Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 16, 2011

Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri








Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )




Saya ulas yea...

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak lagu raya lebih kepada bernada sedih kerana mendukung cerita duka dalam menyambut suasana hari raya. Walaupun nabi kita menyarankan agar kita berbahagia pada hari raya, episod hidup kita berlainan.

Lihat lirik lagu Aisyah `Pulanglah' , `Dari jauh kupohon maaf'' oleh Sudir, atau lirik lagu Tan Sri P Ramlee yang bertajuk `Dengang Perantau'. Nak luruh bulu hidung kita bila mendengarnya, sayu, pilu, syahdu...kan?

Kali ini saya bawak pembaca-pembaca ke era 30 atau 40 tahun yang lalu iaitu ketika lagu `Bersabarlah Sayang' oleh Sanisah Huri meletup. Lagu ini ramai yang tak tahu tajuknya tetapi `kenal' dengan lagunya. lagunya selalu dikompilasikan dengan lagu-lagu pop raya yang klasikal.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Perenggang pertama lirik di atas menceritakan ketika semua orang sedang bergembira berhari raya seorang insan masih berada di alam duka. Mungkin pukul 10 pagi baru dia bangun kerana baginya tak ada apa-apa yang perlu diraikan lagi. Kepemergian orang tersayang meragut segala ceria dan harapan hidup.

Perlu diingatkan bahawa lagu ini bukan kisah si penyanyi. Ia kisah kawan kepada si penyanyi atau kisah keluarga kepad asi penyanyi. Sebab kita dapati ada perkataan `marilah bersama berhari raya'. Ia menunjukan nada seruan kepada yang sedang berduka. Aaaaa... Kena faham betul-betul, duka yang terjadi bukan pada hidup si penyanyi.

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Rangkap kedua barulah jelas rayuan lagu ini adalah untuk insan yang berhati patah atau tak nak beraya. Insan tersebut mungkin tak beli baju raya kecuali kepada anak-anak saudaranya. Si penyanyi menasihatkan kawannya supaya barang yang lepas tak usah dikenang, dan bangkit untuk mulakan hidup baru. Cerita lama kena tipu, kena aniaya tu janganlah dikesalkan, jangan ditagisi lagi. Semuanya kehendak tuhan (kita libatkan tuhan biar tenang sikit). Mungkin kawan si penyanyi yang berduka itu bertembung dengan manusia yang muka syurga, hati neraka. Tapi ingat, tak ada sekuman pun terhindar dari keadilan allah di kemudian hari! Tuhan akan melaknat orang yang merosakan jiwa hambanya.. Maaf saya emo pulak dalam memprosakan lirik ni...

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Rangkap ke tiga menerangkan yang si penyanyi tersebut meluahkan perasaannya yang dia akan tetap bersama kawannya walaupun banyak tuduhan yang dibuat ke atas kawannya tersebut. Sebab dia percaya kawannya yang bersedih di hari raya tersebut tidaklah bersalah, rujuk ayat `Di jurang kesalahan sahaja'.

Dan sebenarnya si penyanyi tak sampai hati membiarkan kawannya tergolek atas tilam pada hari raya. Atau keseorangan di wakaf tepi pantai...

Tapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Dan rangkap terakhir tersebut si penyanyi menyakinkan temannya yang dia dan kawan-kawan yang tahu kisah sebenarnya akan selalu memberi sokongan dan talian hayat. Sebab dia dan teman-teman rapat tahu benar kisahnya `dikencing'.

Dan akhir sekali is penyanyi menasihatkan temannya supaya banyak-banyak bersabar dan bawa bertenang. Rujuk ayat `dan luka di dada hanya kuharapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu".

Sekian sahaja. Sebenarnya ruang lingkup nak mencipta lagu raya tak besar mana. Lirik hanya berkisarkan kepada suasana hari raya. Contohnya, minta maaf, balik kampung, makan kueh, main mercun dan sewaktu dengannya. Namun lirik di atas yang bertajuk `Bersabarlah sayang' lari sedikit daripada kebiasaan. Malah saya memilih lirik ini kerana ianya ada mengenai semangat persahabatan dan menolong antara satu sama lain.

Pendek kata nilai mencara hal (mengambil tahu hidup orang lain) orang ni ada juga yang positif. Sanggup ke kita tengok kawan kita tergolek bernyawa tapi tak bermaya sedangkan kita beraya sakan?

Jan: Sedihnya lirik lagu ini...hanya tuhan yang amat tahu.

5 comments:

Eja said...

sy tujukan lagu ni khas buat en jan... moga raya ni bgn awl, beraya bersama keluarga dan jngn larikan diri en jan ke wakaf tepi pantai apatah lg ke negeri Johor nun....nikmati hari raya seadanya...

Jankaulu said...

waaaa....

Zaidah said...

Very funny comments but so encouraging people to move on. Thanks author.

Adz said...

Post 2011, 2022 baru hantar komen.
Sebab hantar memang kerana sedang
berduka. Kereta hancur jahanam xsiden
semalam. Nk raya x de mood. ��

Jankaulu said...

semoga dipermudahkan urusan Adz, amin...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home