"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 23, 2011

Salam untuk para peminat...




Sepanjang bulan ramadhan ini saya tetap sibuk memenuhi undangan dan membuat pertunjukan amal. Saya berterima kasih benar kepada Safarina. Sempena bulan ramadhan ini beliau bijak memilih dan menerima jemputan bagi pihak saya.
Terus terang saya katakan sepanjang ramadhan ini hanya sekali saya berpeluang berbuka puasa di rumah, selebihnya saya berbuka bersama anak-anak yatim di sekitar Lembah Kelang, berbuka bersama kelab-kelab peminat dan juga berbuka dengan badan kebajikan bukan kerajaan NGO (yang mahu mengutip dana untuk penubuhan bangunan baru sekolah tahfiz di Kedah dan Kelantan). Walaupun sangat sibuk, saya puas hati.
Ramai rakan artis lain tidak aktif dalam bulan ramadhan kerana mahu tumpukan kepada ibadat. Kepada saya apa yang saya lakukan ini juga merupakan ibadat. Tidak bolehlah kita sempitkan pemikiran ibadat itu hanya kepada sembahyang, puasa dan menunaikan zakat. Entahlah, mungkin mereka mahu berehat. Lain pula saya yang semakin ligat.
Minggu lalu saya sempat berbuka puasa bersama kumpulan Raihan, Maya Karim, Azmil `Ali Setan' dan Kak Nita bersama suaminya (hanya menyebut beberapa nama). Saya juga amat berbesar hati dapat berbuka puasa dengan Datok Sharifah Aini di rumahnya. Bersama iman dan para pendakwah, kami bertaraweh bersama di surau rumah Datuk yang boleh memuatkan seramai 75 orang tersebut.
Bagi saya kehidupan sebagai artislah banyak memberi peluang kepada saya untuk menolong orang lain yang memerlukan. saya rasa sudah sampai masanya kita sebagai artis betul-betul menjadi role model kepada masyarakat. Memang ada beberapa perkara dan perbuatan yang saya sesali (terutama dalam isu saya bercuti di Bali dan menjadi model seluar dalam Renoma), namun saya memang mengambil pengajaran dan membaiki diri.
Kepada para peminat saya, sempena hari raya ini saya akan muncul di banyak rangkaian ASTRO. Saya harap peminat saya akan berpuas hati melihat wajah terbaru saya di kaca tv. Tidak benar saya melakukan pembedahan muka atau menggunakan botox. Muka saya sekarang lebih runcing kerana badan saya sedikit kurus dan maklumlah saya semakin berumur, he he he.
Pun begitu saya juga akan muncul di TV1. TV2 dan TV3. Maknanya peminat yang tidak ada ASTRO juga boleh melihat persembahan saya nanti.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu `buah kurma' yang dicanangkan oleh beberapa buah akhbar perdana dan juga akhbar nyamuk. Saya mengaku memang saya menolak tawaran tersebut tetapi bukannya saya jual mahal. Saya merasa tidak sesuai untuk menjadi duta bagi sebuah syarikat mengeluar kurma (terbesar di Asia) kerana saya tidak mahu hipokrit. Terus terang saya katakan saya tidak suka akan kemanisan buah kurma. Dan memang semenjak kecil saya tidak makan buah kurma. Titik.
Sempena ramadhan dan raya saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan raya khususnya untuk para peminat saya. Kepada yang menghantar kad raya, jangan bimbang saya sendiri (dengan bantuan Safarina) dalam proses membalasnya. Namun kad raya balasan daripada saya mungkin tiba selepas raya memandangkan masih ada berguni lagi belum sempat saya membalasnya.
Maka di blog ini sebelum kad saya sampai ke pintu rumah peminat yang saya sayangi, sayaterlebih dahulu ingin meminta maaf jika ada tindakan yang salah atau terkasar bahasa, Maaf zahir batin.
Kepada para peminat juga, saya akan mengadakan rumah terbuka pada minggu kedua (pada 7hb Sep) sebab pada hari raya kedua saya bersama David Archuletta akan bergegas ke Abu Dhabi (bandar kedua terbesar di saudai Arabia) untuk memenuhi undangan keluarga di raja. Saya, David dan Lady Gaga akan membuat persembahan di istana di sana. Saya ada membeli sepasang baju kurung hijau untuk Lady Gaga, dulu beliau ada berseloroh mahu pakai baju kurung. Dan selepas itu kami akan ke London dan Paris untuk beberapa hari.
Semoga kita dapat berjumpa nanti, rumah terbuka tersebut akan diadakan di Production House saya di Lembah Kelang.
Sekian sahaja. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya. Amin
I love you more...!

No comments:

.