"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, August 19, 2011

Bersara: Adakah kita bersedia?

1. 14 tahun lagi saya akan bersara. Dan 14 tahun lagi bukannya lama. Kan? Walaupun kawan-kawan saya kata saya jauh nampak muda daripada umur sebenar (walaupun saya tak nafi) saya tetap risau kerana apalah gunanya nampak muda tapi duit simpanan di bank jumlahnya macam simpanan orang muda, he he he. Atau macam coklat yang sekejap ada sekejap tak ada.

2. Dan pada masa saya bersara, saya masih perlu membayar rumah selama 10 tahun! Yang jumlahnya adalah RM168,000. Itu kira jika saya tak gatal pinjam duit bank untuk renobek rumah. Saya nak sangat satu ruang tamu lagi, satu bilik bacaan, dapur yang luas dan bilik mandi yang jenis open. Jenis yang kalau kita berak atau mandi, kita boleh lihat burung terbang di awan.

3. Kalau kita bersara tentu kita bergantung kepada KWSP ( jika kita tiada pencen). Saya tak ada pencen bila saya bersara. Saya akan dapat duit banyak bila bersara (tapi taklah banyak sangat sebab saya masih kena bayar hutang rumah tiap bulan, mungkin hutang kereta juga). Dan saya sangat bimbang takut-takut bila dah ada duit banyak, saya pun berubah perangai. Saya bimbang saya joli duit KWSP. Mak saya pernah kata orang lelaki ni kalau duit banyak mulalah buat perangai, baru tahu perangai sebenarnya, he he he.

4. Tentu pada masa tersebut saya bukannya pakai Myvi lagi kan. Tentu saya dah pakai honda sivik yang model baru. Tu pun kena bayar jugak bulan-bulan. Dan perbelanjaan api-air juga tinggi sebab bila tua pasti saya buka semua lampu bila nak tidor. Dan air juga mungkin banyak sebab saya akan rajin mandi di tempat mandi terbuka tersebut (open). Sikit-sikit mandi, sikit sikit mandi.

5. Perbelanjaan saya tetap mahal. Sebab saya mungkin akan asyik melancong ke luar negara dan akan peka kepada segala usaha dan teknologi yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan. Mungkin saya perlu peruntukan banyak wang untuk jaga kesihatan. Kalau nak berjogging pun tentu kasutnya berharga RM450. Sekarang untuk berjogging saya pakai yang tak sampai pun seratus. Saya bukan zuhud, saya tak ada duit lebih, he he he.

6. Pernah tak pembaca fikir macam saya? Dan pada masa tersebut kalau saya tak kahwin-kahwin tentu anak-anak saya tak kirim duit kan. Orang lain ada la jugak anak kirim duit seposen dua. Saya? Kalau anak beripun bukannya banyak mana sebab mereka pun ada komitmeng, apatah lagi jika anak kita isterinya kontrol duit gaji. Haaa...

7. Kadang-kadang saya takut sangat jadi tua dan tak produktif. Pernah fikir tak? Atau pembaca blog saya ni jenis tak kisah apa yang akan terjadi di hari tua? Kalau ada pencen tentu lega sikit. tapi saya tak ada pencen? Yang ada pencen pun kalu tak berhati belanja, silap-silap masuk telaga.

8. Kata kawan saya, saya kononnya boleh cari duit dengan buat buku, tulis artikel dalam majalah atau surat khabar. Dan saya boleh jual manggis sebab saya ada 9 pokok manggis.

9. Oh yea, saya hampir terlupa. Bila kita tua biasanya badan kita berbau. Orang tua dia ada bau tau. Baunya tak enak dihidu hidung. Oleh itu kita kena pakai sabun dan bedak yang berkualiti. Kalau boleh minyak wangi yang mahal-mahal. He he he.

10. Kesimpulannya, pada masa tua jangan ingat kita belanja kurang, mungkin perbelanjaan kita makin tinggi. Kita mungkin masih kena bekerja selepas bersara. Atau sekarang kita mulai serius fikir pasal hari-hari persaraan kita. Kena ingat kalau duit kita tak ada, anak menantu pun tak layan kita. Tengoklah nanti...

Jan: Adakah kita bersedia? Oh Tidak...waaa...

No comments:

.