yang sayu. Tetapi betul juga kalau ayah saya datang bukannya dia dapat beri ubat yang lebih bagus, ayah saya bukan doktor. He he he.

'' Abang rasa kalu kita sakit, kita rasa lain sikit kalu ada orang yang kita sayang dok dekat...'' Tiba-tiba saya ungkapkan kata-kata tersebut sebab kalau saya sakit mesti saya mahu orang yang saya sayang ada dekat saya walaupun dia sepatah haram tak tahu pasal perubatan...
Entahlah...tetapi dalam hati mak saya tentu ingat kepada ayah saya 24 jam. Bila berada di dalam wad dan terasa sunyi mestilah kita teringatkan orang yang kita sayang. Saya pandang di kepala dinding katil, ada nama, umur dan tarik mak saya masuk wad di situ... Lantas saya berkata:
" Umur mak dah 63 tahun, abang rasa umur abang tok panjang gitu, abang mungkin mati muda. Sebab orang baik mati muda, he he he ''. Saya buat lawak supaya mak saya senyum, saya perlu gembirakan hati mak saya. Duduk dalam wad bukanlah suatu yang menyeronokan. Kalau nak tahu cubalah, he he he.
'' Abang tak suka makan kurma, biarlah ada dalam kur ang pun. Tak suka nak buat macam mana kan? Tak kan nak makan jugak? He he he. Tak kan berdosa sebab tak suka makan...'' Saya alih topik bila saya lihat mak saya senyap sahaja. Saya minum air dan jamah ayam sikit tanpa nasi. Saya tak selera, saya letih. Saya tak jamah kurma atas meja tu. Kata mak saya kurma dalam kotak tu mahal, siap dengan tangkainya lagi.
``Tok sedap la lauk di hospital. Tawar heber. Tok rasa garam gula.'' Saya beritahu mak saya. Memang saya tengok lauk tak sedap. Kalau saya duduk dalam wad seminggu mau kurus. Saya teringat masa saya masuk wad di Pekan, saya keluar ikut pintu belakang wad pergi beli nasi dan KFC, he he he.
'' Ni lah makanan yang sihat. Kena kurang garam gula.'' Mak saya jawab. Saya tengok mak saya juga tak lalu makan makanan hospital tersebut, he he he. Tetapi mak saya menyokong je apa-apa yang `hospital' buat.
'' Yang kita makan hari-hari tu, yang sedap bahaya sebenarnya.'' Tambah mak saya lagi. Saya tengok mak saya merenung jauh ke luar tingkap nako. Saya rasa dia mungkin rindukan ayah saya kot, entahlah.
Mau je saya jawab '' Yang kita dok rindu kan orang tiap-tiap hari tu pun bahaya sebenarnya.'' Tapi tak tergamak pulak. sebab biarlah mak saya rindukan ayah saya, kalau dia nak rindu, kan...?
Jan: Teringat nyayian Datin Rafeah Buang...''kalau rindu pesan saja di angin lalu...''

Tuesday, September 1, 2009

Rumah ke tiga...

Nampaknya Hospital Muadzam telah menjadi rumah ke tiga saya. beberapa hari ini saya balik ke rumah sewa hanya untuk mandi dan tidur sahaja. Saya berulang daripada 3 tempat, kampus-Hospital-rumah sewa.
Walaupun hanya terluang masa sejam, saya tetap pergi menjengok emak saya di hospital, dia lelah dan sakit urat dan deman selsema dan batuk.
Hari ini sebelum pergi kerja saya menjengoknya dulu. Dan bila kelas habis pukul 10 saya bergegas menjenguknya lagi dan kembali semula ke kampus sebab pukul 11 ada kelas.
Semalam saya berbuka dengan mak saya di hospital. Kami dua beranak makan ala kadar sahaja.
Saya tidak boleh jaga mak saya kerana hanya orang perempuan sahaja boleh masuk dan bebas kad wad wanita tu, waktu malam saya kena balik atau duduk di luar tepi tingkat dekat longkang... dari situ boleh nampak katil mak saya sebab katil tu di tepi. Malam-malam saya picit badan emak saya, bila mak saya tidor, saya perlahan-lahan undur diri dan balik ke rumah. Tidor.
Penat juga ke sana ke mari ambil barang, beli barang dan berulang alik. Sepanjang beberapa hari ni saya hampir terlanggar seekor kucing putih kat tengah jalan, masa tu hujan lebat dah dekat nak puasa pula. Saya letih. Saya juga hampir terlangar kereta kat hospital tu, masa tu saya nak keluar dari tempat parking, saya tak tengok belakang, nasib baik kereta bunyi tut-tut tut, he he. Saya cuai.
Masa bawak kereta, saya fikir banyak perkara...
Jan: Saya harap mak saya cepat sembuh, saya serba tak kena bila mak saya sakit, saya sedih.

Tuesday, August 25, 2009

Pengorbanan?

Awal pagi tadi saya sms adik perempuan saya:
''Abg kalu boleh tak nak balik raya kat kg Besut. Semua org akan tanya lagi bila abg nak kawin. Abg rimas dan geram org tanya gitu, abg tak selesa... ''
Adik perempuan saya jawab:
''Ya lah org kg memang begitu...tapi bila abg balik abg mengembirakan hati ramai orang, mak ayah, anak2 buah n ina walau hati abg x gembira...itulah namanya pengorbanan.. ''

Jan: Pengorbanan?

Wednesday, July 15, 2009

Tiada lagi…

Hari ahad ini mak dan ayah saya akan balik ke Besut. Hati saya sudah mulai risau… Namun saya mesti lepaskan mereka kerana mereka ada tanah air sendiri. Saya tahu hari itu akan sampai juga lambat laun… Sudah sebulan lebih mak berada di rumah saya.
Nanti dua-tiga hari selepas mereka balik saya tentu akan sunyi. Bila balik tak ada orang kat rumah. Namun saya harap kesibukan kerja akan membuatkan saya tabah. Lagipun saya sedar saya tidak boleh meminta lebih…
Kawan-kawan mak saya dah kerap sangat menalipon, dan tadi malam ayah kata tidak pernah dia tinggalkan kampung halamannya sebegini lama sejak dia dewasa.
Saya dah benar-benar sihat, tekanan darah saya sangat baik kata mak saya. Saya juga rasa sihat dan tidak pening-pening lagi. Cuma hati saya sahaja yang lembap…
Nanti tiada lagi suara mak saya mengaji, tiada lagi lauk pauk yang terhidang, tiada lagi yang menemani saya tidur… tiada lagi yang buat kueh petang-petang, tiada lagi yang mengingatkan saya makan ubat tiap-tiap hari.
Sebenarnya bila tiba di kampus waktu pagi saya merasa sedih... Saya tak boleh menunjukan kesedihan itu di rumah, di hadapan mereka, nanti mereka akan susah hati. Rasanya dah banyak kali saya susahkan mereka.
Nanti tiada lagi peti yang penuh berisi, tiada lagi kek buah, saya pun tak dapat mengepau rokok ayah saya, tiada lagi kedengaran cakap politik ayah saya, tiada lagi keceriaan.
Saya berjanji pada diri selepas ini saya akan kerap menalipon mereka, saya terleka seketika dengan apa yang saya ada kerana mengejar cerah di sebuah hujung senja…



Jan: Terima kasih

Friday, July 3, 2009

Cemburu mak saya...(edit balik)

CEMBURU tidak seerti dengan dengki. Sangat berbeza bak daun dengan bunga. Pendapat saya cemburu lebih kepada kesakitan yang ada elemen kasih dan sayang. Dengki lebih kepada kesakitan hati berlandaskan hasad yang ada pada diri dan ada unsur pertandingan. ` Dia seorang yang cemburu tidak sama dengan ayat `Dia seorang yang dengki'.
Saya katogerikan emak saya sebagai seorang yang cemburu. Semenjak kecil hinggalah saat saya menulis blog ini mak saya tetap cemburu. Cemburunya terhadap ayah saya, saya gambarkannya sebesar dunia. Maya persada ini. Saya akui emak saya `melindungi' haknya dengan agrasif. Terkadang nampak melampau sikit.

Tidak tenteram, tidak tenang...
Saya dapati daripada saya kecil emak saya cemburu kepada ayah saya pada tahap `first degree'. Kini walaupun ayah saya dah berumur 70 tahun (sudah tidak bergaya sangat) emak saya masih lagi cemburu, dan dapat saya katakan dia semakin cemburu apabila semakin tua .

Pernah saya beritahu tidak elok kita sayangi seseorang melebihi daripada tuhan kerana ia akan membuatkan kita tidak tenteram. Dan saya pernah beritahu tidak elok kita tidak mempercayai pasangan kita. Namun emak saya tidak memberikan sebarang komen. Mungkin dia fikir saya masih mentah.

Resah bila berjauhan
Saya dapati semenjak emak saya berada di rumah saya (menjaga saya akibat darah tinggi), tiap-tiap hari dia risau akan ada perempuan yang akan menggoda ayah saya. Dia terkadang keluh resah dan malam-malam merayau depan padang permainan di hadapan rumah saya, persis macam orang pertama kali bercinta.
Untuk mententeramkan hatinya, saya beritahu ayah tu bukannya handsome tetapi dah tua. Segala sikap negatif ayah saya saya keluarkan untuk menggambarkan bahawa ayah saya sudah tidak ada `market' lagi, he heh he.
Namun emak saya memberikan hujahnya yang saya sebagai pensyarah tidak dapat mematahkannya. Emak saya beritahu perempuan nak kan duit ayah saya, bukannya mahukan ayah saya (pulak dah). Saya beritahu ayah manalah ada duit dan mak saya jawab balik ayah saya kelihatan seperti seorang yang banyak duit. Pening kepala jika bercakap dengan mak saya soal ni

Pasang spy!
Sepanjang mak saya berada di Muadzam, saya tahu emak saya pasang spy untuk mengintip gerak-geri ayah saya. Dia tetap mahu tahu di mana ayah saya berada pada waktu pagi, petang dan malam. Dan mak saya selalu tanya spynya, ayah saya sedang buat apa dan dengan sapa. Bayangkanlah penanggunan mak saya...

Kadang-kadang saya kesian ke emak saya sebab dia tidak dapat fokuskan kepada sesuatu perkara dengan lama dan tenteram. Sepatutnya dia sibuk mengaji al quran sahaja dan tenangkan diri tetapi hatinya selalu resah dan gelisah bila ingatkan ayah saya. Kadang-kadang dia tanya ayah saya makan apa ya? sedangkan dia tahu ayah saya makan kat kedai betul-betul sebelah umah di kampung, kedai adik dia...

Cemburu mega.
Saya dapati cemburu mak saya bukan setakat cemburu di mulut sahaja. Cemburu mak saya bukan main-main tetapi dizahirkan dalam bentuk action. contohnya pernah di zaman 80 an pernah suatu kejadian emak saya melanggar pintu pagar rumah hingga terpelenting pintu pagar besi tersebut. dia sengaja bawak kereta dengan laju dan melanggar pagar tersebut dengan kuat dan berani. Pintu pagar tu terpelenting terbuka.
Rupa-rupanya ada orang kampung beritahu kepada emak saya yang ayah saya bawak perempuan dalam kereta. Sebenarnya perempuan itu kakak saya yang ayah saya jemput balik daripada tuisyen, he he he.

Dalam hati seorang isteri, saya tak tahu...
Ayah saya pernah menyatakan, kawan-kawan baik mak saya semuanya bermadu, mungkin sebab itu mak saya jadi begitu. Namun saya tidak dapat menerima alasan tersebut bulat-bulat kerana saya tahu emak saya memang jenis cemburu mega.

Emak saya beritahu kepada saya tidak adalah suatu yang paling kecewa dalam kehidupan seorang perempauan selain bermadu. Emak saya pernah memberitahu jika duduk di istana dan `gelang mas sekerat lenggang' pun tidak bererti. Saya tidak faham sangat...

Pisau dalam beg.
Pernah emak saya membawa pisau dalam beg dan bertujuan untuk menikam perempuan yang digosipkan dengan ayah saya. Peristiwa ini ramai orang kampung tahu, dan mereka tidak hairan. Sehingga perempuan yang diragui itu bertahu berita itu kepada ayah saya, dia bimbang mak saya akan menikam dia daripada belakang. Dan ayah saya jawab mestilah perempuan bawa pisau sebab nak `siang' ikan, he he he.

Adakah kerana kita sayang sangat kepada seseorang itu kita tidak boleh berkongsi kasih? dan tak dapat berfikir dengan waras? Tidak kah bila kita sayang ke orang kita akan bahagia melihat orang itu bahagia walaupun tidak bersama kita? (amboi sedapnya soalan...he he he?)

Pinggang mangkuk mahal
Terbaru mak saya beritahu jika dia sakit tenat, dia suruh saya dan adik saya ambik semua pinggang mangkuk berjenama mahal di dapur. Dia juga beritahu kami berhentilah hadiahkannya pinggang mangkuk yang mahal. Saya tanya kenapa? Mak saya jawab, dia bimbang apabila dia mati ayah saya kahwin lain dan bawa perempuan itu tinggal di rumah, perempuan itu akan guna pinggang mangkuk mak saya. Ya allah!.
Saya beritahu secara berseloroh tak kan bila mak sakit saya sibuk mengangkat barang-barang pulak. Dan saya beritahu mak saya bila dia dah mati tak payahlah bimbang atau fikir lagi apa yang akan terjadi di dunia ini, he he he?

Pandangan mak saya tentang perangai lelaki
Namun saya kagum juga kepada emak saya kerana banyak kontraktor yang saya kenal dan ketahui kawin lebih daripada satu. Tentulah sepanjang hidup emak saya dia sentiasa resah sahaja. Dahulu setiap kali ayah saya dapat duit project emak saya selalu bimbang dan tak tenteram, takut ayah saya kahwin lain.

`Orang lelaki ni bila dah ada duit nampaklah perangai dia yang sebenar, kalau tak ada duit rela susah dengan kita' Itulah kata-kata mak saya yang apa bila saya cerminkan dan padankan dengan situasi sebenar dan isu terkini... ada kebenarannya! he he he. Laju je mak saya buat pernyataan itu tanpa buat kajian terperinci atau guna SPSS...Emak saya bimbang ayah saya jatuh hati kepada orang lain. Emak saya pernah beritahu `Perempuanlah yang sebenarnya buat orang perempuan susah" (pulak dah), mulanya saya tidak faham tetapi lama-kelamaan saya guna otak.

Saya ada berseloroh dengan mak saya, jika ayah mati dan ada perempuan yang lalu depan kubur ayah saya tentu mak saya akan marah atau setidaknya tidak sedap hati, he he he. Mak saya mahu ayah saya milik dia seorang.

SMS dalam handphone

Namun saya dapat baca juga sayang mak saya kepada ayah saya. Bila malam-malam saya buka hp secara curi-curi dan saya rasa geli pulak bila baca sms antara mereka sebab ada `i love u', dan `i miss u' dan lain-lain yang saya tak sanggup saya tulis di sini, he he he. Mungkin mak saya mencintai ayah saya selamanya.

Saya tahu jika ayah saya pergi dulu mak saya akan merana dengan dasyatnya...(tetapi saya akan jaga emak saya dengan baik, kalau saya ada isteri belum tentu dia sayang kepada emak saya sebab mak saya cerewet juga orangnya, contoh kalau makanan tak sedap dia tidak telan! )

Cinta sejati zaman terkini...

Saya tahu cinta sejati sangat sukar ada, cinta zaman sekarang pun baru tak sampai 5 tahun dah ada gempa buminya, sepanjang 40 tahun lebih perkahwinannya tentu banyak air mata mak saya mengalir kerana menjaga hak dia (ayah saya). Cinta dan air mata tak boleh dipisahkan.

Saya tahu benar kita akan banyak menangis dan susah hati bukan kerana musuh kita, tetapi datangnya daripada orang yang kita sayangi (kawan saya beritahu).

DNA cemburu?

Nasib baiklah saya tidak cemburu orangnya. DNA cemburu mak saya, saya tak mewarisinya. Dalam satu-satu hubungan saya percaya tidak perlu cemburu kerana saya percaya kepada kesetiaan. Kepercayaan atas kesetiaan adalah nadi kasih sayang. Buat apalah kita resah dan gelisah cemburukan seseorang padahal kita percayakannya kan kan?.

Tetapi saya ada sedikit kelemahannya iaitu bila kesetiaan dan kepercayaan itu dikhianati saya tidak redha. Saya tidak rela, dan saya tidak akan memaafkannya sampai akhirat. Dan saya tidak akan berpatah balik, saya akan maki, saya akan sumpah laknat tiap-tiap hari sehingga hari-hari terakhir saya berhenti bernafas!... Saya sumpah celaka dia tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari !


Jan: Mana lebih teruk ya, mak saya ke saya? he he he.

Tuesday, June 16, 2009

Alunan suara quran mak saya...

Lewat tengahari tadi semasa saya balik ke rumah, emak saya sedang mengalunkan bacaan al quran. Walaupun sepatah haram saya tak faham tetapi alunan itu memberikan suatu ketenangan. Begitu juga setiap malam hari bacaan ayat-ayat al quran yang dilagukan, gemanya memberikan suatu kelainan...

Biasanya yang beralun di ruang tamu dan umah saya adalah antaranya alunan suara Madonna, Kak Pah, ella, Search atau Rahim Maarof.

Alunan suara mak saya merdu di telinga saya, di kampung mak saya mengajar al quran di rumah kami. Dulu pernah juga saya menolong ibu saya mengajar budak-budak tu baca mukadang....Tapi entahlah saya tak minat sangat, masa tu saya tengah remaja giler...

Bacaan al quran tu satu perkara tetapi alunan oleh mak kita sendiri tu satu perkara lagi. Rasanya syahdu atau kadang-kadang sedih...seolah kabut serangkai mawar atau seribu mawar!

Saya tak tahu nak kata apa dan tulis apa untuk mengambarkan gelodak jiwa saya bila mendengarnya... saya terduduk pasrah selepas membuka kasut dan menanggalkan stokeng di hadapan pintu masuk...

Jan: Asal kapas menjadi benang..., benang ditenung hai kain menjadi kain, ahai...menjadi kain...

Monday, June 8, 2009

Hari keempat...hari Aqikah

Dengan perasaan ngeri berbaur kesian, saya melihat orang-orang kampung dengan penuh gaya menyiat-nyiat kulit si lembu tu hingga tinggal bogel putih tanpa kulit. Masing-masing ambil bahagian masing-masing. Beberapa orang bekerja sekaligus mengupas kulit tinggal isi je. Saya tidak menolong sebab saya tak reti nak buat, kupas bawang bolehlah...atau buat puding...

Sebenarnya lembu tersebut disembeleh di tepi padang dan dibawa ke rumah adik ipar saya untuk diproses dan dimasak...saya lihat lembu tu antara kesihan dan sayu...tapi bila buat gulai kampung nanti tentu best kan...?

Selepas melihat upacara agama tadi (akiqah), saya ke Kuala Besut untuk beli kuali besar yang bersaiz 30. Harganya RM135, saya buat gatal-gatal dan mengada-ngada dapatlah dengan harga RM100. Saya ni memang jenis tak tahu nak menawar-nawar. Lagipun saya tengok muka penjual itu hitam, saya kesian kerana saya teringat kepada seseorang...(pulak dah...)

Sibuk betul saya hari ini sebab banyak benda nak dibuat, angkut sana-angkut sini. sekejap ke kedai beli itu dan ini. macam nak beraya pulak...

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, ia tak wajib dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama, berdasarkan anjuran Rasulullah “Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan.Dan untuk

Maka kalau berduit tu buatlah, kalau tak berduit tu tak buatlah kan. Hal-hal agama ni tak ada paksaan kalau tak mampu kan, he he he.

Dan lagi Ummu Kurz Al Ka’biyyah berkata, yang artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan agar dsembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba dan dari anak perempuan satu ekor.” (Hadits sanadnya shahih riwayat Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan)

Juga dari Aisyah Radhiallaahu anha berkata, yang membawa artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan mereka agar disembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba yang sepadan dan dari anak perempuan satu ekor.” (Shahih riwayat At Tirmidzi)

Akiqah ini untuk anak sedara perempuan saya yang tinggal di ulu yam, selangor tapi dilaksanakan di Besut. Saya bercuti pun khas untuk majlis inilah.

Pada malamnya jemput orang surau sembahyang hajat. Bagus jugakan setelah hampir 3 malam ruang tamu rumah saya dah jadi macam kelab karokea kini dibersih kemas dan digubah semula untuk acara yang lebih islamik sifatnya. Dengan hamparan sejadah di ruang tamu jadi syahdu pulak rasa...insaf sekejap.Dan kesyahduan tersebt betambah lagi dengan kehadiran langsir baru, hu hu hu.

Untuk hari khas ini saya telan 2 bijik pil darah tinggi sebab semua anak saudara saya berkumpul. Mereka lasak-lasak dan tak boleh dikawal walaupun oleh ibubapa mereka sendiri, contohnya kerusi untuk duduk tetapi mereka berdiri dan panjat-panjat. Dan ada juga anak saudara saya yang kata saya ni nampak macam orang gila sebab rambut tak bersikat kemas.Mereka seolah tak tau saya ni salah seorang pensyarah di salah sebuah u terkemuka, mengajar ekonomi Malaysia lagi dan teks ucapan saya pernah dikeluarkan di luar negara. Tapi mungkin saya nampak komang je, mereka tak hirau...

Anak-anak sedara saya muka ada mirip macam cina, bangla dan Melayu Proto, nasib baik ada juga yang handsome macam saya, maka adalah juga keturunan yang bawak gen handsome (tapi bimbang pulak takut tak cemerlang belajar tok jadi ngaji).

Saya agak kekok membawa watak saya sebagai seorang manusia pada malam tersebut sebab ada 3 kelompok iaitu perempuan di dapur, budak-budak di dalam rumah dan geng islamik di anjung rumah. Entahlah, saya tak pandai bergaul sangat. Yang saya ingat ialah malam tu saya kena kelihatan seislamik mungkin, para tok iman ada kiri kanan, harap-harap janganlah ada yang nak buat saya jadi menantu mereka....saya bosan.

Tapi saya buat jugak konon-kononnya tengok bekas buffet tu takut gulai dah tak ada, kalau tak ada saya ambik tambah. Sekali sekala ada juga tanya sepupu-sepapat dah semester berapa dan lain-lain...kira bercampur sosial lah jugak. Masa menadah doa saya berdoa juga agar anak-anak sedara saya yang ambik exam taun ni berjaya, he he he.

Lenguh giler bila ada majlis-majlis ni kan, saya lihat muka adik perempuan saya bgembira sebab segalanya berjalan lancar dan memuaskan hatinya. Mulanya takut jugak sebab takut orang tak datang, lagipun ayah saya dah tak bergiat cergas dalam UMNO, dia sibuk menguruskan tanaman lada. Dan mak saya pun memang macam saya, iaitu tak suka pergi majlis orang...he he he.


Jan: Meriah majlis ini...burung-burung berkicauan, sanak saudara yang ada turut rasa gembira (sambil menyepahkan rumah...)selamt kuucapkan kepadamu, semoga berbahagia selalu...kan kubina hidup baru...

Saturday, June 6, 2009

Hari pertama...cuti sekolah.

1. Saya bangun pada pukul 12 tengahari...cadang nak gi pasar minggu Kuala Besut berkubur nisan. Adik perempuan saya saja yang pergi.Sebenarnya rugi besar kalau balik kampung tetapi tak menjenguk pasar minggu tersebut.Meriah giler...

2. Lepas makan tengahari saya tidur balik sampai pukul 3 petang lebih rasanya. Bila bangun saya makan lagi. Makanan banyak atas meja.

3. Lepas tu saya join berkarokea bersama anak-anak sedara saya, mak saya pun join juga siap nyanyi lagu Ramli Sarip ` Doa buat kekasih'. Saya rasa lagu tu dah dinyanyikan dengan tempo yang salah, Ramli M S je tahu kot.Mak saya gubah suara, anak-amak saudara saya kata suara mak saya lebih serak dari Ramli Sarip.

4. Saya pula bawak lagu Ella `Layar impian' dan disusuri lagu Bloery Marantika dan Dwi Yull `Jangan ada dusta'. Saya bawak dengan penuh perasaan, namun macam biasa saya rasa rosakan lagu tersebut, he he he.

5. Bila petang sikit ayah saya bawak anak-anak sedara saya (cucu ayah saya) mandi kolam kat resort berhampiran rumah.Kalau cuti sekolah beginilah rutinnya. Rumah penuh anak-anak saudara. Mereka naik kereta ke resort yang ada kolam mandi. Saya naik motor berbonceng dengan najib (anak sedara), gi Pantai Bukit Keluang.

6. Lepas tu baru singgah juga tengok anak-anak sedara mandi kolam. Bukan main mereka mandi, macam itik dapat air atau macam gelagat kita bila dapat gaji.Macam Nabil dapat anugerah, terus lupa situasi...

7. Balik dari melihat anak-anak sedara mengolam, saya cantas pokok pisang di hadapan rumah dan di kiri kanan rumah. biar nampak terang sikit. Saya biarkan saja daun-daun tak terkumpul, nanti kering saya usung buang.

8.Malamnya saya bermesyuarat dengan adik saya nak tukar langsir rumah mak,nak tukar tikar getah, nak tukar ini itu kerana kononnya dah nampak tak elok. Kami cadang kosnya dibahagi dua nanti.

9. Lepas tu saya berkareokea lagi, saya bawak lagu Salem pulak dah...amboi lagunya sedih dan bertambah sedih bila saya nyanyikannya (atau rosakannya?, hehehe).

10. Best jugak balik kampung, kita jadi kita balik...saya dah tak sedar umur saya dah 39 tahun, dan masih solo!

11. Isnin esok lusa, kakak saya dan keluarganya pula balik balik. Semua akan berkumpul. Kakak saya hasilkan 2 anak, semuanya lelaki. Ya allah nanti keadaan tentu tak terkawal...Tapi best kan...

12. Kita patut bersyukur sangat2 kan bila ada keluarga, ada orang tu kan dia ada keluarga tetapi dia tidak hargainya...dia hancurkan harapan keluarganya, dia ikut nafsu dan pentingkan diri dan kemahuan diri...

13. Malamnya saya pau rokok ayah saya, rokok daun sedap juga tapi perit tekak, sambil dengar lagu allycat , saya mengimbau pencapaian dan tidak capaian hidup saya...suka duka, gembira tawa dan sedih...

14. Ketika saya buat post ini, saya lihat ayah saya dah tidor di hadapan tv, mak saya pun dah tidor dalam bilik bersama cucunya. Semua orang telah tidor. Saya pun dah nak tido, bai-bai...


Jan: Mengapa mentari masih bersinar dan burungan terusan menyanyi?

Monday, May 11, 2009

Emak saya...saya sayang.


Entah apa mak saya tengah fikirkan fikirkan? Entah-entah fikir bila saya nak kawin? he he he

Ni mak saya, dia datang ke Kuantan rumah kakak saya. Maka saya heret mak saya untuk tunjuk rumah yang saya beli (hutang). Saya pergi dengan Hanif dan Azlan (anak saudara), dan dengan Myvi.

Emak saya kini bersahaja sahaja orangnya, mungkin kerana dah berumur. Dulu masa muda siap dengan beg make up yang ada tingkat-tingkat dan rambut palsu lagi, he he he. Vouge dan seksi jugak dulu. Kalau tengok gambar-gambar lama, mak saya `berani mati' bila pose. Saya tak fikir adik dan kakak perempuan saya berani buat begitu, he he he. Zaman dulu lain kan...

Di sisinya ada beg berjenama Fendi, saya mampu beli beg itu tetapi tentulah yang tiruan, he he he. So saya tak beli beg sebagai hadiah kepadanya. tetapi suatu hari kalau ada duit saya nak hadiahkan beg berjenama.

Kalau saya ada duit saya nak beli hadiah yang mahal-mahal untuk mak saya. Tapi tu perkataan `kalu-kalu' kita tak boleh pakaikan. Perkataan `kalu-kalu' kadang-kadang jadi biasa sangat dah... So saya biasanya simpan duit untuk beli hadiah kepada mak saya.

Yang termahal pernah saya hadiahkan kepada mak saya rasanya ialah rantai tangan emas (reganya lebih RM3K). Saya fikir saya mampu beli set meja makan jati tak kan tak beli rantai emas untuk mak saya. Saya juga ada belikan set koning ware yang dari peti sejuk terus kita boleh letak atas api. Kalau kaca biasa meletup. Saya juga pernah belikan kasut scholl yang selesa untuknya...

Namun pemberian saya tu kalau nak banding dengan apa yang mak saya berikan pada saya tak boleh banding langsung. Ibarat nak banding Datuk Sharifah Aini dengan pen drive... Jasa mak saya tak dapat saya bayar dengan wang dan emas apalagi hadiah... saya tak mampu.


Huh siap cium pulak mak saya, padahal dah ada mak sendiri...!

Jasa ibu kita besar kan? Kita tak bolehlah kata memang tanggungjawab dia untuk menjaga kita (walaupun memang tanggungjawab kan). Susah payah semua untuk ayah kita dan untuk kita.

Dalam pangsenan.blogspot.com (Monday, May 11, 2009) dan asmadiabdulrahman.blogspot.com (May 10, 2009) juga ada menyentuh pasal ibu. Masing-masing mempunyai cara untuk menghargai jasa ibu, tak semestinya beri duit dan hadiah kan...

Saya pun `nok jugok' tulis pasal saya dan mak saya. Bukan nak menunjuk-nunjuk beri hadiah tetapi... bagi yang tahu dan faham mesej yang tersirat, fahamlah...


Jan: Selamat hari ibu untuk mak saya, untuk semua ibu-ibu kawan-kawan saya, dan khas juga untuk kawan-kawan saya yang dah jadi ibu.

Wednesday, January 28, 2009

Balik kampung pertama (2009)

1. Balik kampung memang budaya kita, kita ambik kesempatan untuk balik kampung bila ada cuti.
2. Sempena cuti raya Cina baru-baru ini saya balik ke Besut, Terengganu.
3. Syahdu bila lihat rumah di kampung, rumah di mana kita membesar bersama adik beradik lain.
4. Kita hairan bagaimana ibu kita boleh besarkan ramai anak-anak, sedangkan kita bila dah ada dua anak rasa nak patah pinggang (kakak saya...). Dan yang tak ada anak juga kononnya sibuk juga (nak jugak, he he he, sayalah tu sebenarnya...)
5. Masa riang kanak-kanak kami `rapat-rapat kucing', bila dah dewasa... rapat juga tetapi `rapat-rapat merparti'... (no 5 ni kena baca dengan rasa hiba sikit...).
6. Saya juga gunakan kesempatan rapatkan hubungan dengan anak-anak sedara. Bawak pergi pekan beli baju dan kasut (yang murah je, he he he) untuk mereka. Bawak pergi makan juga...
7. Saya jarang balik, dan saya akan kerapkan balik kampung tahun ini. Itulah antara azam baru saya tahun ini (azam-azam lain boleh dikatakan azam lama juga yang diperbaharui lesen tahunannya, he he he).
7. Macam biasa, mak dan ayah akan sibuk, mak memasak padahal dia jarang masak sebab tinggal berdua dengan ayah sahaja. Ayah pulak bersihkan ayam hutan, siap dengan beri bekalan untuk dibawa balik.
8. Segalanya telah berubah... usang dan menjadi `tua'...
9. Tak boleh tulis panjang-panjang...rasa hiba pulak dah...huh!
Jan
: Bersungguh-sungguh pesan kepada mak supaya minum susu anelen yang dibeli supaya tulang kuat...

Saturday, December 6, 2008

Membeli alatan sekolah...

1. Saban hujung tahun membeli alatan persekolahan sudah menjadi aturcara tahunan saya.
2. Alatan persekolahan ini bukanlah untuk semua anak-anak saudara saya, cuma untuk beberapa orang sahaja yang saya kira layak berpandukan status kewangan ibubapa mereka, dan berpandukan juga kepada beberapa faktor lain yang juga berubah melalui masa.

3. Seperti biasa saya akan ditemani oleh adik perempuan saya, biasanya kami pergi ke Mydin. Time akhir tahun ni Mydin menawarkan banyak barangan peralatan sekolah. Pilih sahaja dengan harga yang berpatutan.
4. Ramai sungguh kaum ibu sibuk membeli barangan sekolah anak-anak mereka. Rasanya sekolah lambat lagi dibuka, namun mungkin mereka bersiap lebih awal. Baguslah, sudah ada sifat bersedia lebih awal, tidaklah nanti kelam kabut.

5. Sebenarnya saya lebih banyak memerhati berbanding terlibat secara langsung, barangan sekolah adik perempuan saya yang memilihnya. Dia pun ada anak yang bersekolah, dia tahu yang mana barang yang diperlukan, yang mana kurang perlu.
6. Memang saya dah budgetkan lebih kurang RM200 untuk membeli peralatan tersebut. Antara barang yang wajib dibeli ialah pencil box, pen, pencil, pembaris, gam, clip kertas dan pemadan. Kecuali pencil box, semua barangan dibeli segugus.
7. Boleh mereka gunakan di sepanjang tahun hadapan. Barangan yang lebih disimpan oleh mak mereka.

8. Selain tu ada beli juga kalam cat air, pembalut plastik yang nak balut buku, kalam cat luna, liquid paper dan gorek.
9. Bagi baju sekolah semuanya sudah disediakan mengikut saiz yang dijahit mengikut umur. Senang membelinya, tak perlulah membawa anak ke Mydin, buat gelewak je kalu bowok. Kalau nak bawak jugak, boleh bawak. Tak ada orang nak larang.
10. Dalam pada itu saya juga sempat menyambar beberapa peralatan untuk diri saya sendiri, he hehe. Biasalah tu...
jankaulu: Tak semestinya orang bujang tak perlu beli peralatan sekolah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home