"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, August 10, 2011

Pemahaman dan ketidakfahaman kita...



Mak saya beritahu pada bulan ramadhan, syaitan-syaitan dikurung oleh tuhan di suatu tempat, maknanya kalau kita buat jahat juga, itu adalah kita yang sebenar yang gagal berbuat baik. Pendek kata mak saya percaya tuhan kurung syaitan-syaitan tersebut secara `fizikali'.
Saya? Saya mempunyai kefahaman berlainan (berbanding dengan mak saya), saya melihat syaitan-syaitan dibelenggu/dikurung dalam bentuk majaz (kiasan/simbolisme). Saya percaya syaitan terbelenggu dan terikat bagi orang yang benar-benar berpuasa dan menjaga adab dan syarat-syaratnya sahaja. Maksud saya bukan semata puasa perut tetapi juga telinga, mulut dan mata, dan segalanya. Contohnya, bukannya sekadar puasa tetapi masih galak menikmati batang tubuh remaja yang montok, gebu dan mengundang (mengundang rasa ghairah).
Namun saya tidak boleh menulis banyak pasal agama sebab pengetahuan saya sangat cetek dan biasa-biasa sahaja. Pembelajaran agama saya daripada aktiviti membaca, melihat jawapan orang yang ada kelulusan agama dalam bidangnya dan melalui forum agama di TV. Namun saya tahu ada ustad yang mengikuti blog saya, saya percaya beliau akan membetulkan jika pandangan saya salah sama sekali.
Saya suka membaca soal jawab agama, terutama mengenai pandangan yang berlainan. Bukan setakat hukum hakam sahaja. Namun saya selalu rasa takut, saya khuatir saya berfikir hanya menggunakan logik akal. Namun kaedah logik akal juga penting untuk kita tahu terutama apabila berhadapan dengan budak-budak yang tanya pasal agama, atau orang yang baru peluk agama islam.
Syaitan akan dibelenggu mungkin juga bermaksud, kekalahan atau keletihan syaitan tersebut (give-up) dan berjayanya kita terhindar daripada kejahatan dan hasutan mereka. Syaitan itu menjadi lemah untuk melakukan tipu daya/ tipu muslihat dan seangkatan dengannya. Hanya tuhan yang tahu.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah SAW bersabda,
" Apabila telah masuk bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jan: Ada juga syaitan dari kalangan manusia...he he he.

No comments:

.