"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 12, 2009

Bukan senang kan...

Sekarang saya sedang mengusahakan suatu kajian yang sudah lama juga berlegar difikiran saya. Oleh kerana kesibukan masa mengajar, kemalasan dan masalah peribadi ia banyak kali tertangguh.
Secara mudah kajian tersebut mengenai gelagat penggunaan (perbelanjaan terutamanya) di kalangan guru sekolah rendah. Saya mahu meneliti pembahagian pendapatan yang dibelanjakan oleh mereka dan juga adakah terdapat corak-corak tertentu. Dan saya juga mahu membandingkannya antara kawasan luar bandar dan kawasan urban. Itulah niat-niat kasar di fikiran saya.
Namun bukan mudah untuk mengusahakan suatu penulisan akademik. Ianya mempunyai peraturan dan langkah-langkah tertentu. Jika kita tertinggal suatu langkah ia mungkin sudah tidak dapat dikatogerikan kedalam penulisan akademik. Dan saya memanglah tidak berdaya untuk menghasilkannya seorang diri. Saya perlukan banyak pertolongan daripada banyak orang yang mempunyai kemahiran yang berlainan.
Sekarang saya masih giat membaca kajian orang lain yang ada persamaan dengan kajian yang saya akan buat. Ini juga suatu proses dalam penulisan akademik. Kita kena baca kajian orang lain yang ada menyentuh isu yang kita mahu kaji. Walaupun hanya sipi-sipi sahaja dengan apa yang kita mahu kaji ia memberikan iput yang penting. Ianya membuka minda kita untuk melihat isu yang kita kaji dengan lebih penting.
Teringat saya kepada seorang sahabat lama pensyarah di sebuah IPTA. Kajiannya sudah makan tahun demi tahun dan keprogresan hasil kajiannya sangat lambat. Agak lama juga untuk memulakan sesuatu kajian dan lebih lama masa diperlukan untuk menghasilkan kajian sepenuhnya (menyudahkannya). Tak naklah buat kajian ala mee segera kan, bimbang kualiti akademiknya luntur.
Dalam hati kecil saya memang saya tidak suka menulis secara akademik, iaitu membuat kajian. Kalau boleh saya ingin mengajar sahaja. Namun kata Ustad Ahmad tugas mengajar adalah tugas yang semua orang boleh buat (secara amnya), kemahiran lain perlu ada terutama melalui penulisan. Adnan pula pernah bertanya kepada saya (pertanyaan sinikal) `` Kalau kita yang tak menulis nak harap sapa menulis?''. Pendapat mereka memang benar, saya akui. Cuma saya mungkin pemalas dan tiada kemahiran, tiada dorongan yang kuat.
Bukan niat saya untuk membincangkan atau mengakademikan blog ini dengan terhasilnya penulisan ini. Cuma saya terpikir bukan senang hendak menulis secara akademik. Semuanya kena sandarkan kepada bukti konkrit, sah dan jitu. Tidak seperti penulisan bercorak simple (tetapi ada makna) yang saya selalu tulis dalam blog ini...
Jankaulu: Teringat seorang kawan seakademik (yang dia sendiri tiada blog) bertanya kenapa penulisan di dalam blog saya mengenai perkara remeh temeh sahaja...

No comments:

.