"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 18, 2011

Penyanyi yang tak ada lagu raya...

Saya tidak nafikan tanpa lagu raya dan biskut raya, raya saya tak ceria. Agen-agen raya sebegini memberi impak besar. Cuba bayangkan tak ada lagu raya. Bila memandu pulang untuk beraya tak kan nak dengar Madonna.



Namun tidak semua penyanyi mempunyai lagu raya. Hampir lagu raya adalah lagu lama. Ada juga usaha untuk buat lagu raya baru tetapi tak dapat sambutan. Tak sedap.



Biasanya penyanyi yang ada lagu raya yang banyak merupakan penyanyi yang terkenal dan berada `di atas' dalam industri seni suara. Contohnya Datok Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Lagu-lagu raya beliau akan kekal sepanjang zaman. Mereka ada lagu raya khas mereka, mereka ada album raya.



Saya berpendapat penyanyi yang mempunyai lagu raya dan album raya sangat bertuah. Kita boleh kata pengukuran kehebatan penyanyi tersebut sama ada dia ada album raya atau tidak.



Kalau kita penyanyi yang tak ada lagu raya, bila diundang menyanyi program raya, kita terpaksalah nyanyi lagu orang. Dan ada kalanya dinyanyikan sumbang dan tunggang langgang tapi bila tanya mereka jawab `saya nyanyi ikut stail sendiri, mana boleh ikut stail penyanyi asal" . He he he.



Jan: ada beli CD raya EMI, koleksi lagu raya penyanyi EMI.

No comments:

.