"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 22, 2011

I'm alone but not longli...

Saya lewat hampir setengah jam. Namun saya bergegas juga, saya memandu kereta dengan lajunya (70 km sejam). Sebenarnya bukan saya terlupa tetapi saya terlebih dahulu harus berada di bangunan peperiksaan sebab pelajar sedang menjalani peperiksaan untuk subjek saya. Para pensyarah dimestikan berada di bilik urus setia selama setengah jam, bimbang jika ada apa-apa pembetulan pada kertas soalan di dalam dewan peperiksaan.
Sesampai di bangunan akademik saya terus masuk ke bilik meeting. Saya agak malu sebab Prof Dr Muhammad Anuar sudah ada. Dengan perlahan saya tarik kerusi hendak duduk di belakang dan selepas itu saya duduk senyapkan handpon saya. Tiba-tiba Dr Anuar menjemput saya duduk di hadapan. Saya tanpa malu terus duduk di hadapan.
Ini kali kedua saya menghadiri mesyuarat mengenai nak rangka program Bachelor of Business Economics. Sebenarnya sekembali sahaja saya dari mesyuarat yang pertama dahulu memang saya berazam akan bergiat aktif untuk memberikan input dalam merangka program ini.
Saya aktif memberikan beberapa input dan melakukan perbincangan bersama rakan pensyarah lain. Saya juga mencadangkan beberapa subjek yang harus ada di dalam pogram ini supaya selari dengan dasar/polisi keusahawanan yang mahu diterapkan ke pada mahasiswa. Walaupun saya tidak ada PHD, saya tetap menyuarakan apa-apa yang saya rasa boleh membantu merangka program tersebut.
Semasa keluar bilik meeting hidung saya kembang setaman bila setiausaha program ini iaitu Siti Fara Fadila memuji saya kerana aktif dan banyak memberikan input. Sebenarnya saya juga terasa `berguna' pada jabatan saya. Selama ini saya hanya giat angguk-angguk geleng-geleng makan karipap saja jika saya bermeeting, he he he.
Tetapi memang saya ada buat research sikit kat internate mengenai dunia perniagaan dan keperluan pada masa sekarang. Saya juga mengofferkan diri untuk merangka silibus bagi dua subjek baru!. Saya sendiri terkejut dengan keberanian saya. Namun oleh kerana umur saya dah 40 tahun lebih (awal), patutlah saya buat kerja-kerja sebegini.
Selepas meeting saya bergegas pergi ke bangunan akademik lain untuk memastikan bilik urusetia peperiksaan berada di dalam keadaan sempurna sebab pada hari sabtu dan ahad saya kena berada di bilik tersebut atas kapasiti sebagai urusetia bilik peperiksaan. Hari jumaat baguslah saya sendiri datang periksa. Sekarang saya menjadi ahli pengendalian peperiksaan bagi penggal ke dua tahun akademik. Saya tidak ada masalah bekerja hari sabtu dan ahad.
Keesokan harinya, pukul 7.30 pagi saya sudah buka pintu bilik urusetia (peperiksaan jam 9 pagi). Saya tak perlu kemaskan banyak barang sebab ia sudah dikemaskan terlebih dahulu. Pada pukul 6 petang setelah kemaskan bilik urusetia, barulah saya balik.
Dalam perjalanan balik, saya singgah ke bazar sekejap. Saya cari gerai yang menutup makanannya. Saya beli mee hun RM1, kueh hijau RM1 dan air bandung RM1. Kalau mak saya ada tentu dia marah saya beli air bandung sebab katanya air tersebut tak di masak!. Saya ada terfikir nak tanya penjual dia masak tak air tersebut tapi takut pulak, he he he. Dan saya tak takut mak saya marah sebab mak saya dah balik kampung... Saya boleh beli air soya ke, air tebu ke, he he he. Oh yea, semasa di bazar ramai juga pelajar menyapa, rasa glamour pula, he he he.
Malamnya saya ke Tunas Manja beli CD lagu raya, saya nak pasang masa sibuk grade paper, saya nak siapkan semuanya sebelum raya. jadi malam tu saya habiskan dengan kerja memarking paper. Setelah menulis kad-kad raya untuk anak-anak sedara saya mula marking paper...
Pagi petang, siang malam saya marking paper. Lepas ni saya kena bersiap beg-beg nak balik ke kampung pulak, saya nak bawa balik alas meja yang saya beli dari kawan saya yang abangnya beli alas meja tu dari China. Esoknya saya nak isi borang cuti, nak buat banyak keputusan dan perkara.
Saya mungkin mati dalam kesibukan, tidak benar kawan saya kata saya akan mati dalam kesunyian...
Jan: Saya sibuk, bukan buat-buat sibuk...

2 comments:

zara said...

tapi hati tetap sunyi kan...

sukiman said...

he he he...

.