"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, August 19, 2011

`Eating salary'...

1. Saya ada terima email yang mengatakan saya asyik cerita hal peribadi sahaja. Katanya sikit-sikit saja tak apalah. Dan katanya lagi saya bukanlah terkenal maka bukan ramai yang minat nak tahu personal life saya...


2. Saya akan cuba tulis benda-benda/perkara-perkara yang bukan hal saya secara langsung. Tapi maaflah sebab ini blog saya, maka saya tulislah apa yang saya rasa nak tulis. He he he, jangan marah. Untuk memenuhi selera orang sekaligus payah oooiii. Namun tima kasih kerana bersusah payah email.


3. Kali ini saya nak menulis perihal kerja makan gaji. Saya kerja makan gaji. Makan gaji secara amnya bermaksud si polan mempunyai pendapatan tetap. Kalau kita kerja makan gaji, sama ada kerajaan atau swasta, kita kena berhati-hati benar dalam melakukan perbelanjaan. Sebabnya? Sebabnya kita tidak boleh berbelanja lebih kerana tiadanya kemungkinan kita akan dapat lebih pendapatan pada bulan depan. Budget kita ketat.


4. Apabila saya melihat harga kueh muih yang mahal di bazar ramadhan (yang bila kita beli belum tentu kita makan, he he he), saya terfikir pulak bagaimana yea kalau isirumah yang berpendapatan rendah? Tentu mereka tak mampu beli... Nak beli gandum suruh isteri buat sendiri sukar, sebab perempuan zaman sekarang bab-bab memasak tak seperti nenek moyang perempuan kita. Saya ada kenal seorang pensyarah perempuan yang hanya pandai masak telur goreng! Kah kah kah..


5. Saya hasil prodak tahun 1970, saya membesar dalam tahun 1970an, tahun 1980an saya menjadi remaja dan tahun 1990an saya sibuk di universiti 1990-1994, 1996-1998...Tahun-tahun 2000 ke atas saya di alam pekerjaan.


6. Saya paparkan statistik di atas untuk memberitahu yang saya pernah berada di zaman 70an di mana kos sara hidup tidak tinggi dan rakyat berada di dalam kesejahteraan. Zaman tersebut saya beli pulut lepar (pulut panggang) 5 batang RM1. Masih jelas dalam ingatan pada pagi hari saya tunggu mak cik bakar pulut tersebut, dan sebab saya cute dia beri lebih satu. Jadi pada masa tersebut harga pulut panggang RM1 dapat 6 batang!


7. Tetapi kini semuanya mahal, cuma moral dan maruah manusia sahaja yang saya lihat semakin murah (he he he, jangan marah). Ada tu tak ada nilai langsung kehidupannya selain membahayakan dan menyusahkan masyarakat.


8. Saya berpendapat gaji kakitangan swasta dan awan terutamanya, mestilah dikaji semula. Mungkin gaji mereka boleh dinaikan sehingga RM500 memandangkan kos sara hidup dan inflasi semasa. Elaun juga harus diberikan kepada yang bekerja di luar bandar sebab kos sara hidup di luar bandar juga semakin meninggi tinggi. Sekarang payah nak cari sewa rumah RM250 ke bawah walaupun di kawasan luar bandar. Percaya tak?


9. Bila rakyat tak makmur maka negara akan tak makmur. Begitulah besarnya kuasa duit pada pandangan minda saya. Saya tahu kenaikan gaji kakitangan awam akan juga memberi kesan buruk kepada ekonomi sebab barang mungkin akan naik harga. Walaubagaimana pun kesan kepada keadaan hidup akan lebih berkualiti walaupun harga barang mahal. Maksud saya dulu harga barang murah tetapi cara hidup kita tidak semoden sekarang. Sekarang kita banyak kemudahan dan peluang.


10. Sekarang adalah masa dan tahun yang tepat (atau tahun depan?) untuk kakitangan kerajaan dan swasta mengkaji kemungkinan untuk naik gaji kan? Itulah harapan saya, dan saya rasa harapan banyak orang juga...


Jan: Dan mungkin cara ini juga boleh menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan? He he he.

1 comment:

mas... said...

setuju dan sangat setuju with your opinion. its very relevan to the situation yg kita hadapi sekarang

.